Chapter 54

13.7K 461 7
                                    


Selepas kejutkan Syed untuk solat subuh Putri kembali ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri. Walaupun demam dan masih pening, Syed tetap gagahkan diri untuk bersolat subuh dalam keadaan berdiri.

Selesai mandi, Putri menyalin kepada pakaian baru iaitu t-shirt putih berlengan pendek dan trek sut. Disanggulkan rambutnya. Dia memercikkan sedikit minyak wangi. Duduk rumah pun kena wangi okay.

Putri melangkah keluar dari bilik tidurnya terus pergi ke bilik suaminya. Perlahan-lahan dia membuka pintu, matanya mendarat ke arah lelaki yang sedang berbaring di atas katil. Aik! Sambung tidur nampak. Takpalah, tak sihat. Putri perlahan-lahan menutup pintu bilik tidur Syed.

Dia menuruni setiap anak tangga dan pergi ke ruang tamu. Vakum yang berada di stor rumah itu diambil. Dia mengvakum ruangan tamu dan ruangan dapur. Bantal-bantal di sofa itu di susun rapi. Majalah-majalah lama yang berada di atas meja di ruang tamu itu di buang dan digantikan dengan majalah baru yang dia baru beli sebelum pulang ke kampung hari itu. Putri juga mengelap meja yang agak berhabuk itu. Baru tinggal dua hari dah berhabuk. Haih.

Usai, mengemas rumah. Putri pergi ke dapur pula untuk memasak sarapan pagi. Dia memakai apron polkodot yang berwarna biru itu. Ayam, lobak merah, kentang, bunga kubis dan sawi dikeluarkan dari peti sejuk.

Ayam yang masih beku itu di rendamkan di dalam air. Sementara itu, Putri membasuh semua sayur-sayur itu dan tidak lupa juga bawang merah dan putih untuk menumis. Satu per satu dia memotong. Setelah itu, Putri menumis bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali yang sudah dihiasi dengan minyak panas itu. Kemudian, dua biji telur dimasukkan dan mengacau telur itu dengan sudip, sawi yang sudah di potong rapi dimasukkan ke dalam kuali. Garam, gula dan ajinamoto dimasukkan dan siaplah sayur sawi bertelur.

Seterusnya, dia mencincang ayam kepada bentuk dadu. Putri tunggu hingga minyak panas. Kemudian menumis bawang merah, putih dan halia yang telah ditumbuk. Dia menumis sehingga naik bau. Dia memasukkan air, ayam, kentang, lobak merah, kubis bunga dan sup bunjut juga garam secukup rasa. Setelah itu, dia biarkan  api sederhana.

Sementara menunggu sup ayam untuk masak, Putri mengambil lima biji buah epal dan dikupas kulit buah epal tersebut. Di potong dahulu sebelum membuat jus menggunakan mesin jus buah. Selepas selesai membuat jus epal, dia kembali melihat sup ayam yang sudah mengeleggak. Putri menutup api dapur dan menuangkan sup ayam tersebut ke dalam mangkuk. Daun sup serta daun bawang dan juga bawang goreng ditaburkan.

Sekarang, dia mahu masak hidangan yang terakhir iaitu ikan bilis masak sos. Ikan bilis dari peti sejuk di ambil. Tengah elok dia sedang memasak dia dapat merasa sepasang tangan memeluknya dari belakang. Wangi pulak tu orang yang memeluknya itu. Bau minyak wangi Chanel Grand Extrait memasuki kerongga hidungnya. Minyak wangi ini konfemlah Syed. Maknanya tangan itu milik suaminya.

Kepala Syed kemudian jatuh atas bahu gadis itu. Rehat jap. Syed melihat masakkan yang berada di dalam kuali itu, ada ikan bilis. Bau pun hmmm harum. "Good morning." ucap Syed dengan bisikkan dintelinga Putri.

"Good morning to you too, how was your sleep?" soal Putri tetapi mata tidak melihat Syed. Karang hangit ikan bilis ni.

"Veryyyyy very goooood. Do you wanna know why?" soal Syed kembali.

"Why is that?"

"Cause there is someone who take care of me last night. I feel like a baby back. There is someone to hug too last night and that make my sleep is way better." kata Syed sebelum meleretkan senyumannya.

Putri menyembunyikan senyuman mendengar kata-kata itu. Akk. Malu. Lek-lek.

"Oh! I wonder who is it?" tanya Putri buat-buat tak tahu pula.

"Hmmmm. Who? Maybe a queen or a princess? Or an angel?"

Ahhh! Tak boleh tahan senyum dah jadi bibir Putri cepat terukir senyuman yang cukup manis. Ayat kemain suami aku sekarang ni eah.

"Masak apa tu?" kali ini Syed sudah berdiri tegak tidak lagi meletakkan kepalanya atas bahu Putri tetapi sepasang tangannya masih lagi kemas memeluk pinggang gadis itu.

