Chapter 73

11.1K 382 21
                                    


"I pregnant Aiman." ujar Farina dengan suara terketar-ketar.

"Then?" Megat Aiman memandang Farina dengan keningnya yang terjongket.

"Then? You ask me then? Anak yang I kandungkan ni anak you, Megat Aiman. You should take responsible of this pregnancy atas apa yang you dah buat." suara Farina mula keras.

Megat Aiman memandang Farina sinis "What if I say I won't take responsible of your pregnancy? You know what Farina, we both pelajar. We both muda lagi. We both baru 20 tahun and you nak I bertanggungjawab. Hell no. I ain't gonna get the father title at this young age."

Farina memandang Megat Aiman tajam "Wow, pandai pulak you bercakap. Pandai pulak you tahu yang kita masih muda. Habis malamtu apa Aiman? Kenapa you mesti......
ro--rogol I?" air mata Farina mula jatuh membasahi pipinya.

"Because we're young. Relax, Farina. It's not a big deal."

"It's not a big deal? How dare you?"

Megat Aiman mendekati Farina cuba untuk menenangkan gadis itu tetapi tangan Megat Aiman ditepis kasar.

"Gugurkan kandungan tu and everything gonna be good." pujuk Megat Aiman.

Farina terus memandang Megat Aiman tajam dengan matanya yang sudah merah akibat menangis. Luluh hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.

"You memang kejam Aiman. You tak patut lahir dekat dunia ni. You rogol I and now you suruh I gugurkan dan bunuh anak yang tak bersalah ni. Kejam. I tak pernah jumpa lelaki yang sekejam you. I menyesal. Menyesal kenal dengan lelaki sampah macam you. Mulai hari ini, kita dah takde apa-apa dan jangan pernah cari I lagi." Farina berkata dengan suaranya yang sungguh kecewa. Tak sangka dengan perangai lelaki yang selama ini dia sayang.

Farina terus bangun dari kerusi yang didudukinya, Megat Aiman cepat-cepat menarik sebelah tangan Farina tetapi gadis itu menepisnya kasar. Melulu Farina keluar tanpa melihat wajah lelaki itu sesaat pun.

Lamunan Megat Aiman terus termati apabila dia mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Telefon bimbitnya dipandang kosong, air matanya mula jatuh satu per satu. Sungguh dia menyesal berbuat demikian kepada arwah teman wanitanya. Farina terlibat dengan kemalangan jalan raya selepas beberapa hari dia putus dengan gadis itu.

Ibu bapa Farina terkejut dengan berita kematian anak mereka tambah pula bila doktor memberitahu tentang kandungan Farina yang mereka langsung tidak tahu. Megat Aiman dengan beraninya memberitahu ibu bapa Farina, pada masa itu juga dia dikerjakan oleh bapa Farina habis-habisan. Tapi akhirnya dia dimaafkan. Dengan rasa simpati, ibu bapa Megat Aiman hendak menjodohkan Megat Amsyar iaitu abangnya kepada Farhana tetapi ditolak mentah. Megat Aiman sangat menyesal dan dia cuma mahukan kemaafan dari Nur Farhana. Itu sahaja yang dia perlukan.

Telefon bimbitnya yang masih berdering itu di biarkan begitu sahaja. Malas hendak menerima panggilan itu.

🌹🌹🌹

Putri melihat suaminya yang sedang bersiap hendak ke kolej. Situasi mereka berdua masih sama dan langsung tidak berubah. Si suami yang asyik diam, bila ditanya, sepatah dijawab. Manakala, si isteri yang sudah fed-up dengan perangai si suami dan mengambil keputusan untuk berdiam diri juga. Tapi Putri masih juga mencuba memujuk suaminya.

"Why?" Putri bersuara.

"Huh?" Syed memandang isterinya pelik.

"Kenapa kita macamni? Kenapa diam? Kenapa kita macam stranger yang tak pernah kenal? Kenapa abang tak nak cakap dan bersikap dingin dengan Putri? Ada apa-apa yang Putri buat ke? Abang marah ke?" soal Putri mula bangun dari katil dan mendekati Syed.

