Chapter 10: Bus

17K 505 17
                                    



Setelah selesai packing pakaian dan barang-barang peribadi yang diperlukan. Gadis itu terus merebahkan badan ke atas katilnya yang berwarna 'white-pinkyish' tersebut. Matanya yang bengkak akibat menangis itu dipejam dan setelah beberapa minit dia sudah di buai mimpi. Harap esok lebih baik dari hari ini.

🌹🌹🌹

Matahari sudah pun menyinari bilik Putri. Dia bangun lalu membersihkan diri dan bersiap untuk ke kem perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak kolej mereka sendiri. T-shirt kelabu, jaket adidas dan legging adidas disarungkan ke tubuh. Rambutnya diikat ponytail. Secebis makeup pun dia tak pakai sebab malas. Lagi pun nak pergi camping bukan shopping mall. Buat apa susah-susah nak pakai makeup.

Putri turun dengan beg yang digalas kemas dibelakangnya. Dia pergi bersalam dengan Puan Maria yang sedang sibuk melihat bunga-bunga di dalam pasu yang terdapat di hadapan ruang tamu mereka.

"Mama, Putri pergi dahulu."

"Iye, baiklah. Hati-hati. Jangan nakal. Jaga diri baik-baik dekat sana tau sayang." nasihat Puan Maria kepada anaknya. Risau takut-takut berlaku perkara yang tak diingini.

"Ya, baiklah mama. Ma jangan risau k. Putri dah besar pandailah Putri jaga diri." balas Putri dengan lembut lalu menghadiahkan sekuntum senyuman palsu cuba untuk menghilangkan kerisauan orang tua yang berada di hadapannya.

Puan Maria membalas senyuman untuk anak gadisnya lalu mencium dahi anak gadisnya yang putih gebu dan mulus itu.

Selepas itu, Putri terus keluar dari rumah untuk ke kolej. Dia langsung tidak pandang Encik Hazran, papanya yang juga berada di ruang tamu sedang membaca surat khabar. Tidak berminat langsung nak bersalam mahupun menegur papanya selepas apa yang berlaku di antara dia dan papanya semalam sebelum mereka makan malam.

Putri seorang yang sangat sensitif bila di marah, ditenking dan apa-apa sahajalah yang menyakitkan hati. Lagi pula dengan orang tuanya sendiri. Pasti sedih. Dia menangis semalam tetapi tidaklah begitu lama dan dia juga tidak langsung makan malam walaupun hanya sesuap. Sakit hati. Sedih. Kecewa membelenggu dirinya.

🌹🌹🌹

Putri sampai ke kolej agak lewat sedikit. Sedikit je. Takdalah lambat sampai macam hari itu. Bas sudah pun dipenuhi oleh para pelajar dan para pensyarah. Dia melihat-lihat tempat duduk kosong buatnya di dalam bas. Seorang lelaki melambaikan tangannya memanggil Putri.

"Putri duduk di sini." panggil seorang lelaki mengajak Putri untuk duduk bersebelahan dengannya.

"Oh, Lecturer Megat." kata Putri perlahan lalu berjalan untuk mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu. Iaitu Megat Aiman. Pensyarah yang digilai oleh Putri. Tapi mungkin sekarang dah tidak. Hm, tapi kenapa? Sebenarnya dia malas sudah nak menaruh perasaan, dia pun muda lagi. Tak payah nak menggediklah.

Tetapi malangnya, belum sempat Putri hendak duduk di sebelah Megat Aiman. Seorang gadis dari kelasnya sudah mendahului mengambil tempat duduk di sebelah Megat Aiman.

"Duh! Apalah nasib. Semalam kena marah harini seat takde yang kosong lagi." gumam Putri perlahan.

"Sorry, Putri kitorang tak sempat nak tandakan tempat kosong untuk kau! Kitorang pun terlewat juga." Rafiqa meminta maaf bagi pihak mereka semua. Putri hanya membalas dengan senyuman lemah dan mengangguk faham.

"Putri!" panggil seorang lelaki yang sedang berdiri tegak dan berkaca mata hitam di sebelah tempat duduk pemandu bas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now