Chapter 95

12.1K 413 36
                                    



Setelah hampir satu jam Megat Aiman di balai polis memberi keterangan, barulah Melissa mengaku bahawa dialah yang menikam Syed tanpa sengaja. Dengan jelas, Melissa ditahan dan akan dipenjarakan.

"Aiman, no jangan tinggal I. I takut." Melissa menarik lengan Megat Aiman. Wajahnya merah dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.

"Stay there for a while, I promise I come back for you and our kid." lukisan senyuman ikhlas timbul pada bibir Megat Aiman buat Melissa.

Megat Aiman mengeluarkan sapu tangan dari poketnya. Sapu tangan itu dibawa pada pipi Melissa dan lap sisa air mata wanita tersebut.

"You promise?" dua pasang mata berair itu pandang mata Megat Aiman mencari kejujuran.

"Trust me, I come back. But, you have to promise me something."

"What is it? I willing to do anything for you to be by my side. I don't want to be alone anymore. I have no one if you leave."

"Take care of your health here and promise me to not hurt yourself or our future born baby."

"I will."

"Maaf, Encik. Tapi, Cik Melissa kena ikut kami sekarang." seorang inspektor yang berada dalam bilik siasatan itu mula bersuara. Muak pula dia tengok orang tengah bersemut ni, dia sudahlah bujang ni. Hormat sikit.

"Ah, ya." Megat Aiman tersenyum kepada inspektor tersebut.

"Terima kasih bagi kerjasama ya Encik." Megat Aiman mengangguk dan tersenyum sahaja.

Tangan Melissa digari dan dibawa oleh inspektor tersebut dan seorang penjaga bilik siasatan ini. Megat Aiman dan Melissa membalas senyuman terakhir antara mereka.

Megat Aiman berjalan keluar dari balai polis dan masuk ke dalam kereta miliknya. Dia mengeluh kecil, cuaca terlalu panas hari ini. Berpeluh-peluh. Selepas enjin dihidupkan, jam tangannya sempat dibelek. Rasa-rasanya keluarga Syed dan Putri mungkin belum sampai jadi dia mengambil keputusan untuk ke hospital semula.

Walaupun Megat Aiman tidaklah berapa rapat dengan Syed, dia tetap risau. Dia harap sangat Syed tak apa-apa sebab dia tak nak Putri menderita. Putri's used to be his first love. Tipulah kalau dia tak risau, tipulah kalau dia tak nak tengok Putri kecapi kebahagiaan. Dia tahu dia salah sebab hampir terjebak dengan perancangan gila yang Melissa ingin lakukan. Mujur tak sejauh itu dia fikirkan.

Megat Aiman percaya, mungkin Putri bukan ditakdirkan untuknya jadi dia mula lupakan gadis yang pernah menghuni hatinya. Sebab itu dia mula untuk cuba buka hati pada Melissa selepas mengetahui berita tentang kandungan Melissa dan dialah bapanya. Dia tidak mahu kisah lampaunya berulang sekali lagi sama dengan Farina. Menyesal seumur hidup, langsung pun tak boleh nak maafkan dirinya.

Mujurlah dia ikut gerak-geri Melissa sejak minggu lepas. Selepas sahaja Melissa memberitahu perancangannya, Megat Aiman cuba untuk pujuk Melissa supaya hentikan semuanya tetapi kedegillan mengusai diri wanita itu. Dia tak dapat nak hentikan Melissa sebab itulah di perhati gerak-geri Melissa yang asyik meronda dalam taman rumah Syed dan Putri.

Hari ini dia terbangun agak lewat dan sebab itulah dia tak sempat jejaki Melissa. Megat Aiman ada perasan post Putri di instagram dan sebab itulah dia tahu pasangan itu sudah pulang ke rumah. Jadi, dia cepat-cepat telefon Syed suruh pulang ke rumah. Dia tahu Melissa pasti tak akan putus asa selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan.

Keretanya diparkir elok lalu dia keluar dan masuk ke dalam bangunan hospital terus menuju ke wad kecemasan. Front desk tempat pertama dia singgah dan bertanya kepada jururawat yang dia meminta tolong sejam yang lalu.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now