Chapter 47

13.9K 397 18
                                    



Nek Syaziah berdehem sebelum menegur lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik dan sedang menuruni anak tangga.

"Amboi, hang bukan kata nak sleep ka tadi Iyyad? Walaupun tok mummy tak paham omputeh bolehlah setakat sleep tu tau la. Ni pasaipa hang dok berjaga lagi?" soal Nek Syaziah.

Kesemua orang tua di ruang tamu itu masih lagi berjaga. Banyak sungguh cerita mereka. Almaklumlah bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai begini. Jadi jika boleh, ambillah kesempatan sedikit walaupun tak banyak.

"Iyyad terlupa ambil phone Iyyad. Esok kalau takda phone siapa nak tolong kejutkan mangkit subuh." beritahu Syed mengelilingi ruang tamu mencari telefon pintarnya.

"Itulah suruh cari calon taknak. Nak juga membujang lagi." bidas Puan Maria.

"Ha sungguh aih. Tok mummy sokong." Nek Syaziah mencelah.

Aduh! Tepuk dahi sendiri. Berapa kali do diorang tanya aku mengenai perkahwinan untuk hari ini sahaja. Apa cukup hinakah membujang itu? Tak pun aku rasa. Diorang ingat cari calon tu macam pergi petik sayur kat kebun ke? Petik je mana yang dah masak gitu? Memang taklah. Aku kalau boleh nak cari yang baik-baik. Tak cerewet. Yang cool bila ajak lepak mamak. Dan yang paling penting bertudung litup menutupi aurat. Tapi kalau dapat yang free-hair pun okay. Inshaallah aku boleh tegur dia sikit-sikit. Apa guna jadi lelaki kalau tak menbimbing? Iyakan.

"IYYAD! Oi. Hang ni mengelamun apadia pulak dah?" soal Nek Syaziah.

Iyyad terjaga dari lamunannya. Tak sangka dia mengelamun tadi. Ops! Tak sengaja.

"Ya. Maaf. Apadia tok mummy cakap tadi?"

"Tu hang punya henpon ada ataih mari sana nuh. Tok mummy letak situ tadi." beritahu Nek Syaziah.

"Oh okay. Terima kasih." Iyyad berjalan ke almari yang berhampiran dengan tangga itu untuk mengambil telefon pintarnya.

Setelah telefon pintarnya sudah kemas berada di dalam gengamannya. Dia ingin naik ke biliknya semula tetapi termati langkahnya apabila ada seorang sepupunya turun dengan baju yang sama seperi tadi tetapi bertukar seluar panjang bukan seluar pendek lagi dan bersama cap. Bau minyak wangi lelaki itu boleh dihidu dari rahang hidungnya. Nak pergi mana pula malam-malam ni?

"Wei, hang nak p mana? Hang p slow talk ka tenking bini hang? Sampai dia halau hang keluaq rumah noh. Lugagge mana? Tak ambik sekali?"

Dengar sahaja Iyyad berkata-kata lelaki itu pantas menampar kasar bahu Iyyad beserta dengan cubitan di perut.

"Aduihh! Sakitlah Syed. Hang tangan apa taktau. Kala jenking ka apa?" aduh Iyyad.

"Hai Syed nak pergi mana tu?" soal Puan Sri Siti Aisyah melihat anaknya segak berpakaian seperti nak pergi jogging pun ada. Dengan hoodie hitam, berseluar trek kelabu dan cap berwarna hitam. Tapi takkanlah Syed nak keluar jogging pula tengah-tengah malam buta ni. Memang sah mereng.

"Syed nak keluar g kedai jap mummy. Kejap je. Nak beli barang." jawab Syed lembut.

"Beli barang? Tak boleh tunggu esok ka hang ni? La ni dah nak dekat pukul 12 kut. Baru gatai nak keluaq." sampuk Iyyad dengan ton yang kuat.

"Ya. Betul tu. Esok kan boleh. Sekarang dah larut malam Syed." kata Puan Maria menyokong kata-kata Iyyad.

Iyyad mengangkat kedua-dua keningnya. Nak kata menanglah tu dah orang lain sokong. Nak je aku siku dia kat sini. Aku kelentong cakap kau dah ada girlfriend nanti masak kau. Tapi aku masih lagi bersabar. Takpa.

"Syed nak keluar beli barang untuk Putri bukan barang Syed." jawab Syed.

Puan Maria dan semuanya mengganguk faham cuma seorang lagi je yang masih busybody.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now