Chapter 23: Bertolak

16.6K 431 9
                                    



"Arghh, penatnya!" keluh gadis itu.

Syed dan Putri menjejakan kaki mereka ke bilik perkongsian mereka di rumah orang tua Syed. Letih. Baru sahaja lepas balik dari rumah orang tua Putri. Mereka pergi melawat kedua orang tua itu sebelum berangkat ke tanah bumi yang lain untuk berbulan madu.
Putri merebahkan tubuh kecilnya di atas katil yang bersaiz king itu.

"Oih, kau tak payah nak tidur lagi. Pergi packing barang kaulah ngok! Esok kita nak dah bertolak." marah Syed kepada gadis yang sedang berbaring itu. Barang Syed? Dia dah siap packing petang tadi sebelum ke rumah orang tua Putri. Beres tau!

"Fuhlamak. Awak bongokkan saya ya. Tak boleh suruh baik-baik ke? Dapat suami pun perangai macam seeeettt...!" balas Putri tak nak kalah.

"Apa kau nak cakap? Setan? Wah! Kau cantik bahasa. Kau kena ingat Syurga itu di bawah tapak kaki suami!" Syed berkata melawan semula berserta dengan jelingan maut diberikan kepada Putri.

Putri mengulinggkan bola matanya lalu bangun dari katil yang empuk itu. Tidak lagi membalas kata-kata itu. Malas sudah nak bertengkar. Dia dahlah tengah letih. Tambahan pula, idea untuk membalas peperangan mulut itu sudah hilang selepas mendengar kata lawanan lelaki itu. Haih! Takpa biar lelaki itu menang malam ini. Lain hari dia balas pula. Ada ubi ada batas, lain hari aku balas.

Putri mengemaskan pakaiannya lalu memasukan ke dalam bagasinya. Barang-barang peribadi yang lain juga turut dimasukkan. Minyak wangi, alat solek dan krim muka yang paling penting sekali. Tak ada semua itu boleh mati bagi dia. Hehe. Hiperbola sangat sampai nak mati.

Usai itu, dia menukarkan pakaiannya kepada pakaian tidur lalu mendekati katil yang bersaiz king itu. Belum sempat dia merebahkan tubuhnya ada sepasang tangan yang menghalang dirinya dari katil itu.

"Oi, hari itu kau dah tidur atas katil. So, malam ni aku pula yang tidur atas katil." kata lelaki itu dengan tangannya yang masih menolak Putri supaya menjauhi katil itu.

"Ish, saya letihlah. Bagilah satu malam lagi saya tidur atas katil eah?" pujuk Putri dengan menghadiahkan senyuman godaan buat Syed.

Tertelan air liur Syed melihat senyuman itu. Haih! Wake up. Jangan tergoda Syed! Katil itu aku punya malam ini. Jangan sesekali mengalah dengan perempuan.

"Tak. Tak boleh, titik. Aku yang akan tidur atas katil malam ni. Kau tahu tak betapa sakitnya belakang aku tidur atas sofa tu." adu Syed sambil berbaring di atas katil bersaiz king itu.

"Kalau badan awak pun sakit telahlah badan saya. Saya tak kira saya nak tidur atas katil jugak!!!" lawan Putri

Putri pun berlalu pergi menarik lengan Syed yang sedang berbaring itu. Tetapi sekuat mana pun dia tarik. Lelaki itu langsung tidak bergerak walaupun sedikit. Berat dosa ke apa mamat ni?

"Hai, dah penat ye cik kak?" usik Syed.

"Arghh! Saya benci awak." kata Putri. Dia pasrah lalu beredar dari situ dan pergi di sofa untuk tidur. Sofa pun sofalah janji bukan lantai yang sejuk tu.

"Aik! Sebab katil je kau terus benci aku." kata Syed dengan tawa dalam ayatnya. Senang hati dia. Dia menang malam ni. Huhuhu.

Usai pertelingkahan mulut mengenai perebutan katil itu akhirnya kedua pasangan itu sudah pun melayan mata masing-masing. Di buai mimpi mungkin sudah sampai ke negara lain? Manalah kita tahu kan.

🌹🌹🌹

Selepas berjemaah solat subuh. Puan Sri Siti Aisyah tidak lagi menyambung tidur malah dia terus turun ke bawah untuk mengemaskan rumah. Manakala Tan Sri Syed Amran dan pasangan suami isteri yang baharu kahwin itu pergi menyambung tidur mereka. Letih. Pasangan itu mengumpulkan tenaga. Iyelah, sebentar lagi mereka akan ke negara orang. Tenaga perlu ada.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Onde histórias criam vida. Descubra agora