Chapter 90

13.2K 375 16
                                    



Melissa melihat segerombolan wartawan yang datang mengerumuni dirinya, jantungnya berdegup kencang. Kamera-kamera yang dipegang oleh para wartawan tak henti-henti mengambil gambarnya, cahaya-cahaya lampu kamera tersebut membuatkan Melissa susah untuk membuka mata. Salah seorang wartawan mula bertanya kepada dirinya.

"Adakah Cik ini, Cik Melissa Shahira?" soal wartawan perempuan itu, tanpa memikirkan apa-apa Melissa terus mengganguk.

"Jadi, betul ke tentang artikel yang baru keluar sebentar tadi? Boleh Cik Melissa ceritakan kepada kami?"

Selepas mendengar soalan tersebut, kening milik Melissa bertaut. Hairan dibuatnya, artikel apa?

"Boleh kami tahu kenapa Cik Melissa tipu media sebelum ini?"

"Kalau bukan Encik Aniq, jadi siapa bapa kepada kandungan Cik Melissa sebelum ini?"

"Dimana anak itu sekarang?"

"Apakah hubungan Cik Melissa dengan Aniq sebelum ini? Adakah dia sanggup untuk jadi kambing hitam buat Cik Melissa tanpa bantahan?"

"Ataupun Cik Melissa pernah mengugut anak kepada Tuan Syed?"

"Bagaimana dengan Syed Aqil Mikhael, anak bongsu kepada Tuan Syed. Adakah Cik Melissa juga mengenalinya?"

"Adakah Encik Aniq sudah diterima dan dikembalikan ke dalam keluarga Syed?"

"Tolong jawab, Cik Melissa. Tolong beri kerjasama."

Melissa terkaku dan kehilangan kata-kata mendengar setiap soalan yang keluar dari mulut setiap wartawan tersebut. Dengan cahaya lampu kamera yang masih tak henti-henti mencucuk matanya membuatkan kepalanya pening serta-merta.

"S-saya..." Melissa cuba untuk menjawab soalan wartawan-wartawan tersebut dengan suaranya yang terketar-terketar.

"STOP!" seorang lelaki datang dan berjaya menerjah masuk dan berdiri disebelah Melissa. Melissa memandang lelaki tersebut menyampah.

Megat Aiman mengambil kunci kereta ditangan Melissa lalu terus menekan alarm, pintu kereta tersebut dibuka buat Melissa.

"Masuk." arah Megat Aiman.

"Encik siapa? Boleh kami tahu?"

"Adakah Encik bapa kepada kandungan Cik Melissa?"

"Encik tahu dimana anak itu berada?"

Megat Aiman mengendahkan soalan-soalan tersebut lalu menghantar syarat mata kepada Melissa supaya masuk ke dalam kereta. Tangan Megat Aiman lembut menolak Melissa supaya masuk tetapi degil.

"Masuklah." arah Megat Aiman sekali lagi.

"No, dah alang-alang ni. Biarlah I bagitahu je satu dunia kebenaran." Melissa berkata tersenyum sinis kepada Megat Aiman.

"You all nak tahu sangat kan? Hubungan Aniq dengan I tak berapa spesial sangat. Kitorang kawan. I dengan anak bongsu Tuan Syed pula bercinta dulu dan dia merangkap bapa kepada anak I. Disebabkan dia nak clear nama dia jadi dia gunakan nama abang dia, how mean right? I memang tak nak tuduh Aniq tapi Syed yang paksa I. Jadi, I buatlah. Tapi, sekarang boleh pulak dia pergi kahwin dengan perempuan mana entah lupakan I dan anak dia begitu sahaja. Another information, sekarang I mengandungkan anak dia yang kedua." kata Melissa tersenyum riang dalam hati. Padahal, dia tak tahu yang kata-katanya bakal memusnahkan dirinya sendiri.

"Melissa! Kau gila ke?" Megat Aiman menonjolkan muka bengis kepada Melissa, sungguh tidak puas hati tentang pernyataan yang dibuat oleh Melissa. Tanpa membuang masa, Megat Aiman terus menolak Melissa kasar hingga gadis itu masuk dan terduduk elok di dalam kereta.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now