Chapter 44: Teasing part two

15.3K 447 9
                                    



"Iyyad, kamu dah habis belajar kan. Cuma nak tunggu konvo je? Bila konvo kamu tu?" soal Tan Sri Syed Amran.

"Konvo Iyyad mungkin hujung tahun ni uncle. November takpun december ni. Tengah-tengah tu jalah uncle." balas Iyyan.

"Oh! Lambat lagilah. Banyak bulan lagi nak tunggu. Apa kata kalau Iyyad tinggal di KL. Boleh Iyyad mula belajar tentang company dan kenal pekerja-pekerja uncle di Syed's Families Holding tu. Setuju?" cadang Tan Sri Syed Amran. Teruja rasanya sebab ada orang akan mengganti.

Tan Sri Syed Amran pun dah semakin tua. Tiba masa dia nak bersara dan duduk di rumah luangkan masa dengan keluarga. Kalau ada cucu nanti lagi baguslah. InshaAllah. Nak harapkan Syed, memang tak jalanlah kerana lelaki itu awal-awal lagi menolak untuk menjadi CEO. Langsung tidak berminat dengan pekerjaan di pejabat malah lebih berminat untuk menjadi seorang pensyarah, cita-citanya memang tercapai berkat dengan doa Puan Sri Siti Aisyah beserta dengan usaha sendiri untuk bersungguh-sungguh ke menara gading.

Pada awalnya Tan Sri Syed Amran sebenarnya sudah pun ada calon bagi menggantikanya tetapi lelaki muda itu sudah tidak muncul mahupun jejak ke Malaysia lagi selepas apa yang terjadi antara dia sendiri, Syed dan lelaki muda itu. Sekarang mereka diibaratkan orang asing yang tidak pernah tinggal sebumbung walhal ketika dahulu mereka sangat rapat dan saling menyayangi di antara satu sama lain. Sesuatu insiden yang berlaku menyebabkan Tan Sri Syed Amran tidak menerima lelaki muda itu kembali. Tetapi secara jujurnya, dia sangat rindukan lelaki itu. Sudah hampir 4 tahun insiden itu berlaku, namun tidak sama sekali dia, Puan Sri Siti Aisyah tambahan pula Syed langsung tidak menghubungi lelaki itu. Maka, calon yang akan mengambil jawatannya sebagai CEO yang tepat hanyalah Iyyad Haiyan. Satu-satunya anak lelaki tunggal kepada abang dan kakak iparnya.

"Bo-boleh. Tapi tok mumm..." tak sempat Iyyad menghabiskan ayatnya apabila di potong oleh Nek Syaziah.

"Pi lah duduk KL sana nuh Iyyad. Tok mummy tak kesah pun. Sunyi tu memanglah sunyi tapi takpa tok mummy banyak kawan. Hang toksah dok risau sangat la. Pi ja." Nek Syaziah berkata. Faham akan cita-cita cucu lelakinya ini. Harap-harap pergi sana, balik bukan seoranglah tetapi berpasangan.

"Betul ke ni tok mummy? Iyyad kalau boleh nak tinggal sini lagi teman tok mummy." Iyyad serba salah bersuara. Kesiankan Nek Syaziah yang asyik berseorangan di kampung. Dulu, masa belajar sudahlah dia pulang hanya waktu cuti sem. Sekarang nak tinggalkan lagi wanita tua itu. Tapi,dia nak kejar cita-citanya. Bingung.

"Ya. Tok mummy tak kesah pun aih. Okay ja. Setakat duduk kat rumah sorang-sorang ni dah biasa. Kalau tok mummy bosan boleh pi rumah Habsah, main dengan cicit-cicit dia. Hang pi sana jangan lupa cari cucu menantu kat tok mummy noh. Balik takdak pasangan hang toksah masuk rumah. Tidoq luaq." Nek Syaziah bersuara sempat juga dia suruh Iyyad cari calon. Bukan apa cuma Iyyad tu dah semakin berumur. Dia teringan nak tengok Iyyad kahwin sebelum dia kembali ke rahmatullah.

"Ishh, tok mummy nih tak habis-habis dengan cucu menantu ja. InshaAllah, Iyyad cari nanti. Tok mummy doa-doakanlah ya."

"Bereh." balas Nek Syaziah tersenyum lebar dengan jawapan Iyyad.

"Baguslah tu. Nanti balik KL dengan aunty semua sekali okay. Tinggal di rumah aunty tau." pelawa Puan Sri Siti Aisyah teruja. Sekurang-kurangnya dia tak adalah berdua dengan suaminya sahaja. Ada pengganti Syed.

Iyyad balas dengan senyuman dan anggukkan. Kemudian, matanya sekali lagi mendarat ke arah pasangan suami isteri yang berada di hujung itu. Dari tadi dia lihat mereka berdua tengah berbisik-bisik. Apalah yang dibisikkan? Iyyad tertanya-tanya juga. Ikut suka merekalah.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now