Chapter 45: Fam

15.4K 424 10
                                    



Usai mengangkat semua bagasi tetamu-tetamu yang datang. Iyyad pun masuk ke bilik tidurnya dan mengambil tuala lalu keluar untuk ke bilik mandi. Almaklumlah bilik tidur dia bukannya bilik VVIP yang dimaksudkan oleh Nek Syaziah itu. Bilik mandi persendirian pun tak ada.

Semasa hendak ke bilik mandi dia terserempak dengan Encik Hazran yang seperti sedang mencari sesuatu.

"Uncle. Uncle cari apa?" soal Iyyad lembut.

"Jam uncle. Tercicir agaknya." beritahu Encik Hazran kepada Iyyad.

"Ah! Jam uncle warna emas tu ka? Iyyad tengok ada kat meja ruang tamu."

"Oh, yeke? Uncle tak perasan pula."

"Sat. Biar Iyyad ambik okay." tawar Iyyad.

"Eh! Tak perlulah Iyyad. Biar uncle yan...."

Belum sempat Encik Hazran habiskan ayatnya Iyyad sudah lesap ke ruangan tamu. Usai, mengambil jam Encik Hazran dia menyambung hajatnya untuk membersihkan diri yang terbantut tadi. Dia mengambil masa kira-kira tiga puluh minit kemudian turun ke tingkat bawah sekali ke bilik solat.

Syed dan Putri pula masing-masing memang penat. Semasa mereka masuk ke dalam bilik tidur perkongsian mereka Syed ada juga memujuk Putri untuk memberitahu perkara apa yang gadis itu merajuk sehingggakan tidak mahu bercakap dengannya. Tetapi seperti yang anda boleh teka. Ego Putri sungguh tinggi mencancang, dia buat tak tahu sahaja dan tidak mahu beritahu perkara sebenar.

"Kau ni, apa yang susah sangat nak bagitahu aku? Kau nak suruh aku fikir apa benda yang aku buat sampai kau merajuk. Tapi, otak aku tak berfungsi sampai situ tau." bebel Syed.

Putri tak tahu nak gelak ke nak kesian tengok Syed begitu. Gigih juga dia nak pujuk isterinya. Rasain lor.

Putri meninggalkan Syed dan terus masuk ke bilik mandi dengan baju persalinannya untuk membersihkan dirinya. Walaupun empat puluh lima minit sahaja atas pesawat jet-lagged tetap menghantui dirinya.

"Apa-apa jelah. Lebih baik aku baca buku. Nanti-nantilah pujuk." Syed berkata lalu mencapai bukunya dan baring di atas katil sementara menunggu Putri untuk sudah mandi.

Setelah lima belas minit, giliran Syed pula untuk membersihkan diri. Putri mengenakan t-shirt kosong berlengan panjang yang berwarna ungu bersama seluar trek berwarna kelabu. Baju-bajunya yang tak berapa nak cukup kain tu ditinggalkan di Kuala Lumpur. Duduk kampung jadi baik sekejaplah. Telekungnya yang berada di dalam bagasi itu diambil dan disarungkan ke tubuhnya.

"Done!" Putri jerit kecil.

"Tapi, still kena tunggu Mr Arrogant tu. Kang tok mummy kata apa pula tak tunggu suami kan. Plus aku tak tahu dekat mana bilik solat."

Putri melihat sekeliling bilik tidur itu. Wo! Memang betul-betul cantik dan selesa. Patutlah Iyyad gelarkan bilik VVIP. Dengan cermin besar yang menampakkan suasana sawah padi. Bilik mandi yang semestinya luas dan mewah. Rumah kayu moden ini memang menarik perhatiannya. Sedang asyik dia memerhatikan suasana bilik itu, dia langsung tak perasan bahawa suaminya sudah pun selesai mandi. Syed memerhatikan pemandangan yang berada di hadapannya. Sungguh indah. Agak-agaknya suasana sawah padi yang diluar tu ke atau Putri Emylia Irdina? Entahlah. Pandai-pandailah korang fikir.


 Pandai-pandailah korang fikir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now