Chapter 91

12.4K 400 7
                                    



"You jaga diri tau dekat sana." pesan Mimi kepada Haniff, kolam matanya sudah dipenuhi dengan air mata. Tinggal nak tumpah je.

"Ya, sayang. I jaga diri dekat sana. Jangan risau. You pun, make sure jaga diri, makan minum dan jangan nak diet sangat. Jaga kesihatan, jaga mulut, jaga mata dan paling penting jaga hati tu untuk I." giliran Haniff pula memesan kepada tunangnya.

"Okay." jawab Mimi sepatah. Air matanya jatuh ke pipi. Argh, susah betul nak control rasa sedih ni.

"Janganlah nangis. I dah cakap, jangan sedih-sedih. Now, give me a smile." Haniff cuba mengoyakkan senyuman buat Mimi, tipulah kalau dia cakap dia pun tak sedih. Tapi, dia kena kuat supaya tak nangis.

Mimi mengganguk dan tersenyum dengan air matanya yang masih lagi mencucuri. "Selamat tinggal, jangan lupa I tau."

"Tak akan terjadi. Janji." kata Haniff lalu membuat pinky promise bersama Mimi. Haniff kembali melihat ibu dan bapanya.

"Papa, Mama. Haniff pergi dulu. Jaga diri tau dekat sini. Tengok-tengokkan Mimi sekali." Haniff menyalami kedua-dua orang tuanya.

"Baiklah, Haniff pun pandai-pandai jaga diri sendiri. Makan tu biar cukup, jangan nak pentingkan kerja saja." pesan Puan Insyirah buat anak sulungnya.

"Okay, mama." sekilas senyuman dikoyakkan buat Puan Insyirah.

"Good luck! Hati-hati ah stay sana." pesan Alvin sambil memeluk kawannya itu.

"Thank you, Al!"

"Ah, lagi satu Syed dengan Putri kirim salam untuk kau. Dorang mintak maaflah sebab tak dapat hantar kau sampai airport." beritahu Alvin.

"Oh, Farhana dengan Iyyad pun kirim salam jugak untuk kau Niff!" celah Rafiqa.

"Oh, yeke. Waalaikumussalam." jawab Haniff lalu pergi memeluk Saiful pula.

"Jangan lupa aku pulak!" Saiful mula bercanda. Dia pun agak sedih sebenarnya tapi sengaja tak mahu di tunjukkan.

"Mana boleh aku lupa korang semua." Haniff membalas.

"Manalah tahu, dekat sana jumpa kawan-kawan omputeh sampai lupa aku yang hitam manis ni." Saiful berkata membuatkan kedua orang tua Haniff, Mimi dan Rafiqa tergelak kecil.

"Sebab kau hitam manislah aku takkan lupa. Eh, by the way congrats on you two. Nak tunang dah eh." Hanif tersenyum kepada Rafiqa dan Saiful.

"Hmmm, terima kasih. Tapi, kau tak boleh attend." Rafiqa pula bersuara membalas kata-kata Haniff.

"Nak buat macam mana? Kerja kan. Takpelah korang, nak boarding dah. Gerak dulu. Jaga diri semua. I love you all. Mama, Papa doakan Haniff selamat sampai. Assalamualaikum." Haniff bersuara. Sebelum dia berlalu pergi, dia tarikan senyuman ikhlas dari hati buat kali terakhir kepada Mimi. Mimi juga turut membalas senyuman tunangnya buat kali terakhir. Tiga tahun, lama tu.

Mereka semua menjawab salam dalam hati kecuali Alvin. Mimi dan Alvin mendekati ibu bapa kepada Haniff.

"Auntie, saya balik dulu eh. Nak pergi pick up my girlfriend dari kerja." kata Alvin kepada mereka berdua. Ibu dan bapa Haniff mengganguk faham.

"Pergilah, Alvin. Nanti lewat pula." kata Puan Insyirah kepada Alvin. Selepas berjabat tangan dengan Encik Alias, Alvin mengalih pandangan pada Mimi dan tersenyum kecil. Kesian, Mimi. Sedih betul.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now