Chapter 32: Discover his hobby

13.6K 398 0
                                    


Putri melangkah keluar dari biliknya selepas menyisir rambut ikal mayangnya. Dia berjalan langkah demi langkah sehingga tubuhnya berada di hadapan pintu bilik tidur utama iaitu bilik lelaki yang bergelar suaminya itu. Dia mengetuk pintu lalu memanggil lelaki itu dari luar bilik.

"Syed...oooo...Syed?" panggilnya berharap lelaki itu menyahut tetapi malangnya tiada satu suara pun yang menyahut panggilannya.

Jadi dia cuba memulas tombol pintu bilik tidur utama itu. Klik. Oh! Tidak berkunci. Bagus. Senang kerja. Matanya dihadiahi dengan katil bersaiz king dan sebuah rak besar yang mempunyai berjumlah-jumlah buku. Terpegun juga dia melihat bilik suaminya. Besar, cantik dan kemas. Tetapi masalah sekarang ini adalah mana suaminya pergi? Langsung tiada kelibat sejak petang tadi.

"Dia tengah mandi ke?" kata Putri seorang diri.

"Air tak dengar pun hmmm. Eh, ada dua pintu lagilah dalam bilik ini. Satu mestilah bilik mandi dan lagi satu bilik apa pula? Special sungguh nih. Tak boleh jadi. Bilik aku punyalah kecil je. Dia punya bilik wah besar kalah perdana menteri." bebelnya seorang diri lalu memulas salah satu pintu di dalam bilik itu.

Putri melihat sekeliling bilik mandi tersebut tetapi masih lagi tiada kelibat suaminya. Terasa cemburu pula melihat bilik mandi milik suaminya. Besar. Tak aci. Kemudian, dia menutup pintu bilik mandi tersebut lalu pergi ke satu pintu lagi dan mengetuk dahulu sebelum masuk.

"Awak?" panggil Putri. Dia mendengar seseorang berdehem di dalam bilik tersebut lalu dia mendengar sahutan dari seseorang di dalam bilik itu.

"Haaa, apesal? Masuklah." suruh satu suara yang memang dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Syed aka suaminya.

Putri memulas tombol pintu tersebut selepas mendengar kata-kata Syed. Matanya mendarat ke arah lelaki sedang membaca buku yang memakai cermin mata. Macho lah pulak. Nampak berkarisma sangat. Ouch! Hati jangan jadi macam ini. Rileks.. tarik nafas, hembus, tarik nafas dan hembus.

Syed mengangkat kepalanya untuk melihat wajah yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya. Mata bertentang mata sebentar sebelum Syed berkata sesuatu.

"Yang kau pandang macam nak makan aku ni kenapa?" soal Syed menggelakkan pandangan daripada melihat gadis itu.

"Ummm, mana ada. Awak tu je yang perasan. By the way, ini bilik apa? Bilik kerja awak eah? Ke private library?" soal Putri cuba menukar topik. Matanya meliar-liar melihat bilik tersebut yang dipenuhi dengan buku.


 Matanya meliar-liar melihat bilik tersebut yang dipenuhi dengan buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Hmmm, library. Kalau kau nak datang baca buku datang je lah. Tapi ikut waktulah jangan waktu aku nak tidur baru kau gatal nak datang baca buku. Aku smack kau nanti!" kata Syed dengan gurauan.

Mata lelakinya masih cuba tidak memandang Putri. Gugup. Gadis itu memakai pakaian yang agak terdedah baginya. Dengan gaun malam berwarna merah jambu yang berleher V ( V-neck) dan hanya berada di paras paha gebu gadis itu. Tak mengapa. Beranikan diri. Rileks. Fuh!

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now