Chapter 94

11.3K 389 10
                                    



"Rehatlah, Umairah. Tak payah susah-susahkan diri." tegur Puan Sri Siti Aisyah yang baru sahaja menjejak kaki ke ruang dapur.

"Takpa, mummy. Bancuh air bukan susah pun." senyuman terbentuk elok pada bibir milik Umairah buat Puan Sri Siti Aisyah.

"Yelah tu bancuh air je. Tadi mummy nampak Umairah sidai kain, tolong tok my masak sarapan lepastu pergi kemas stor. Janganlah buat kerja banyak sangat, kandungan Umairah kan awal lagi. Rehat ya."

"Baiklah, mummy."

"Sini, meh kita duduk kejap. Mummy ada benda nak tanya sikit." ajak Puan Sri Siti Aisyah. Umairah berhenti mengacau air yang sedang dibancuhnya dan duduk di meja makan bertentangan dengan Puan Sri Siti Aisyah.

"Nak tanya apa tu mummy?"

"Pasal Aniq. Bila Umairah mula kenal dengan Aniq?" soal Puan Sri Siti Aisyah. Dia ingin tahu bagaimana kehidupan Aniq sewaktu di United Kingdom.

"Kitorang kenal dekat tempat kerja, mummy. Umairah kena handle dia dalam satu company sebab dia baru je masuk. Tapi, mummy Aniq pandai betul handle bab-bab company ni. Macam dah berpengalaman, tak kekok langsung. Boss Umairah cakap dia ni intern tapi kemahiran pengetahuan dia memang macam bukan intern pun sampailah dia diambil berkerja sepenuh masa. Umairah pelik jadi Umairah cubalah kenal dia sikit-sikit, nak korek rahsia dia hehe." cerita Umairah.

Suka Puan Sri Siti Aisyah dengan cara Umairah bercerita. Senyuman tak pernah lepas dari bibir Umairah sewaktu bercerita tentang Aniq. Alhamdulilah, ada orang disisi Aniq sewaktu disana. Dia takut-takut Aniq langsung tiada kawan atau sesiapa disisi.

"Lepastu, Umairah dapat tahu tak?"

"Tak. Maaflah nak mengata dekat anak mummy tapi dia tu berlagaklah. Cakap dengan orang pun tak pandang muka, bila ditanya sepatah-sepatah je dijawab mummy. Kiranya, memang susah nak dekati Aniq ni." beritahu Umairah lagi.

Puan Sri Siti Aisyah tergelak kecil. "Dia dengan Syed memang begitu dari dulu lagi. Cumanya tahap beku Aniq lagi okay daripada Syed. Perangai mereka ni ikut sebijik dengan daddy dan arwah datuk mereka. Mummy setuju sangat part berlagak tu. Daddy pun berlagak dulu, geram jugak mummy kadang-kadang tapi nasiblah sayang."

"Oh, yeke mummy? Banyak lagi kisah keluarga mummy yang Umairah nak kena kenal kan?"

"Iya, InshaAllah. Teruskan cerita tadi, macamana pula Umairah boleh dekatkan diri dengan Aniq juga walaupun dia berlagak?" Puan Sri Siti Aisyah masih berminat dengan kisah anak sulungnya itu.

"Umairah berdegil, kalau dia cakap itu Umairah cakap ini sampailah dia give up mummy. Lagi satu, Aniq suka je makan seorang diri tak pun langsung tak keluar lunch. Usually, Umairah akan paksa dia makan sama. Sampailah kami makin rapat mummy. Dia mula buka cerita tentang dia sikit demi sikit buat Umairah sampailah kami start bercinta. Tak berapa lama kami decide nak kahwin sebab umur pun dah makin meningkat, keluarga Umairah pun dah mula tanya. Umairah ada juga pujuk Aniq ajak dia balik KL nak jumpa dengan keluarga mummy tapi Aniq tak nak mummy. Umairah takde pilihan lain dan kami terus kahwin. Umairah mintak maaf ya mummy. Kahwin tanpa pemberitahuan mummy sekeluarga."

"Takpelah, asalkan Umairah dah jaga Aniq baik-baik. Mummy dah cukup bersyukur dah. Tiap-tiap hari mummy tak pernah putus doa buat Aniq supaya dia sihat dekat sana, dijauhkan dengan orang yang berniat jahat, dimurahkan rezeki dia dekat sana. Terima kasih buat Umairah sebab sudi kenal dengan Aniq. Mummy bersyukur sangat." tangan Umairah yang berada di atas meja itu diraih dan dipegang erat oleh Puan Sri Siti Aisyah.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now