Chapter 17: First Date

15.9K 444 16
                                    



Pada jam 8.30 pm Putri membuat keputusan untuk pulang ke rumah setelah beberapa jam dia meluangkan masa di rumah kawan-kawannya. Letih, meluangkan masa melakukan aktiviti tak berfaedah di sana.

"Assalamualaikum." ucap Putri sebelum membuka pintu.

"Waalaikumsalam." jawab Puan Maria.

"Putri pergi ke mana? Sekarang dah jam 8.30 malam baru balik. Mama tak suka Putri buat perangai macam ni. At least, kalau nak ke mana pun beritahu mama. Putri buat mama risau tau tak?" bebel Puan Maria kepada satu-satunya anak gadis dia.

"Putri pergi lepak di rumah kawan Putri je. Bukannya pergi mana pun. Tak perlu nak dirisaukan. Dah lah Putri nak naik mandi."

"Hmm, nanti turun dinner. Papa takda malam ni. Dia ada hal." ajak Puan Maria

"Tak nak ah! Putri dah kenyang."

Puan Maria mengeluh panjang mendengar jawapan dari anaknya dan tidak suka dengan nada yang diberikan oleh Putri ketika bercakap dengannya.

"Putri masih marahkan papa dan mama ya?" soal Puan Maria lembut.

"Mama rasa? Kalau mama ada di tempat Putri mama suka ke? Putri masih mudalah mama. Putri masih lagi nak sambung belajar dan inginkan kebebasan dalam hidup Putri tapi keputusan yang papa dan mama buat untuk Putri kali ini sangat berat untuk Putri nak terima." luah Putri.

"Mama minta maaf. Tapi, Putri perlu tahu sesuatu. Mama buat semua ini adalah untuk kebaikan Putri. Dan mama tahu yang Syed mampu jaga dan bimbing Putri." beritahu Puan Maria.

"Takpalah mama. Putri tahu. Jangan risau Putri takkan cuba untuk lari ataupun apa-apa. Putri terima dengan hati yang terbuka." kata Putri sebelum memeluk erat wanita tua di hadapannya.

Secara automatik bibir Puan Maria mengukir senyuman selepas mendengar jawapan dari Putri. Dia turut membalas pelukkan Putri.

"Ah! Mama baru teringat. Esok Putri dan Syed akan pergi date okay." ujar Puan Maria sambil sambil menunjukkan jarinya '👌🏻' untuk Putri.

"Hah? Date? Perlu ke?" soal Putri tak percaya. Tak hingin dia nak pergi date dengan Mr Arrogant tu.

"Perlulah. Esok pukul 10 pagi okay sayang. Dah Putri pergi naik atas mandi ya sayang."

Putri mengeluh panjang tanda pasrah. Lalu dia terus ke bilik untuk mandi dan kemudian tidur.

🌹🌹🌹

Matahari sudah pun menyinari pada hari itu. Sungguh terik pasti cuaca sangat panas. Syed bangun dan membuat rutin hariannya. Dia bersiap-siap untuk pergi date. Konon-kononnya. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.

"Syed." panggil wanita tua dari luar bilik.

"Ya, mummy. Masuklah pintu tak kunci."
jawab Syed.

Puan Sri Siti Aisyah membuka pintu lalu matanya dijatuhkan ke arah anak lelakinya yang sedang bersiap membuatkan dia tersenyum. Tak sangka sungguh kacak rupanya anak lelaki dia ya.

"Nah! Syed pakailah baju ini." Puan Sri Siti Aisyah menghulurkan sehelai t-shirt yang berwarna hitam dan separuh lagi berwarna turqoise.

"Kenapa? Baju yang Syed tengah pakai ni tak sesuai ke?" tanya Syed. Pelik tiba-tiba je mummynya berminat tentang fesyennya. Sebelum ini tak sibuk pun.

"Sajalah. Pakai aje eah? Mummy yang belikan untuk Syed ni. Pakailan. Mummy keluar dulu. Have a nice date with Putri. Nanti mummy hantar lokasi rumah parents Putri alright!" Puan Sri Siti Aisyah menghabiskan kata-katanya sebelum keluar dari bilik Syed.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now