Chapter 33: Baju sedondon

14.5K 467 6
                                    



Jam sudah menunjukkan pada 7.20 pagi. Putri baru sudah mandi lalu memakai bathrobe satinnya yang berwarna hitam. Sekarang dia sedang memilih baju yang ingin dipakai untuk hari ini di sebelah bilik tidurnya. Walk-in closet. Sebenarnya semaklah pula setiap kali nak ambil baju perlu keluar dari bilik.

"Oi, kau ni nak pilih baju ke nak bercinta dengan baju kau?!" sergah seorang lelaki yang hanya memakai singlet berwarna putih dan bertuala.

"OH! MAK KAU HANTU!!!" terkejut Putri dengan sergahan lelaki itu.

Putri langsung tidak perasan kehadiran suaminya. Sedang ralik melihat baju-bajunya sampaikan kehadiran suaminya langsung dia tidak tahu, punya lama dia punya ralik tu sampaikan suaminya sudah habis memilih baju yang ingin dipakai hari ini. Tawaan suaminya memenuhi ruang bilik itu. Lawak pula dia melihat muka terkejut Putri dengan latahan.

"Awak ni kan! Terkejut saya." marah Putri dengan wajahnya mula mencebik sedikit.

Syed hanya mengendahkan kata-kata isterinya malah masih lagi ketawakan gadis itu. Geram pula Putri dengan suaminya ini. Awal-awal pagi dah buat mood dia macam ini. Dahla tak tahu nak pakai baju apa ni?! Gosh. Mr Arrogant di sebelahnya ini dah balik dengan perangai tidak mulia dia nih.

"Kau apesal? Pilih baju pun lambat. Memang lembab kau nih."

"Tak ada bajulah saya nak pakai." rungut Putri dengan meneriakkan sedikit bibirnya yang berwarna merah jambu itu sambil memandang tepat lelaki di hadapannya.

"Are you even kidding me, Putri? Baju kau punyalah banyak sampaikan boleh buka tiga atau empat kedai baju kau tahu. Sekarang kau boleh cakap kau tak ada baju? Wah! Perempuan memang semuanya complicated. Susah nak baca." kata Syed agak tergamam. Terkejut dia dengan kata-kata Putri. Baju tak ada! Allahuakbar.

"Memanglah baju saya banyak cuma...." ayat Putri tergantung kerana Syed memotong kata-katanya.

"Cuma apa?"

"Cuma saya nak tukar style pula hari ini. You know. Bosanlah asyik-asyik style yang sama saja." terang Putri.

"Tukar style eah? Apa kata kau pakai baju formal hari ini?" cadang Syed selamba.

"Formal? Takkan saya nak pakai dress kut?" soal Putri menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Bukan dress tapi kau pakai macam aku. T-shirt pastu pakai kot. Amacam? Kau kata nak tukar style hari ini so kau jadilah aku jap. Ikut style aku." ujar Syed teruja. Dia pula yang berasa teruja mencadangkan pakaian untuk gadis dihadapannya.

"Oh! Why not. Tapi, saya tak ada kot. Cardigan ada lah." beritahu Putri sekali lagi meneriakkan bibirnya. Haih! Kenapalah dia tak pernah beli kot.

"Kau boleh pinjam aku punya. Aku ada satu kot kelabu yang dah kecil. Aku rasa sesuai dengan kau. Kalau besar pun mungkin sikit je." cadang Syed lagi. Bersungguh-sungguh dia nak gadis itu ikut stylenya hari ini.

"Kot awak? Bolehlah. Bak saya tengok." pinta Putri. Syed dengan laju terus pergi mencari-cari kot kelabunya di almari lalu memberikan kepada Putri.

"Nah!"

"Hmmm, okay. Tak besar pun." kata Putri sambil melihat-lihat kot yang diberikan oleh Syed, senyuman terukir.

"Eh jap, kot ini sama macam kot yang awak nak pakai hari ini lah." tambah Putri selepas melihat kot tersebut sama warna dan design. Matchy-matchy.

"Haah, memang pun. Aku beli kot ni di tempat yang sama. Yang aku bagi kau pinjam ni dah kecik so aku beli baru and now aku ada dua. Tapi kalau kau tak nak pakai matching dengan aku tak apalah. Kau pakai baju kau je." kata Syed dengan ton yang seperti orang kecewa.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now