Chapter 6: Jumpa lagi?

17.4K 555 5
                                    


"Guys, jom kita keluar laparlah uhuks?" rengek Putri dengan suara manja yang seperti kebudak-budakkan kepada empat orang kawan-kawannya.

"Good idea, aku pun lapar jugak." balas Aina menyokong ajakan Putri.

Sejak Putri menjejakan kaki ke rumah mereka. Mereka hanya meluangkan masa membuat aktiviti bersama di dalam rumah sahaja. Mereka berkareoke, menonton filem dan juga bergossip. Kalau perempuan berjumpa memang tak sah kalau tak bergossip. Tak gitu.

"Jom, aku on je. Tapi kita nak makan dekat mana? Bagi cadangan. Aku drive okay." soal Rafiqa.

"What about char kuey teow?" tanya Farhana meminta persetujuaan dari mereka semua.

"Cool." jawab mereka semua serentak kecuali Farhana.

Char Kuey Teow adalah makanan kesukaan kelima-lima orang gadis itu. Jika kelas mereka tamat pasti mereka akan mengunjungi ke gerai 'Pak Din Char Kuey Teow' yang terletak berhampiran dengan kolej mereka.
Setelah sampai di gerai "Pak Din Char Kuey Teow". Datang seorang pelayan yang mereka sudah kenali iaitu Husin.

Husin ialah anak kandung Pak Din dan masih lagi bersekolah di sebuah Sekolah Menengah. Dia selalu datang untuk menolong ibu bapanya menguruskan gerai sewaktu cuti sekolah atau pada masa lapang. Keluarga Husin tidaklah begitu senang berbanding dengan kelima-lima gadis di hadapannya. Walaupun nasib keluarga mereka begitu, Husin tidak pernah malu akan dengan keluarganya malah dia seorang pelajar pintar yang sungguh rajin berusaha menuntut ilmu.

"Hai, Husin." tegur kelima-lima gadis tersebut.

"Hai, kakak-kakak Husin yang cantik. Aik, kalau tak silap Husinlah kak Putri bukannya pergi bercuti ke oversea ke?" Husin yang sedikit keliru menujukan soalan kepada Putri sambil memandangnya.

"Iye kak Putri memang pergi bercuti, but as you can see now I'm already back here." balas Putri memandang tepat pada wajah Husin sebelum membentuk sekuntum senyuman manis.

"Husin, bagi kitorang macam biasa eh!" pesan Farhana kepada Husin.

"Okie dokie!" balas Husin dengan menghadiakan sekuntum senyuman kepada mereka lalu beredar dari situ.

Husin sudah tahu apa makanan dan minuman yang selalu di pesan oleh kelima-lima gadis itu. Mereka itu sudah menjadi pelanggan tetap di situ. Bak kata orang puteh regular customer.

"So Putri, kau takde jumpa mat-mat saleh yang hensem-hensem ke dekat sana?" soal Mimi sedikit keliru.

"Ala, kalau ada pun mesti dia tak pandang. Sebab apa kau tau kan, si Megat Aiman lecturer kita tu yang konon-kononnya hensem. Apelah yang dia pandang sangat pun aku tak faham." belum sempat Putri membalas soalan Mimi. Farhana terlebih dahulu membalasnya.

Sudah kenal sangat dengan perangai Putri yang menggilakan Megat Aiman. Farhana memang sejak dari dahulu lagi bencikan Megat Aiman, entah kenapa. Seorang pun daripada mereka tidak tahu apa yang terjadi antara Farhana dan Megat. Hubungan mereka ibarat langit dengan bumi. Langsung tidak sebulu sejak mula-mula jejakan kaki ke kolej tersebut. Seperti ada sesuatu yang terjadi tetapi disorokkan.

Takde jumpa mat salleh yang hensem tapi jumpa Mr Arrogant iaitu Syed Aqil Mikhael, walaupun berlagak tapi hensem jugak hehehe, senda Putri seorang diri di dalam hati sambil tersenyum-senyum mengingatkan Syed membuatkan empat gadis di kelilingnya keliru. Putri ni dah angau ke dengan Syed?

"Kau ni apesal Putri senyum sorang-sorang. Seram weh aku tengok!" ujar Aina sedikit takut.

"Huh? Oh takde apa-apalah. Aku pergi sana untuk bercuti tenang-tenangkan minda bukannya cari mamat hensem. Duh!" jawab Putri selamba.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now