Chapter 79

11.4K 356 44
                                    


Udara segar dihirup oleh Putri apabila jejaknya sudah sampai di persisiran sungai. Putri memanjat batu besar yang terdapat di sungai, bawah satu pokok besar itu lalu melabuhkan punggungnya disitu. Matanya tak henti-henti melihat di sekeliling tempat ini, sungguh cantik sungai ini, dijaga dan tidak tercemar dari sampah sarap. Tidak ramai orang pada waktu ini kerana cuaca masih lagi agak panas, baru jam 10:30 pagi, matahari terpacak atas kepala. Mata Putri menangkap kelibat satu pasangan tua yang sedang memancing dan sekumpulan budak lelaki yang sedang bermandi-manda.

Dua pasangan tua yang sedang memancing itu dilihat oleh Putri. Tiba-tiba memori dirinya bersama Syed semasa menyertai kem kolej hari itu menyinggah kotak fikirannya. Alangkah bahagianya kalau dia boleh putar masa semula. Langsung tidak mahu mengenali siapa itu Syed Aqil Mikhael. Tetapi dia juga fikir mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku dalam hidupnya sekarang. Dia sendiri pun dah malas nak menitiskan air mata lagi. Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Putri menikmati angin yang datang menyentuh setiap tubuh dengan memejam erat mata miliknya. Nikmatnya angin ini. Tidak beberapa saat, angin itu berlalu pergi dan matanya dibuka semula. Selendang berwarna krim yang dipakai olehnya dibetulkan biar kemas. Saat itu, Putri berasa ada seseorang yang duduk disebelah dirinya. Wajah ditoleh ke kiri bagi melihat gerangan yang datang entah dari mana. Jejeka itu tersenyum kepadanya.

"Awak dah cantiklah. Tak payah betulkan shawl tu." kata lelaki itu tidak memandang Putri malab hanya memandang ke hadapan.

Putri memandang lelaki itu pelik. Entah kenapa dengan lelaki ini? Entah datang dari ulu mana tiba-tiba puji orang cantik. Gila ke?

"Oh hi. Assalamualaikum. Sorry. Saya tak perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Zareef Aiman. Panggil Reef pun dah cukup. Nak lagi manja panggil abang pun boleh. Kalau sayang lagilah saya tak kisah." kata lelaki itu memandang Putri dengan senyuman.

Zareef melihat wajah Putri yang masih clueless. Gelakkan kecil terlepas dari mulutnya sebelum berkata "Saya bergurau je. Janganlah buat muka macam tu. Takut saya tengok. Awak macam nak makan saya."

"Oh yeah gurau. Ya, waalaikumussalam. Reef kan? Saya Putri for short." beritahu Putri.

"Putri? Cantiknya nama macam tuan dia. Sesuai sangat. Boleh saya jadi Puteranya?" puji Zareef lagi sempat juga di bergurau.

Amboi, mamat ni. Kemain. Sweet talker betul. Mamat-mamat yang mulut manis ni kadang tak boleh dipercayai langsung.

"Terima kasih. By the way, awak bukan orang sini ke?" soal Putri.

"Saya orang sinilah. Awak mesti pelik sebab saya tak cakap loghat kan? Saya lahir je dekat sini tapi dibesarkan di Singapore. Saya datang sini melawat tok ibu saya je." beritahu Zareef sambil melihat pemandangan sungai yang terbentang luas dihadapan matanya.

"Oh." jawab Putri sepatah. Awkward pula nak mulakan perbualan dengan orang yang baru sahaja kenal.

"Awak pulak? Orang sini ke?" soal Zareef ingin mengenali gadis disebelahnya ini. Memang dia jarang balik kampung, tapi dia kenal banyak orang di kampung ni. Cuma gadis disebelahnya ini je dia langsung tak pernah nampak sebelum ini. Orang baru ke?

"Eh, tak. Saya datang umm nak ummm bercuti haa, bercuti sambil melawat nenek saya jugak." balas Putri. Tipu sunat takpa kut. Takkan nak cakap yang aku ni lari dari suami aku pulak kan? Karang dia buat andaian pelik-pelik pula.

"Oh yeke. Nice to meet you anyway."

"Yeah. Same goes to me." balas Putri.

Suasana diantara mereka berdua sunyi sementara. Putri dan Zareef tenggelam dalam pemikiran masing-masing.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now