Chapter 43: Teasing part one

15.8K 442 11
                                    



Wanita tua itu melihat gadis bertubuh kecil itu dari atas ke bawah. Kemudian, secara automatik bibirnya tersulam senyuman kepada gadis itu sebelum kembali melihat cucu lelakinya.

"Syed tak nak perkenalkan isteri Syed untuk tok mummy ke?" soal Nek Syaziah lembut.

Syed berdehem kecil, matanya memandang lalu menghampiri isterinya dan memegang tangan gadis itu lembut. Harap-harap Putri tak membantahlah. Tahulah tengah gaduh pun tapi janganlah buat pasal depan Nek Syaziah ye sang isteri. 1,2,3 Action!

"Umm..yeah. Tok mummy perkenalkan ini Putri, isteri Syed a.k.a cucu menantu tok mummy. Putri, ini pula tok mummy, yang I selalu ceritakan tu!" Syed memperkenalkan isterinya kepada Nek Syaziah dan pertama kali dia gunakan kata ganti nama 'I' dan bukannya 'aku'. Kalau dia guna aku-kau naknya kena pelangkung dengan Nek Syaziah depan-depan ni.

Mak ai! Mr Arrogant ni dah buang tebiat ke? Bukan main guna kata ganti nama 'I'. Wah! Sukalah. Kerap-kerap sikit nak balik kampung. Putri menghadiahkan senyuman kepada Nek Syaziah lalu menyalami wanita tua itu dengan sopan.

"Putri ye, cantik nama macam orang dia juga. Inilah cucu menantu tok mummy yang pertama. Nak harapkan Iyyad huh sampai orang lain dah beranak-pinak baru dia nak cari calon agaknya." kata Nek Syaziah dan sempat juga menyakat Iyyad. Nek Syaziah suka melihat cucu menantunya ini, muka manis dan orangnya nampak kecil dan sopan sahaja. Mengenai aurat tu, nanti-nanti boleh ditegur. Pelan-pelan, Nek Syaziah pun tidak kisah sangat. Anaknya, Puan Sri Siti Aisyah itu pun waktu remaja dahulu susah nak suruh tutup aurat dengan sempurna. Kita siapa nak judge orang.

Iyyad membuat memek muka dengan mulut muncung sedepanya itu. Tak suka orang mempersoalkan bila dia hendak berkahwin. Kalau sampai jodoh kahwinlah kan. Kerana terlalu sibuk belajar dia langsung tak ada masa nak bercinta. Yang dia tahu hanyalah belajar. Nek Syaziahlah ibarat ibu, nenek dan kekasihnya.

"Alah, nanti-nantilah tok mummy. Iyyad sibuklah." balas Iyyad mengangkat bagasi Encik Hazran dan Puan Maria meluru masuk ke dalam rumah.

"Hang tengok lah tu! Hat tulah jawapan hat dia dok bagi dari dulu lagi. Takdak hat lain dah. Nanti-nanti lepastu sibuk. Apa benda hat dia sibuk sangat pun taktau!" Nek Syaziah bersuara memang dah masak dengan cucunya itu. Keluar habis loghat kedahnya.

Putri tersenyum melihat telatah Nek Syaziah dan Iyyad manakala Syed tersenyum sendiri melihat isterinya yang berada di sebelah. Dengan tangan gadis itu masih lagi dalam gengamannya. Bilalah dia nak berbaik balik dengan gadis disebelah ini agak-agaknya? Bosanlah gaduh. Nak kena cari jalan untuk berbaik ni.

"Assalamualaikum mak. Emak sihat? Lama dah Aisyah tak jumpa emak." Puan Sri Siti Aisyah bersuara melulu ke arah Nek Syaziah dan merangkul tubuh tua itu dalam pangkuannya. Rindu.

"Waalaikumsalam, sihat! Hang tu ja yang tak selalu mai balik sini. Itu yang lama tak jumpak." Nek Syaziah sempat memarahi anak bongsunya, Puan Sri Siti Aisyah.

"Ala, mak. Suami cheq sibuklah. Itu yang tak balik." jawab Puan Sri Siti Aisyah. Dia pun dah turut bercakap dalam loghat kedah.

"Hmm, yala tu. Nih hampa semua buat apa kat luaq nih? Mai kita masuk Putri, Syed, Hazran, Maria, Aisyah, Amran." ajak Nek Syaziah. Semua nama dia petik.

Maka, mereka semua pun masuklah ke dalam rumah kayu moden milik Nek Syaziah. Rumah ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat kedua dan ketiga semuanya di penuhi dengan bilik tidur. Almaklumlah dia hanya sediakan payung, sebelum hujan. Mana tahu cicit banyak kelak nanti. Kita tak tahu.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now