Chapter 40: Risau

13.7K 468 7
                                    



"Assalamualaikum." Syed memberi salam sebelum membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.

Tetapi salamnya tidak dijawab. Risau mula menghantui dirinya. Mana taknya, tadi waktu di kolej dia tercari-cari kelibat isterinya untuk pulang bersama tetapi langsung tidak nampak kelibat gadis itu. Dia ada juga bertanya kepada kawan-kawan Putri tetapi mereka tidak tahu. Jadi, salah satu pilihannya ialah pulang ke rumah dan berharap gadis itu ada di rumah.

Tapi,  sekarang tak ada suara pun yang menyahut salamnya. Syed melangkah dan menaiki setiap anak tangga. Sebelum ke biliknya dia menyinggah ke bilik isterinya dahulu lalu mengetuk pintu.

Knock..knock.

"Putri..Putri...Kau ada di dalam ke?" panggil Syed dari luar bilik tetapi masih tiada sahutan jadi dia serta-merta terus memulas tombol pintu bilik gadis itu.

Syed melihat sekeliling bilik gadis itu yang sungguh kemas, katil yang sungguh rapi dengan bantal yang tersusun dan cadar yang kemas. Buku-buku di meja belajar juga tersusun. Pembersih sungguh isterinya ini ya.

"Putri." sekali Syed memanggil isterinya berharap yang ada sahutan tetapi masih lagi tiada.

Kemudian, matanya mendarat di satu bagasi yang tidak terlalu besar tetapi sederhana sahaja. Oh ya! Baru teringat yang mereka akan pulang ke kampung hari ini. Maknanya, Putri sudah packing. Dia? Belum lagi. Sekarang baru jam 1.00. Dia pulang awal kerana dia hanya ada dua kelas sahaja hari ini. Tetapi yang peliknya mana Putri? Di kolej tiada, di rumah pun tiada. Haih, setahu dia Putri ada tiga kelas bermakna Putri akan pulang pada jam 3.00 petang.

Syed juga ada menelefon Putri beberapa kali tetapi tidak diangkat. Risau dia dibuatnya. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik Putri ke bilik tidurnya. Tali leher dilonggarkan lalu ditanggalkan. Tuala di capai dari penyangkut sambil sebelah tangan lagi ligat membuka butang baju kemejanya satu per satu. Dia masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Fikirannya masih lagi tersekat pada isterinya, harap-harap Putri pulang rumah nanti.

Syed membuka pili air memenuhkan air di dalam tab mandi. Dia berendam lebih kurang tiga puluh minit untuk merehatkan minda dari apa yang terjadi hari ini. Putri yang tiba-tiba berkelakuan pelik manakala Melissa yang tiba-tiba datang. Nak membalas dendamkah? Dia kenal sangat dengan Melissa tu. Penuh dengan idea-idea jahat.

🌹🌹🌹

Seorang gadis tersenyum lebar kepada kashier tersebut sebelum keluar dari kedai baju itu selepas membayar barang yang di beli olehnya.

"Hmmm, baju seluar sudah, kasut pun dah. Barang makeup pun dah, handbag pun sudah. Apa lagi eah?" soalnya seorang diri.

Dia datang shopping untuk menenangkan hati dia yang tengah membara tadi dan juga membeli sedikit pakaian dan barang lain untuk pulang ke kampung petang nanti. Untuk lebih tepat, nak cari baju-baju yang lebih sopan. Takkanlah nak pergi rumah nenek Syed dengan baju-bajunya yang tak cukup sana sini, terbelah sana terbelah sini. Nanti terbelah dua nenek Syed melihatnya.

"Putri?"

Gadis itu menoleh wajahnya selepas mendengar seseorang yang dikenali memanggil namanya.

"Eh, abang Irwan. Kakak pun ada sini." tegur Putri teruja melihat Irwan dan isterinya. Lama sudah rasanya dia tidak berjumpa dengan pemandu kesayangannya ini, eh abang kesayangan sebenarnya.

"Iye, lama akak tak jumpa dengan adik akak ni. Irdina macam mana sihat?" tanya isteri Irwan lembut. Irdina? Ya, isteri Irwan memang panggil Putri dengan nama belakang sejak dahulu lagi.

"Sihat je. Akak dengan abang?" balas Putri lalu memberikan soalan yang sama kepada pasangan suami isteri itu.

"Alhamdulilah, kami pun sihat-sihat belaka." balas Irwan dengan senyuman dengan matanya mendarat ke beg shopping Putri.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now