Chapter 26: Gaduh-gaduh manja

15.5K 398 4
                                    



I don't look like her
She's in all the magazines
So much prettier than me
You don't know it hurts
Staring at my iPhone screen
Watching others live their dream

But mama, she said to me
(Mama she said)
One day my love, you'll see

Pretty's on the inside
See it in your own eyes
Look a little closer in the mirror tonight
Pretty's on the inside
But I can't tell my own mind
Maybe if I look a little harder, I'll find
That pretty's on the inside
Pretty's on the inside
Pretty's on the inside

Suara Putri memenuhi ruang bilik hotel itu. Putri sedang makeup manakala Syed sedang mandi. Nak keluar jalan-jalan punya pasal jadi awallah mereka bersiap hari ini.

"DONE." jerit gadis itu selepas selesai makeup. Solekkannya tidak begitu menonjol kerana dia banyak menggunakan warna 'nude' sahaja. Natural.

"Awak!" suaminya dipanggil.

"Hooo!" balas lelaki yang sedang sibuk mandi.

"Awak nak pakai baju apa? Saya nak tolong ironkan buat awak." soal Putri. Entah kenapa rasa rajin pulak hari ini.

"Ikut sukalah. Kau pilih je yang mana pun. Baju semua ada dalam luggage aku." soalan Putri di balas oleh lelaki itu.

"Hmmm, pilih je eah. Let's see." Putri melihat-lihat baju yang dibawa oleh Syed. Banyak juga lelaki itu bawa baju. Baju kemeja yang berwarna kelabu itu menarik hati Putri. Dia keluarkan baju itu dan sehelai seluar dari luggage Syed.

"Hmm, kemeja kelabu ni pun okaylah. Sama warna dengan dress aku." senyuman dileretkan tanda puas hati. Putri memakai dress yang berenda-renda bunga berwarna kelabu dan hanya berada di paras lututnya. Warna baju mereka memang sepadanlah. Grey.

Suis seterika dibuka dan di biar sebentar. Putri membuka langsir bilik mereka dengan lebih luas. Pemandangan yang indah menjemput matanya untuk melihat. Cantik sungguh. Angin-angin sepoi memasuki bilik mereka selepas dia membuka pintu balkoni.

Putri kembali untuk iron baju suaminya. Baju itu mulai rapi selepas digosok mari ke mari. Kemudian, seluar lelaki itu dicapai dan turut di gosok. Setelah selesai, baju itu di sangkutkan manakala seluar itu di letakkan baik-baik atas papan seterika tersebut. Kalau main campak je, rugilah dia penat-penat iron.

Putri melabuhkan punggungnya di atas katil. Mata dikerlingkan ke arah buku yang terletak di meja kecil sebelah katil. Buku itu dicapai. Putri membaca tajuk buku itu.

"The Cabin At the End Of The World. Buku ni lah yang Mr Arrogant tu asyik baca. Genre apa ya?" Putri mencari-cari genre buku tersebut di bahagian kulit buku itu.

"Horror. Haish! Dia nih tak habis-habis dengan citer seram. Menyampah aku. Macam tak ada genre lain. Filem semalam pun horror, buku pun horror." kutuk Putri seorang diri lalu meletakkan semula buku itu di tempat yang sama. Dia sendiri tidak perasan orang yang dikutuk itu sedang mendengar leterannya.

"Dah puas kutuk aku?" soal lelaki itu.
Wajah lelaki itu dipandang dengan senyuman manis. Kenalah bodek sikit.

"Eh, mana ada saya kutuk awak pun. Saya cuma tertanya-tanya je." balas Putri lembut.

"Apa yang kau tertanya-tanya tu?"

"Kenapa awak gemar sangat dengan genre horror. Apa yang syok sangat?" soal Putri.

"Sebab bagi aku genre tu syok." jawapan diberikan.

"Tu je jawapan. Annoying giler." bola matanya digulingkan tanda menyampah.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now