Chapter 64

12.4K 425 14
                                    


Masih berada dalam posisi yang sama. Mata Syed yang masih lagi tertutup rapat dan Putri yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Bibir mereka yang masih dengan jarak seinci. Degupan jantung mereka yang berdegup seiring.

Patut ke tak aku teruskan?, desis hati Syed keliru. Sama ada hendak teruskan ataupun tidak.

Syed perlahan-lahan membuka sepasang matanya melihat wajah Putri. Selepas melihat wajah Putri. Dia berasa sangat gembira dan senang hati.

Sepasang mata milik Putri sudah tertutup rapat seolah-olah menunggu kehadiran Syed dan sebabkan itu senyuman kecil terukir pantas di bibir milik Syed. Jadi, tanpa merisaukan dan memikirkan apa lagi, Syed terus menyembamkan bibirnya ke bibir Putri lembut. Bibir Putri dicium lembut. Kedua-dua belah tangan Syed kemudian naik mengusap pipi isterinya lembut.

Dengan kedua-dua pinggan yang masih lagi berada atas tangannya, Putri hanya menerima tanpa bantahan. Ciuman dilepaskan oleh Syed. Kedua-dua mereka membuka sepasang mata milik mereka perlahan-lahan sambil menghembus nafas lelah.

Mata mereka bercantum seketika sebelum kedua-duanya cepat menepis dari melihat mata masing-masing. Wajah Putri jelas tampak kemerah-merahan manakala Syed pula sepasang telinga miliknya yang merah menyala. Malu. Segan. Ah! Semualah. Tak ada perkataan sebenarnya yang boleh gambarkan perasaan mereka berdua. Malu menyesal, suka dan banyak lagi.

"Uh.. aku... Put..ri aku. Ma-maaf. Eh, bukan... tapi ummm---" tergagap Syed cuba mengaturkan ayat untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Lagi diam, lagilah bertambah awkward.

"Err.. oo-ookayyy." jawab Putri gugup. Padahal satu apa pun dia tak faham apa yang Syed cuba ungkapkan. Awkwardnyaaa. *nangis dalam hati*

"A-aku tak sengaja tadi haaa. Tak sengaja. Hahahaha." kata Syed masih lagi gugup berserta dengan gelakkan palsu di penghujung ayatnya.

"Oh ya! Sure. Benda-benda macamtu memang akan jadi kadang-kadang. Saya setuju. Hahahaha." Putri juga melepaskan gelakkan kecil atau lebih kepada gelakkan gementar sebenarnya.

Apa yang mereka berdua katakan itu langsung tak masuk akal. Tak sengaja? Bukannya lantai lincin ke apa pun. Duh! Tapi dah tak nak malu punya pasal cakap jelah apa yang terlintas dalam kepala otak walaupun langsung tak masuk akal. Budak darjah satu pun pandai menipu lagi baik daripada diorang.

Suasana kembali sunyi selama beberapa minit. Syed dan Putri yang masih lagi berada di hadapan antara satu sama lain. Mata mereka entah meliar ke mana-mana sahaja keliling dapur kecuali bukan melihat antara satu sama lain.

"Ah! Screw it!" Syed menaikkan suara sedikit membuatkan Putri terkejut, terus terangkat bahu Putri kerana terkejut dengan suara kuat milik suaminya.

Sebelum memintas isterinya untuk ke meja makan, Syed mengambil kedua-dua pinggan yang berisi spaghetti aglio-olio itu lalu sekali lagi sempat dia menyinggahkan bibirnya ke bibir Putri buat sementara. Membulat mata Putri dengan tindakan suaminya tetapi Syed hanya terus berjalan ke meja dan duduk selamba sebelum berkata.

"Oops. Sorry tak sengaja lagi sekali." kata Syed seperti usikan. Sampai bila nak malu. Haha. Isteri aku kut.

Putri mengetap giginya kegeraman. Ish! Dia ni tak reti malu ke? Aku punyalah segan tahap dewa dah ni! Bibirnya milknya dicebikkan sedikit.

"Mehlah duduk. Cakap nak rasa masakkan aku tadi. Meh!" panggil Syed lembut.

Bila anak matanya menangkap kelibat Putri yang makin dekat datang ke meja makan, serta-merta Syed bangun dan menarik kerusi buat Putri. Putri duduk di atas kerusi tersebut lalu Syed kembali duduk di kerusi berhadapan dengan Putri.

"Take your first bite, Princess." suruh Syed.

Wajah Putri yang sudah kembali normal tadi mula memerah kembali mendengar panggilan dari Syed. 'Princess'! Aduh cair hakak! Memori semasa mereka belum berkahwin mula datang ke minda Putri. Sewaktu mereka pergi date yang pertama, sebelum Syed balik ke rumah. Putri ada mengucapkan terima kasih kepada Syed dan dibalas dengan 'My pleasure princess'! *kalau korang tak ingat, chapter 17 kalau x salah*

"Are you here Putri? Mengelamun lagi?" soal Syed perlahan.

