Chapter 28: Malaysia

13.8K 426 18
                                    


"Putri! Barang kau dah kemas ke belum? Esok dah nak balik!" tanya Syed dengan suara yang separuh jerit agar Putri yang berada di luar korridor itu dengar suaranya.

Putri menjejak masuk ke dalam bilik selepas mendengar kata-kata lelaki yang berada di dalam bilik itu dengan telefon pintar yang berada di genggamannya. Volum lagu yang dimainkan oleh telefon pintarnya di perlahankan sedikit. Kemudian, dia menjawab soalan Syed.

"Ya, saya dah packing semuanya. Awak pulak?" soalan yang sama diajukan kapada Syed.

"Aku pun dah siap packing. So? Tunggu apa lagi tutuplah lampu aku dah mengantuk nak tidur."

Syed mengambil selimut yang rapi dilipatnya di atas sofa itu lalu membuka dari lipatan itu. Dia bersiap-siap untuk tidur tetapi kata-kata Putri membuatkan perbuatannya terhenti.

"Malam ini malam terakhir kita stay di sini. Giliran awaklah pulak tidur atas katil malam ni. Biar saya tidur atas sofa pula." tawar Putri. Kesian juga dekat Syed. Sudah berapa hari Syed tidur atas sofa.

"Amboih! Baik semacam aje kau ni. Ada udang di sebalik batu ke?" soal Syed ragu-ragu. Pelik tiba-tiba pula Putri baik. Tapi Putri memang selalu baik pun. Cuma dia sendiri je yang selalu tak baik dengan Putri! Duh.

"Mana ada apa-apa pun. Nak ke tak nak? Kalau tak nak sudah. Biar saya saja yang tidur atas katil...." tidak sempat Putri berbaring atas katil ada sepasang tangan menarik tubuhnya sehingga tegak semula dia berdiri.

"Eh, tak apalah. Alang-alang kau offer kan? Takkanlah sampai hati aku nak tolak pelawaan kau pulak." laju sahaja Syed merebahkan tubuhnya ke atas katil yang bercadar putih bersih itu lalu matanya di tutup rapat cubaan untuk tidur.

Putri hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah suaminya. Tak faham. Kadang ada mood baiknya. Kadang ada mood beku dan egonya. Terkadang pula, ada mood manis bergula dan penyayangnya. Bingung Putri untuk mengenali siapakah Syed Aqil Mikahael yang sebenarnya? Kenapa dia beku? Apakah sebabnya? Atau itu memang sifat Syed sejak dari azali? Entahlah! Buat pening kepala otak sahaja memikirkan perkara itu.

Putri melangkah pergi menutup suis lampu dan selepas itu dia pergi berbaring di atas sofa berwarna putih yang selalu Syed tiduri itu. Terletak sahaja kepalanya di atas bantal di sofa itu hidung Putri boleh menghidu bauan milik Syed di sofa tersebut. Kewangian bauan itu segar di hidung membuatkan dia nyenyak tertidur tanpa dia sedari.

Paginya, kedua-dua pasangan itu sudah bangun selepas ditikam matahari. Syed sedang sibuk mandi. Manakala Putri sibuk seterika baju mereka berdua. Selepas itu dia memesan sarapan pagi menggunakan aplikasi 'i-HalalFood' di dalam telefon pintarnya yang berjenama apple.

Sementara menunggu Syed untuk selesai mandi, dia membuka aplikasi youtube untuk menerokai sebilangan video. Syed keluar dari bilik mandi tanpa perlahan-lahan tanpa membuat bunyian lalu memanggil Putri dan menyuruhnya untuk mandi pula.

"PUTRI! Turn kau pulak untuk mandi. Cepat nanti kang tertinggal flight." sempat juga dia suruh Putri agar cepat. Bukannya dia tidak tahu gadis itu kalau dah mandi. Berpuluh-puluh jam.

"OH, KENAPA MAKHLUK LELAKI NI HENSEM GILA!" latah Putri terkejut dengan suara Syed yang tiba-tiba menyapanya. Dadanya diusap perlahan-lahan.

"Lelaki mana hensem gila tu? Aku tengah mandi kau sedap usya lelaki lain eah!!" kata Syed tak puas hati. Lelaki mana pulak yang budak ni tengok? Geram pulak rasa hati ini.

"My kpop idol! Jeon jungkook. Of courselah, hensem gila." Putri bangun dari sofa dengan meletakkan telefon pintarnya di atas meja kecil di sebelah sofa sambil menjelir lidah kepada Syed lalu membawa tubuhnya ke bilik mandi.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Où les histoires vivent. Découvrez maintenant