"Ummm, ikan bilis masak sos. Tapi ini untuk saya. Awak sakit makan makanan lain." kata Putri masih lagi sedang mengacau ikan biis itu.

"Alaaa. Nak makan ikan bilis ni jugak. Bau harum sangattt." kata Syed sambil mencium rambut isterinya perlahan dengan matanya tertutup menikmati bau harum shampoo gadis itu. Masih bau strawberi. Memang sah dah si Putri ni pakai shampoo strawberi. Wangi angat.

"Tak boleh. Awak boleh makan sup ayam dan sayur sawi je." pesan Putri menutup api dapur setelah ikan bilis siap di masak.

Putri teragak-agak sama ada nak pusing tubuhnya atau tidak. Lelaki itu masih lagi memeluknya dari belakang. Ah! Malu apa? Pusing jelah. Dengan beberapa saat Putri pun pusing tubuhnya. Mata mereka bertaut lama. Dup dap dup dap. Jantung Putri tak henti-henti berdegup. Laki aku ni tak pernah tak helok. Tak sihat pun macho.

"Le-let me go. Saya dah lapar. Nak makan." pinta Putri.

"Kalau aku cakap taknak lepas. Kau nak buat apa?" tanya Syed mengusik. Tak sihat pun masih lagi ada tenaga nak mengusik gadis dihadapannya ini.

"Saya tak bagi awak makan masakkan saya." ugut Putri.

"Yeke? Sampai ke hati kau nak tengok suami kau kebuluran?" terjongket sebelah kening milik Syed.

"Ish! Banyak tanyalah awak ni? Just let me go." rayu Putri. Tak tahu apa nak jawab sebenarnya.

"Not until you decide to give me one healing kiss." kata Syed dengan muka seposen.

Amboi kau, Mr Arrogant. Semalam nak peluk sekarang ciuman melegakan pula. Lepastu minta cium pun macam minta ais krim. Tak malu pun. Aku ni dah tahap 4 malunya. Wajahnya sikit lagi mulalah nak jadi berona merah.

Syed mula menyamakan badannya sama tinggi dengan paras wajah Putri. Syed dah tergelak besar melihat wajah gadis dihadapannya yang memang sangat-sangat merah. Hahahaha. Comel je. Kemudian, wajah Syed mula dekat, dekat dan dekat hingga 1 inci je jaraknya. Putri mengumpulkan tenaganya lalu menolak kuat tubuh Syed. Huh! Sekali tolak je terus ke belakang Mr Arrogant tu. Ingat aku perempuan takde tenaga ke? Padahal, Syed tengah sakit sebab tu jugalah dia boleh menolak tubuh lelaki itu kalau tak memang taklah.

"Gatal."

"Apa pula gatal? Kau kan isteri aku." kata Syed membontoti Putri hingga ke meja makan.

"Whatever. Awak ni saya rasa patut pergi kelas. Sihat semacam je saya tengok."

"Semalam kau yang kata tak payah pergi kelas, pastu harini suruh pergi kelas pulak. Aku tak sihat lagilah." Syed meletakkan tangannya tepat di dadanya dan membuat mimik muka seperti orang nak mati.

"Ahhhh, Putri tolong. Aku sakit. Aku rasa kau kena berhenti belajar. Jaga aku buat selama-lamanya." kata Syed seolah-olah seperti berlakon. Berangan nak jadi Syafiq Kyle jap. Boleh ke?

"Ewwww, awak ni memang betul-betul tak sihat. Sakit mental. Makin gedik waktu tak sihat  ni."

Syed tergelak kecil mendengar kata-kata Putri lalu mengambil tempat duduk di meja makan itu selepas gadis itu siap menghidangkan semuanya. Putri menuangkan jus epal kepada Syed dan dirinya sendiri. Sempat juga dia memegang leher Syed untuk merasa suhu badan lelaki itu. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan suaminya.

"Suhu badan awak masih panas takpi okay sikitlah daripada semalam." kata Putri sebelum mencedok sayur sawi ke dalam pinggannya.

"Hmmmm." Syed makan dengan penuh seleranya. Sedap sup ayam ni. Hari ini mulutnya tak rasa pahit dah.

"Kita pergi klinik ambil ubat eah tengahari nanti." ajak Putri lembut sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Tak payahlah. Kan aku cakap kau bagi ke healing kiss lepastu terus lega. Tak payah sibuk-sibuk nak pergi klinik bagai." kata Syed sebelum meneguk jus epal.

"Ish awakk!" naik satu noktah suara Putri memarahi si ulat bulu Syed.

Syed tergelak kecil dan sambung makan. Hari ini bertambah dia makan. Kenapa manja sangat? Entah mungkin sebab bila sakit dia selalu bermanja dengan mummynya. Sekarang dah ada isteri, isterilah pula jadi mangsa tempat aku bermanja-manja.

A/N: Second. Cukup dah janji double-update. Hope u enjoy and make sure to vote.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now