Chapter 78

12.2K 436 18
                                    


"Melissa apa yang kau dah buat? You said we stick to the plan!" marah Megat Aiman kepada Melissa yang sedang duduk di atas sofa dalam bilik pejabatnya.

"Alah, sama je. Lagi better kut. Isteri dia siap tengok live." cakap Melissa selamba.

"Lagi better? Eh, Putri tak bodohlah. Clearly kau cerita Syed tolak kau. So? What's the point now? Kau ni buat keja kasi bersih sikit!" Megat Aiman masih lagi bengang dengan gadis yang berada di hadapannya itu.

"Well, you don't know apa yang Putri cakap." kata Melissa megah.

"What?"

"Yang lain I kurang ingat tapi memang menyedihkan untuk mereka but mengembirakan buat kita. The last words from her is Putri undur diri. Maaflah ape benda lagi. She literally look very offended kut Aiman. Come on I know what I am doing!" beritahu Melissa tersenyum sinis mengingati saat Putri menangis di hadapan Syed.

"What if it doesn't work? Aku rasa better kalau kau ikut plan kita yang asal." Megat Aiman masih tidak bersetuju.

"Ish, Aiman! Stop it. Just go with the flow. Kalau tak menjadi kita main cara kasar." Melissa mengenyit matanya pada Megat Aiman.

Megat Aiman mengeluh panjang. Dia tidak boleh buat apa sekarang. Hanya boleh mengikut plan Melissa. Kalau tak ada Melissa susah dia nak dapatkan Putri. Putri sudahlah jenis yang rare nak layan dirinya sebab itulah dia biarkan Melissa yang guna Syed untuk hancurkan rumah tangga Syed dan Putri. Tak kira apapun yang jadi, Putri Emylia Irdina milik aku Syed Aqil Mikhael!

"Fine. I trust you for now. Make sure bersih. If not sia-sia, kita berdua boleh dibuang kerja." kata Megat Aiman lalu mengambil tempat duduk disebelah Melissa.

"Trust me okay. I even use his own brother before. Tapi dah hampir empat tahun nothing. Takde bukti yang boleh si Aniq salahkan I. Kadang I kesian dengan si Aniq tu. Bertungkus-lumus nak cari bukti tapi habuk." Melissa tergelak sinis.

"Seriously? Wow then. Tapi aku curious dengan satu benda."

"What?" soal Melissa memandang Megat Aiman.

"Kenapa kau nak sangat break-up dengan Syed sampai guna abang dia jadi umpan? Kau cakap kau sayang Syed."

"Itu dululah Aiman. I muda lagi. I nak enjoy. Tapi Syed tu ulat buku. Tak pandai langsung nak berseronok. Bosanlah dapat boyfriend macam dia. I tried untuk ajak dia pergi clubbing and all tapi memang langsung tak termakan pun. Susah sangat nak ajak dia. But then, I jumpa abang dia and Aniq is very fun. I like him. We hangout from time to time until Aniq tahu I bercinta dengan Syed dia terus stop hanging out with me. Senang cerita waktu tu I dilemma. Tak tahu sama ada I nak abang ke adik." cerita Melissa.

"I see. Then what happen after that?" soal Megat Aiman keliru. Makin syok pula dia dengar.

"Well, I'm a bit terkilan dengan Aniq. But then I rasa tak worth it pun suka dekat dorang. So, disebabkan Aniq mula jauh dengan I, I rasa nak balas dendam and that why Aniq jadi umpan I malamtu. I nak buat Syed benci dia cause I tahu Syed sayang I sangat dulu. I pun tak faham kenapa dia sayang I sangat. Padahal dia tak tahu bestfriend dia buat kerja belakang dia. Haha. Syed bodoh betul waktu tu." cerita Melissa lagi.

"Wait. Kau nak cakap yang kau curang dengan bestfriend Syed waktu kau bercinta dengan Syed?" tanya Megat Aiman.

"Yeah." Melissa mengangguk.

"Lepastu kau...." tidak sempat Megat Aiman hendak menghabiskan ayatnya, Melissa terus potong.

"Excuse me? Yang you interested sangatni kenapa? Malaslah nak cerita. Benda dah lepas pun."

"Okay fine fine." Megat Aiman mengalah. Tak sangka juga dengan perangai Melissa. Kayu tiga betul! Abang nak, adik nak dan kawan baik boyfriend sendiri pun nak. Sakan perempuan ni.

Melissa yang sedang bermain dengan rambutnya itu menoleh melihat Megat Aiman yang sedang memandangnya.

"You asal pandang-pandang I? Tergoda?" soal Melissa dengan senyuman nakal.

"Huh? Kau cakap apa? Tak ada bendalah!" nafi Megat Aiman mula memandang ke arah lain.

