Chapter 83

12.8K 407 42
                                    


"Saiful, jemputlah minum nak." kata Puan Riana yang merangkap ibu kepada Rafiqa.

"Terima kasih, makcik. Susah-susah je." balas Saiful mengambil gelas yang berisi air oren itu lalu diteguknya sedikit kemudian diletakkan semula di atas meja. Datang rumah orang kenalah sopan tapi Saiful ni memang sopan pun.

"Sebenarnya, Saiful datang ni ada sesuatu yang nak ditanyakan. Kalau makcik tak kesahlah." Saiful mula bertutur lembut, dia kena berani. Sampai bila dia nak bergaduh je dengan Rafiqa kan?

"Ya, boleh. Kenapa mak cik nak kesah pulak."

"Tak, kotlah mak cik busy ke takpun ada benda lain nak buat. Saiful kacau masa mak cik pula."

"Takpun. Kamu nak tanya apa? Pasal Rafiqa?" soal Puan Riana.

"Saya berterus-terang ye mak cik." kata Saiful dulu. Karang dia main lepas cakap je, takut Puan Riana terasalah pula.

"Ye, boleh."

"Masa first time kita jumpa haritu. Saya nampak riak muka mak cik macam tak suka je saya ni berkawan dengan Rafiqa. Jadi, saya nak tanya kalau mak cik restu ke tak hubungan kami? Kalau mak cik rasa, saya dengan Rafiqa ni tak sesuai, saya boleh undur diri. Saya pun tak nak tengok Rafiqa sakit hati lagi." jelas Saiful. Mukanya sedikit pucat ketika bercerita, takut punya pasal. Tambah lagi, banyak persoalan yang bermain di dalam mindanya. Macamana kalau ibu Rafiqa memang betul-betul tak restukan dia. Ahhh, dia tak sanggup.

Puan Riana mengeluh kecil. "Apa kamu cakap ni betul ke Saiful? Kalau mak cik betul tak restukan kamu dan Rafiqa. Kami betul nak undur diri?" tanya Puan Riana memandang Saiful yang bermain-main dengan jari-jemari. Puan Riana menyimpan senyum, nervous rupanya dia. Alahai, anak muda.

"Errr, kalau nak jujur memanglah saya sayang nak undur diri macamtu je mak cik. Tapi kalau mak cik memang tak setuju kami berdua. Saya cuba. Ibu bapa kan perlu diutamakan. Kalau kami kahwin tanpa restu mak cik, hidup kami mesti tak bahagia." jawab Saiful cuba menenangkan diri dalam hati. Nampak gaya, macam dah tak ada peluang nakkan dekat anak Puan Riana ni. Ujian.

Puan Riana tersenyum lebar mendengar kata-kata Saiful. Mendengar kata-kata Saiful membuatkan dia menilai Saiful sebagai lelaki yang matang dan mungkin boleh menjaga anaknya. Harap-haraplah. Dia bukan apa, Rafiqa tu satu-satunya anak perempuan yang dia ada, yang lain tu semuanya anak lelaki. Itu yang kasih sayang terlebih sikit pada Rafiqa.

"Sejuk hati mak cik dengar kamu cakap macamtu. Bagus. Begini, mak cik bukannya tak suka dengan kamu. Terus terang mak cik ni rasa kamu ni baik dan matang. Tapi satu je mak cik tak suka." Puan Riana berkata.

"Apadia mak cik?"

"Kamu berdua selalu sangat keluar sama-sama. Apa tu orang muda cakap. Umm, pergi da-date tu."

"Oh, dating." jawab Saiful.

"Haa, tulah tu. Mak cik tak suka kamu bawa anak dara mak cik tu ke hulu ke hilir tanpa ikatan. Kalau kamu ni serious sangat dan sayang sungguh dekat Rafiqa tu, cepat-cepatlah masuk meminang." beritahu Puan Riana terus terang.

"Kalau bajet takde lagi pun kita tunang dulu. Nanti yang lain pak cik dan mak cik boleh tolong sikit-sikit." kata satu suara garau yang baru masuk ke rumah. Saiful dan Puan Riana memandang lelaki tua itu, Encik Nazmi iaitu abah kepada Rafiqa. Encik Nazmi tersenyum kepada Saiful lalu mengambil tempat duduk disebelah Puan Riana.

"Pak cik." tegur Saiful, dia bangun dan pergi menyalami Encik Nazmi lalu kembali duduk di sofa semula.

"Pak cik setuju cakap mak cik. Kita tunang dulu boleh ke Saiful?" soal Encik Nazmi.

"Saya okay je mak cik, pak cik. Saya cuma tunggu green light dari mak cik dan pak cik je sebenarnya. Dah lama saya pasang niat nak masuk meminang Rafiqa."

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Kde žijí příběhy. Začni objevovat