"No. It's nothing, sayang." Syed berkata sambil membetulkan tali lehernya di hadapan cermin.

"If not then, boleh abang bagitahu Putri siapa lelaki yang datang malam majlis tu?"

"Dia tak penting."

"Yes. Tu jelah apa yang abang jawab. Abang tak pernah nak explain. Lepastu diam. Abang ingat Putri ni apa? Patung? Budak-budak yang tak pandai apa-apa? Kenapa perlu rahsiakan. Bukan ke Putri dah jadi sebahagian dari keluarga abang? Putri ada hak nak tahu." balas Putri menaikkan suaranya sedikit. Tipu kalau dia cakap dia tak marah dan sedih dengan sikap Syed yang sedemikian. Apa tak penting sangat ke dia untuk tahu hal keluarga Syed.

"Kau nak tahu sangat? Nama dia Syed Aniq Muhaimin. Dia tu abang kandung aku. Darah daging aku. Tapi aku benci dia tahu tak. Sebab benda jijik yang dia buat tu, aku tak nak langsung ingat dia. Tapi kau, asyik-asyik nak tahu pasal dia. Aku penatlah. Kenapa kau nak sangat tahu pasal dia? Kisah tu semua sudah lepas so biarkanlah." jawab Syed dengan nada kasar. Suara juga naik senoktah kepada isterinya. Panggilan 'aku kau' mula keluar dari mulutnya.

Putri terkejut tetapi dia letakkan ekspresi biasa walaupun air matanya sudah bertakung. Sebelum ni ada juga bergaduh tetapi Syed tak pernah tinggikan suara sampai macam ini padanya. Salah ke dia nak tahu perkara yang jadi pada keluarga suami sendiri.

"Saya nak minta izin saya nak keluar jumpa someone harini." kata Putri lalu mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik tidur itu. Tetapi Syed menarik sebelah tangan Putri kasar.

"Kau nak tahu dia buat apa? Dia masuk club, ambik dadah dan yang paling teruk dialah yang jadi perosak hubungan aku dengan Melissa. Dialah orang yang Melissa curang dengan aku. Aku tak percaya pada mulanya sampai aku tengok sendiri dengan mata aku, dia even sentuh Melissa sampai perempuan tu mengandung anak dia. Kau rasa? Aku happy ke nak jumpa mamat tu? Aku tak nak bagitahu semua ni sebab tak nak kau pandang serong pada keluarga aku disebabkan mamat tak guna tu. Tapi kau nak tahu sangat, ha hadam."

Lidah Putri kelu. Tiada perkataan dia boleh utarkan mendengar kata-kata Syed. Dia rasa macam cerita itu direka, rasa tak percaya. Patutlah Syed benci sangat pada lelaki itu. Patutlah Syed susah sangat nak buka cerita dia dan Melissa bila ditanya. Patutlah lelaki ini beku. Semuanya akibat masa silamnya yang perit. Girlfriend sendiri curang dengan abang kandungnya. Tak boleh dibayang.

Putri melihat air mata Syed yang mula jatuh satu per satu. Tangan Syed yang memegang sebelah tangannya tadi sudah longgar dan dilepaskan. Lelaki itu mengatur langkah keluar dari bilik itu dan mengambil kunci kereta. Putri mengikut jejak suaminya hingga ke pintu hadapan. Sebelum Syed masuk ke dalam perut kereta dia memandang isterinya dengan matanya yang merah.

"Kau nak keluar kan? Aku tak benarkan." kata Syed dingin lalu terus masuk ke dalam perut kereta dan keluar dari perkarangan rumah dengan laju.

Putri mengeluh panjang. Dugaan apa ini? Sakitnya. Dia takut. Dia dah tak sanggup lagi nak terima sikap Syed yang sangat dingin dengannya. Apalagi yang akan timpa nanti? Kali pertama dia merasakan pergaduhan yang lain dari yang lain dalam rumah tangganya. Sebelum ni hanyalah sebab cemburu atau perkara remeh sahaja. Semangat dalam dirinya hilang. Rasa macam diri dah tak diperlukan. Macam-macam yang bermain dalam fikirannya. Serabut.

A/N: It's about to go down guys 😌. Relax okay hehe.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now