"Come on I know." Melissa melirik Megat Aiman lalu mendekati Megat Aiman. Bibirnya didekatkan pada telinga Megat Aiman lalu berbisik.

"Kita berdua single right now. I think there nothing wrong with it." sempat Melissa kenyitkan matanya kepada Megat Aiman sebelum mengambil tempat duduk di atas riba Megat Aiman. Megat Aiman hanya tersenyum sinis memandang Melissa. Orang dah bagi takkan nak tolak.

🌹🌹🌹

Sudah empat hari berlalu, Syed sudah discharge dari hospital dan tinggal dirumah daddy dan mummynya buat sementara waktu. Dia mengurung dirinya di dalam bilik dan langsung tidak jejak keluar. Bilik tidurnya yang sentiasa gelap, tiada lampu dibuka mahupun sedikit langsir dibuka.

Syed baring atas katilnya. Tidurnya langsung tidak nyenyak atau cukup malah selera makannya juga entah hilang ke mana. Wajahnya yang sangat pucat kerana demam panas menyerangnya. Tetapi demamnya sudah beransur pulih. Dia mula teringat akan surat yang Putri tinggalkan semasa dia pulang ke rumah untuk mencari Putri hari itu.

Abang, Putri rasa Putri perlukan masa untuk berfikir. Jadi, lebih baik Putri pergi buat sementara. Biarlah kita berpisah sekejap ataupun selamanya. Jika kita berjodoh, kita jumpa lagi. Allah is the best planner right? Saya minta maaf kalau saya pernah terkasar bahasa dan tak jaga makan minum abang dengan baik. Serta maafkan saya sebab pergi tanpa izin abang. Jangan cari Putri and I did love you too.

Air mata Syed turun membasahi pipinya. Dia tahu ini bukan masanya untuk menangis. Dia tahu kalau menangis bukannya Putri akan pulang. Menyesal menyelubungi dirinya, menyesal bersikap dingin dengan isterinya. Menyesal tidak kawal dirinya seboleh yang mungkin. Tapi apa boleh buat kalau nasi sudahpun jadi bubur.

Satu ketukkan terdengar dari luar bilik Syed. Syed cepat-cepat mengelap sisa air matanya. Sepasang mata miliknya memandang gerangan yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya sambil menatang dulang.

Puan Sri Siti Aisyah memandang anaknya dengan senyuman. Sebenarnya hatinya sangat sayu melihat keadaan anak bongsunya itu. Sedih. Tapi apakan daya jika takdir sudah tertulis sebegini. Tertulis oleh penulis citer ni hehe.

"Syed mummy buka lampu ya." kata Puan Sri Siti Aisyah selepas meletakkan dulang di meja sebelah katil Syed.

"Tak payahlah mummy." bantah Syed. Biarlah mummy dia nampak dirinya dalam keadaan sedikit gelap dan samar-samar begini. At least taklah nampak teruk sangat. Takut nanti mummynya lagi risau melihat keadaannya yang langsung tak terurus.

"Yelah. Mummy ada buat bubur dengan ayam dan sayur untuk Syed. Syed makan ya. Biarlah ada tenaga sikit. Kalau Syed asyik tak makan nanti berat badan pun turun." ujar Puan Sri Siti Aisyah.

"Takpa nanti Syed makan." balas Syed.

"Nanti Syed tu bila? Esok pagi bila mummy nak kutip pinggan semuanya masih tak bersentuh." bebel Puan Sri Siti Aisyah sudah tahu akan perangai anaknya yang langsung tak jamah makanan walaupun sedikit.

"Mummy suap nak?" soal Puan Sri Siti Aisyah.

"Tak nak. Syed nak Putri mummy please." pinta Syed.

Puan Sri Siti Aisyah mengeluh sedikit. Inilah perkara yang sering ditanya dan diminta oleh Syed setiap hari apabila dia menghantar makanan. Tak terjawab soalan ini bila ditanya. Dia pun tidak tahu Putri tuju ke mana. Kalau tahu senanglah.

"Yang Syed suruh daddy detect phone Putri tu. Tak dapat ke my? Tak tahu ke dia pergi mana?" soal Syed berharap sangat yang dia tahu di Putri berada.

"Tak sayang. Phone Putri off sepanjang masa." balas Puan Sri Siti Aisyah menyebabkan Syed mengeluh panjang.

"Where are you sayang? Tolong balik ke pangkuan abang." rintih Syed lalu Puan Sri Siti Aisyah memeluk anak bongsunya erat. Sungguh dia nampak kasih sayang Syed buat isterinya sangat mendalam. Sabarlah. Sabar itu kunci yang penting dalam kehidupan.

A/N: Vote pls 🥺. So far okay ke down? Saya tak pandailah nak menulis benda jahat-ii plus sedih-ii. Bersemut saya tahulah 😂😂.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now