Chapter 29: Back to college

14.5K 445 14
                                    



"Lalalalalala." berirama gadis yang sedang memasak mi segera di dapur itu.

Hari sudah berada di puncak malam tetapi perutnya buat hal lapar di tengah-tengah malam jadi dia bangunlah masak. Mi segera menjadi pilihan kerana mi segeralah yang paling mudah dan cepat untuk di buat.

Selepas mi itu mula lembut Putri memasukkan telur berserta sayur, udang dan perencah. Hmmm, bau pun dah memang mengugatkan iman. Sedang asyik dia memasukkan udang-udang ke dalam mi segeranya dia langsung tak sedar yang ada seorang lelaki masuk ke dalam dapur. Mulutnya masih lagi tak henti-henti menyanyikan lagu.

"Diamlah kau! Suara pun tak sedap." kata lelaki itu membuatkan Putri terkejut dan  diam lalu terus menoleh melihat wajah lelaki yang sedang meneguk air dengan rambut serabai dan mata yang separuh tutup.

Rambut serabai pun tetap nampak kiut. Haih! Macam manalah perasaan sayang aku tak timbul kalau asyik nampak kacak macam ini. Nak tidur pun kacak, bangun tidur pun kacak dan tambah lagi di kolej lagilah helok dengan baju kemejanya. Ya ampun. Putri menghiraukan kata-kata lelaki itu. Dia buat tak tahu saja. Merajuk mestilah tak nak cakap.

"Kau masak apa tu?" soal Syed.

Syed nak juga Putri bercakap dengannya walaupun sepatah. Rasa bosan pula tak dengar budak ni bercakap. Tapi salah dia juga dia yang mula tak bercakap dengan Putri. Tetapi yang peliknya, dia tertanya-tanya kenapa Putri tiba-tiba berkelakuan sebegini selepas di lapangan terbang tadi? Dingin semacam je. Dia memang benar-benar tak tahu. Clueless.

Putri masih lagi tidak menjawab. Di biarkan sahaja soalan Syed berlalu pergi. Hambik dia. Rasakan. Sapa suruh sakitkan hati dia tadi. Werk. Hati dia yang terluka di lapangan tadi. Haa! Masih lagi ada parutnya. Putri sendiri tak boleh jangka dia ini mula suka atau jatuh cinta dengan Mr Arrogant AKA suaminya ini kah? Tak salah pun nak jatuh cinta dengan suami sendiri kan? Tapi, itulah Mr Arrogant ni beku sangat. Tak pernah nampak apa yang dia rasa tau.

"Putriii~" panggil Syed lembut sedikit meleret. Mulalah nak keluar perangai gentlemen dia malam ini. Ini jugalah yang akan membuatkan Putri mudah cair.

"Kau marah aku eah? Aku ada salah cakap ke? Atau buat sesuatu yang buat kau terasa? Kalau ada aku minta maaflah. Mungkin aku tak sengaja. Sorrylah?" pujuk Syed.

Syed cuba jugalah pujuk walaupun hati ini tak nak pujuk. Kononnya nak tunjuk belagak dan bodoh sombongnya itu. Tetapi disebabkan rindu nak dengar gadis itu bebel terpaksalah jatuhkan egonya untuk memujuk. Makin hari dengan Putri makin rasa selesa pula.

Putri menutup api dapur lalu menuang mi segeranya ke dalam mangkuk berwarna merah jambu yang bercorak bunga mawar itu. Bau mi segera itu sudah memenuhi ruang dapur. Senyuman cuba disembunyikan selepas mendengar kata-kata manis Syed itu.

Hati ini dah kata untuk maafkan tetapi otak ini ligat berfikir untuk usik dan menguji kesabaran Syed. Jadi, dia tidak membalas kata-kata Syed. Dibiarkan sahaja kata-kata itu tergendalai. Air kosong di dalam peti sejuk dikeluarkan. Putri membawa mi segeranya dan air menuju ke ruangan tamu.

Syed pula dah habis pasrah. Susah nau nak pujuk gadis yang bergelar isterinya itu. Syed membontoti Putri hingga ke ruang tamu.

"Putri.... cakaplah something. Aku mintak maaf kat kau ni. Aku rindulah nak dengar suara kau." kata Syed. Rindu! Oih, apa aku cakap nih. Terkejut Syed dengan kata-katanya sendiri. Terbeliak matanya.

Sekali lagi bibir gadis itu menyembunyikan senyuman yang hendak terukir. Putri meneguk air kosong itu selepas duduk di atas salah satu sofa di ruang tamu.

"Hmmmm, apa-apa jelah." jawab Putri masih lagi dalam mode untuk mengusik. Mi segeranya di suap ke dalam mulut selepas membuka TV dan mengalih siaran 394 Oh!K. Tertelan air liur Syed melihat Putri makan. Dia turun hanyalah sekadar nak minum air tetapi tengok gadis ini makan dia sendiri yang terliur. Haih!

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now