Chapter 5: Back home

19.7K 575 15
                                    


"Assalamualaikum mama papa!" jerit Putri sambil berlari anak terus ke ruang tamu untuk bersalam dengan mama dan papanya. Tersentak kedua orang tua yang sedang menonton televisyen di ruangan tamu dengan suara anak gadis mereka.

"Waalaikumsalam." jawab kedua orang tua itu serentak dengan lembut sambil melihat anak gadis mereka berlari anak menghampiri mereka.

Putri melabuhkan punggungnya atas sofa di antara mama dan papanya lalu menghadiahkan ciuman kasih di pipi kedua orang tuanya. Rindulah katakan satu minggu kut tak jumpa mereka tambahan pula Putri ialah seorang anak tunggal dan sudah pastilah sangat manja.

"Putri cakap nak stay kat LA sampai 10 hari ni kenapa balik awal pula? Baru seminggu kan?" tanya Encik Hazran sedikit keliru dengan anak gadisnya.

"Um, Putri rindu mama dengan papalah sebab tu Putri terus balik." balas Putri suaranya sedikit manja. Bukanlah sebab rindukan kedua orang tuanya sangat tetapi sebab Syed dah pulang dulu so dengan siapa dia nak bergaduh-gaduh manja? Eh gaduh-gaduh manja? Taklah, dia bosan sebenarnya travel sorang-sorang. No fun at all.

"Betul ke ni rindukan mama dengan papa?Takde sebab lain?" giliran Puan Maria pula bertanya untuk kepastian. Takut juga apa-apa yang terjadi kepada anak gadisnya yang seorang ni.

"Iye, betul ma." balas Putri membuatkan Puan Maria hembus nafas lega mendengar jawapan tersebut.

"Anyway, Putri lapar lah mama, mama ada masak tak?" tambah Putri lagi.

"Ada, nanti lepas maghrib kita makan sama-sama. Sekarang Putri pergi mandi busuk." usik Puan Maria.

"Maaa! Tak busuklah" muncung mulut dia marahkan mamanya.

🌹🌹🌹

Mereka sekeluarga menikmati juadah yang disediakan oleh Puan Maria dan Cik Melah iaitu orang gaji mereka.

"Hm, nikmatnya! Rasa macam dah lama tak rasa masakkan Mama dan Cik Melah." ujar Putri sambil mengunyah makananya.

"Yelah tu, Seronok ke Putri bercuti ke sana?" tanya lelaki tua yang berada dihadapannya sebelum meneguk air bandung di dalam gelas white silver itu.

"Best, tapi lagi best kalau ada mama dengan papa." katanya sambil menghadiahkan sekumtun senyuman kepada kedua orang tuanya.

Seronoklah sangat asyik jumpa orang gila je kat sana contohnya Syed dan Melissa A.K.A Mr Arrogant and Crazy Woman. Dua-dua mengacau kententeraman percutian dia di Los Angeles.

Tapi Mr Arrogant tu kadang kalau mode gentleman dia on romantik juga. Siap bukakkan pintu untuknya sewaktu mereka hadiri majlis pertunangan di Los Angeles hari itu. Tersengih-sengih gadis itu di meja makan teringatkan perkara yang berlaku di antara Syed dan dia. Biasalah perempuan memang mudah terpikat walaupun hanyalah benda kecil.

"Hai, Putri apa yang papa tengok tengah tersengih-sengih lepas tanya pasal bercuti di LA? Ada apa-apa ke yang di sorok?" Encik Hazran yang keliru menyoal anaknya.

"Eh, takde apa-apalah papa. Putri cuma teringatkan gurauan Mimi hari sebelum bertolak ke LA je." tipu Putri tanpa melihat wajah papanya. Takut terkantoi pulak nanti dengan raut wajahnya yang langsung tak pandai menipu.

Selesai sahaja makan malam, Putri terus ke bilik untuk tidur. Penat agaknya. 'Jettlagged' bak kata orang puteh. Encik Hazran dan Puan Maria juga naik ke bilik bersiap-siap untuk tidur.

"Abang kenapa saya rasa Putri macam lain je?" soal Puan Maria kepada suaminya dengan lembut.

"Lain yang macam mana awak ni? Saya tengok biasa aje" jawab Encik Hazran selamba.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now