Putri berdehem sebelum membalas.

"I'm here of course. Mana ada saya berangan pun. Memandai je. Well, here I take my very first bite of your cooking." Putri berkata lalu mengambil garfu dan mengambil gigitan pertama masakkan yang dimasak oleh suaminya.

Spaghetti aglio-olio itu dikunyah perlahan untuk merasa dan menikmati makanan itu. Mata Syed tak hilang dari melihat wajah isterinya. Nak tahu jugak sedap ke tak? Kalau tak sedap hmm malulah. Setelah habis Putri mengunyah, cepat-cepat Syed membuka mulut menanyakan kepada isterinya.

"How? Okay tak? Sedap? Ke tak langsung? Atau masin? Terlalu manis? Tak cukup pedas? Spaghetti tak empuk lagi?" soal Syed bertubi-tubi.

Putri tergelak kecil mendengar soalan-soalan Syed. Tambahan pula, wajah Syed terserlah dengan kerisauan. Pada awalnya, Putri mempunyai niat nak mengusik Syed, tetapi melihat kesungguhan suaminya nak memasak untuknya tadi. Jujur sahajalah

"Sedap! Sangat-sangat. Everything in here is perfect." puji Putri.

Dengan automatiknya, kegembiraan menghiasi wajah Syed. Sebentuk senyuman yang begitu gembira sampai tak terkata juga terlukis di bibir Syed.

"Kau tak tipu kan? Ahh! Bahagianya. Punyalah takut aku tunggu kau rasa makanan ni." luah Syed. Mana tak gementarnya, cara Putri merasa makanannya tadi kemain kunyah perlahan-lahan sebijik macam juri masakkan dalam TV show chef-chef yang sering terpapar di dalam televisyen.

Sekali lagi, gelakkan kecil terlepas dari mulut Putri.

"Dah. Jom makan. Nantikan nak pergi tengok wayang. Lambat pulak!" pesan Putri.

Mereka berdua makan dan berbual-bual mengenai topik pelajaran dan kolej. Syed ada juga menanyakan kepada isterinya jika hendak menyambung pelajaran atau tidak. Yelah, dia nak tahu juga. Manalah tahu Putri teringin nak sambung belajar jauh dari Malaysia tapi takut nak cakap. Jadi dia mengambil langkah lebih awal.

Sebenarnya Syed kalau boleh taknaklah Putri sambung belajar jauh dari sini. Nanti dia keseorangan macamana? Buat masa sekarang Putri hanya berkata, dia masih tiada rancangan untuk menyambung pelajaran. Lega hati Syed mendengar. Kalau nak sambung Syed okay je tapi harap-harap dekat-dekat sini jelah. Janji tak pergi jauh dan masih boleh tinggal sebumbung. Hehe.

🌹🌹🌹

Usai membersihkan diri dan bersolat maghrib, Putri sekarang sedang berada di hadapan cermin sambil tangannya ligat menyikat rambut ikal mayangnya.

Kemudian, rambutnya di dandankan dengan kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian, rambutnya di dandankan dengan kemas. Wajahanya yang masih tidak mempunyai secalit solekkan itu dipandang.

"Wait! Jerawat!!!" Putri menaikkan suaranya apabila dia ternampak satu jerawat di bahagian pipinya. Nak nangis ah. Ish! Jerawat ni pun satu, nak ada waktu aku nak keluar gi date dengan suami aku pulak. Pengacau. Macam dah takde tempat lain nak mendarat.

Putri mula untuk bersolek. Selepas 20 minit habislah dia make-up dirinya. Cuma tinggal nak letak gincu. Dia mencari warna gincu yang hendak dipakainaya malam ini. Merah? Tak sesuai, terlalu mengancam. Pink? Dah bosan sebab selalu sangat. Setelah lama berfikir dia mengambil warna nude lalu dicampur sedikit merah jambu dan dipakaikan ke bibirnya.

"Done!" Putri melihat dirinya di cermin. Sangat berpuas hati dengan penampilannya. Kemudian, matanya tertancap pada bibirnya sendiri. Jari telunjuk milik Putri menyentuh bibirnya lembut. Senyuman malu terpapar di bibir Putri mengingatkan semula kejadian di dapur siang tadi. Ahh! What to do? Aku jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Syed Aqil Mikahael bin Syed Amran setiap hari? Yang kesiannya dekat hati akulah yang selalu berlari-lari. Muahahaha. Menggedik sikit.

A/N: Dah cukup kut korang enjoy sweet-ii scene. Hehe. Nnti konflik datang selow-selow ye guys *gelak jahat* 😛

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now