1: birthday surprise

4.3K 211 16
                                    

25 Julai 2019

Fajar mulai menyinsing dan cahaya matahari perlahan mendominasi ruang bilik tidur Kirana. Kelopak mata perlahan dibuka dan hujung jari memisat- misat hujung mata.

Setelah mata dan minda sudah celik sepenuhnya, Kirana memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Kirana menguap lalu kedua- dua tangan dinaikkan ke atas. Hari ini merupakan harijadi Shahdan, kekasih hatinya. Kirana mengambil cuti pada hari ini kerana berancang ingin membuat kejutan buat Shahdan. Senyuman lebar terukir di wajah Kirana. Bermacam reaksi dari Shahdan yang dia bayangkan apabila menerima kejutan harijadi dari Kirana nanti.

Kirana bangun dari pembaringannya dan menapak ke almari bajunya. Pintu almari dibuka dan nafas ditarik lega setelah melihat hadiah yang dibungkus masih terletak kemas. Semalam dia bermimpi hadiah yang ingin diberikan kepada Shahdan lesap dan diganti dengan sehelai saputangan. Entah kenapa hatinya merasa tidak sedap dengan mimpi semalam?

Hadiah tersebut diamati sekali lagi, sebelum tuala yang tersidai di atas kerusi dicapai dan dia memboloskan diri ke dalam bilik air.

Setelah selesai mandi dan bersiap, Kirana keluar dari bilik tidurnya bersama hadiah tadi yang dikepit di antara lengan dan keletiak.

"Amboi anak dara mommy ni. Ingatkan dah jalan pergi kerja. Kenapa lewat bangun lagi ke Kiki?" Tengku Luna bercekak pinggang memandang Kirana dengan wajah yang berkerut.

"Mommy lupa ke Kiki ambil off hari ni sebab nak buat surprise untuk Shahdan?" Jawap Kirana dengan mencebik mulut. Baru tiga hari lepas dia memberitahu Tengku Luna bahwa hari ini dia sengaja mengambil cuti hanya untuk meluangkan masa dengan Shahdan.

"Ohh.. Sorry mommy lupa. Sampaikan salam harijadi mommy dekat Shahdan. Lagi satu, Kiki jangan terlalu kerap keluar dengan Shahdan. Bertunang bukan passport untuk keluar bebas tanpa had waktu. Ingat tu," pesan Tengku Luna kepada satu- satunya anak perempuannya.

"Kiki tahulah mommy. Bukan kerap berjumpa pun. Seminggu tiga kali je. Lagipun hari ni kan harijadi Shahdan," Kirana membidas.

"Batas pergaulan jaga Kiki. Daddy dah banyak kali pesan kan, jangan pulang rumah lewat. Kiki tu anak dara. Jaga diri elok- elok. Lagi dua bulan nak kahwin, kurangkan aktiviti keluar malam dengan tunang tu," Tengku Luna menghampiri Kirana, lalu memaut bahunya. Manakala Kirana menelan air liur dengan payah mendengar nasihat Tengku Luna. Terbit rasa bersalah di benak hatinya. Memang dia akui dia semakin sering keluar malam dengan Shahdan. Ikutkan hati, ingin saja dia menikah cepat dengan tunangnya namun kedua- dua belah pihak tidak ingin tergesa- gesa membuat majlis perkahwinan.

Kedengaran suara orang berdehem dari belakang. Mereka berdua menoleh ke arah suara itu.

"Apa sebut- sebut nama daddy ni?" Tengku Ashraf muncul di muka pintu sambil membetulkan tali lehernya. Dengan segera Tengku Luna menghampiri sang suami lalu membetulkan tali lehernya.

"Tak ada apalah, sayang. Saya cuma nasihat sikit anak dara kita tu, asyik keluar dengan Shahdan," jawap Tengku Luna sambil menguntumkan senyuman buat Tengku Ashraf.

"Kirana, cukuplah mommy seorang yang nasihat. Ingat, abang Adrian kau tu lebih protective daripada daddy. Daddy dah bagi kelonggaran untuk kau keluar ke mana sahaja. Jangan pulang lewat. Be home by 7 pm, got it?" Pandangan tajam diberikan kepada Kirana sambil tangannya memaut pinggang Tengku Luna.

"Ish daddy ni. Kiki tahu jaga dirilah. Tak payah risaulah. Kiki bukan jalan dengan siapa pun. Dengan bakal suami Kiki je," Kirana merungut dan menarik muka masam. Hari yang sepatutnya membahagiakan dirinya bertukar menjadi kelam. Rasa marah dan ingin memberontak menguasai diri gadis yang baru berumur 25 tahun itu.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now