BAM 1

1.8K 68 20
                                    

Derapan kakinya semakin laju melangkah.

"QASIH! Qasih!"

Nama itu dipanggil berkali-kali tetapi tetap tidak ada sahutan. Nafasnya sudah tidak teratur akibat perasaan marah yang terlalu membara. Dari satu rumah ke rumah yang lain dia mencari sosok pemilik nama Qasih Ruziana.

"Siap kau kalau aku jumpa, pagi-pagi lagi kau dah naikkan darah aku kan. Kau memanglah Qasih, dari kecik sampai ke besar menyakitkan hati aku!"
Dia membebel sendiri tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang mula melemparkan pandangan sinis.

"Kenapa ni, Kak Mala? tak habis-habis lagi ke nak dera budak Qasih tu?" tegur salah seorang penduduk kampung disitu yang sudah masak dengan perangai buruk Nirmal.

"Kau diam. Aku nak cari anak aku. Kau tahu tak dia kat mana? Keluar rumah tak bagitahu. Awal pagi lagi dah buat aku terpekik melolong. Aku Stress betullah dengan budak tu," adu Nirmala, kepada Mona jiran sekampungnya.

"Qasih tu aku nampak dekat warung Pak Mail, basuh pinggan. Kau tu dah-dahlah fikir bukan-bukan. Qasih tu baik je budaknya, cuma nasib dia je tak baik dapat mak kandung macam kau ni ha. Tak payahlah kau nak marah marah dia. Dia tolong kau cari duit tu kan..." terang Mona.

Mona Sangat tidak senang dengan cara layanan Nirmala terhadap Qasih.
Mendengar jawapan dari Mona buat Nirmala terkedu seketika. Walau bagaimanapun perasaan simpati itu tidak lama sebelum marahnya kembali mebuak-buak.

"Aku cuma tanya dia dekat mana, aku tak perlu tazkirah kau. Dah tepi."
Langkah kembali diatur laju menuju ke warung makan Pak Mail.

Qasih sedang leka menyusun pinggan mangkuk di atas rak. hujung lengan baju kurungnya sedikit basah terkena air ketika membasuh pinggan tadi. Dari dalam warung dia dapat menangkap suara jeritan seorang wanita. Itu mak.

"Qasih, keluar sekarang. Keluar sekarang!" jerit Nirmala.

Qasih serta merta mendapatkan tempat disebelah ibunya. Tidak mahu sikap keterlaluan ibunya mengganggu pelanggan yang sedang asyik menjamu selera.

"Ada apa mak?"

"Kau tanya aku ada apa? Pagi-pagi lagi kau dah tak ada kat rumah. Oh kau kerja, nak tolong aku? Hey Qasih, kau tu baru 12 tahun. Kau nak malukan aku ke apa ni. Kau ingat dengan cara macam ni boleh buat aku bangga? Kau buat aku dipandang hina oleh orang kampung lagi ada lah, sebab aku berhentikan kau sekolah gara-gara nak suruh kau kerja," kata Nirmala dalam nada geram.

"Mak, Qasih minta maaf. Kalau mak nak Qasih balik, baiklah."
Tidak mahu melanjutkan sesi soal jawab dengan ibunya, kerana dia sudah tahu dia tidak mungkin akan menang sekalipun alasannya itu betul.

"Haaa, balik sekarang!"

Pelanggan-pelanggan di warung itu masing-masing menggeleng kepala melihat sikap Nirmala yang tidak ubah seperti ibu tiri mendera anak tiri.

Nirmala dan Qasih pula sudah membawa diri balik ke rumah.

"Si Mala tu terlalu berdendam. Mana taknya, lepas jer dia melahirkan Qasih, Suaminya tinggalkan dia. lepas sebulan datang pula bawa isteri baru, terus si Mala dijatuhkan talak tanpa sebab musabab dalam keadaan si Qasih tu masih menyusu badan. Dia terlalu kecewa. Yerlah sakit, sedih dia lalui sendiri semasa melahirkan Qasih."
Suara Pak Mail menarik semua mata tertumpu padanya.

Kisah itu dipecahkan terus kepada semua pelanggan yang ada pada waktu itu. Dia tidak rasa kisah lalu Nirmala patut lagi dia simpan. Sekurang-kurangnya dengan bercerita kepada penduduk kampung, mereka boleh tahu kisah benar dan tidak lagi membuat sangkaan sendiri sampai ada yang menabur fitnah kata Qasih anak luar nikah.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now