Chapter 66

12.3K 444 23
                                    


"Aik! Korang berdua kenal each other ke?" soal Putri keliru.

"Tulah. Macam mana?" Syed pula menyampuk menanyakan kedua Farhana dan Iyyad yang masih lagi berpandangan.

Mimi dan Hanif pula seperti tidak berminat. Yelah, dua-dua sibuk berbual antara mereka sahaja. Macam dunia ni mereka je yang ada. Kurang asam punya kawan.

"Entah. Lupa dah macam mana aku jumpa mamat pekak bin kedah ni." kata Farhana selamba.

"Amboi-amboi minah rabun. Suka hati hang jaa noh. Hang ingat hang siapa suka hati jaa nak panggil aku lagutu. Mamat pekak bin kedah? Nama aku punyalah helok macam tuannya. In case hang pelupa, aku kenalkan diri aku sekali lagi untuk hang minah oi. Nama aku Iyyad Haiya---" Iyyad mula berbiacara sebijik seperti mak-mak.

"Ahhhh diamlah kau!" sampuk Farhana. Bising.

"Waiter! Here." Farhana memanggil pelayan dengan lambaian tangan. Malas nak melayan si Iyyad.

Manakala kawan-kawan mereka yang lain terdiam dengan kelakuan Iyyad dan Farhana yang seperti anjing dengan kucing. Nampak gaya seperti pengganti Syed dan Putri. Haih! Lepas satu satu.

Mereka semua memesan minuman dan makanan masing-masing. Selepas habis pesan, pelayan lelaki itu beredar dan sempat juga pelayan itu mengenyit mata kepada Aina.

Aina terus membuat muka menyampah. Tak padan dengan tua, misai macam hutan. Nak mengurat aku. Tolong sikit. Taste aku orang-orang pakai baju pilot je. Takpun baju koprat ke. Hahaha. Perasan pulak si Aina ni. Entah boleh dapat ke tak. Tapi kalau betul macam mana? Kata-kata kan satu doa.

Mereka semua berbual-bual sambil bergelak ketawa. Riuh restoran itu dengan gurauan mereka semua. Mata Putri kemudian menangkap dua orang perempuan yang duduk tidak jauh dari mereka. Dua perempuan itu sibuk memandang ke arah sini. Tahulah meja sini ada ramai lelaki hensem pun. Cemburulah tu. Tapi masalahnya sekarang salah seorang dari perempuan di meja itu sedang meilirik ke arah suaminya. Tak boleh jadi.

Pantas Putri menolak kerusinya mendekati Syed. Dia melihat perempuan di meja itu dan menjeling tajam perempuan itu. Putri kemudian sengaja mengambil tangan Syed yang berada di atas meja itu. Jari-jemari Syed dimain-main olehnya. Matanya kembali melihat perempuan itu, aik dah tak usya ya. Haha. Hambik kau!

Syed pula yang hairan dengan perangai isterinya. Tetiba nak memanja pulak. Aina pula tak sengaja melihat situasi itu.

Amboi, Putri nih kemain manja, desis hati Aina.

"Kau kenapa? Main jari aku pulak?" bisik Syed kepada isterinya.

"Saja. Bukan dosa pun kan?" Putri membalas dengan bisikkan. Senyuman juga dihadiahkan buat suaminya.

Syed menghampiri wajah Putri.

"Kau jangan senyum-senyum gitu Putri." kata Syed perlahan.

"Kenapa pulak?" soal Putri.

"Sebab kau tak tahu bila scene dekat dapur siang tadi boleh jadi semula." kata Syed dengan senyuman nakal.

"Hek uhuks uhuks." Alvin buat-buat terbatuk palsu melihat wajah Syed dan Putri yang sangat dekat itu.

Mereka berdua langsung tak perasan yang kawan-kawan mereka sudahpun diam-membisu. Aik! Tadi kemain sembang rancak apesal berhenti? Haih!

Dengan wajah malu dan merah Putri mengalih pandangan melihat mereka semua. Aduh! Memalukan betul. Tapi dorang ni sibuklah. Baru nak rasa bahagia dan memanja dengan suami tau! Pengacau.

"Pahal korang ni? Sambunglah sembang." kata Syed selamba. Seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi.

"Tak boleh nak sambunglah bila ada scene cuti-cuti cinta depan kitorang. Kena layan dululah." jawab Alvin.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now