39: Bersatu

2.4K 175 36
                                    

Tiga minggu telah berlalu namun Putera Iskandar dan Kirana tetap dingin. Semenjak kejadian Kirana bergelut dengan Putera Alauddin; Putera Iskandar mengelak dari berada di tempat kebiasaan Kirana.

Namun dalam hati kecil baginda, baginda sentiasa mempunyai rasa ingin tahu sama ada Kirana rindu untuk bersua muka dengan baginda ataupun sebaliknya.

Baginda duduk di buaian dekat air terjun. Akar kayu yang menjadi pemegang buaian tersebut digenggam erat dan baginda mulai berayun perlahan. Buaian itulah sahaja yang mampu menenangkan baginda setiap kali dilanda masalah atau fikiran yang berkecamuk.

Sedang baginda berayun, kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan memijak daun- daun dan ranting- ranting yang kering. Baginda berhenti dan turun dari buaian itu serta merta. Mata dan telinga baginda menjadi sensitif dan peka mencari objek yang berada tidak jauh dari baginda.

Perlahan- lahan, kelibat seorang lelaki muncul di hadapan baginda. Wajahnya menunduk melihat tanah. Jalannya perlahan dan longlai bagai tiada semangat. Dan tubuh badannya rendah dan kecil bagi lelaki. Semakin lelaki itu dekat, baginda seakan dapat mengecam siapakah gerangan itu.

"Apa kau buat di sini?" Tanya baginda setelah lelaki tadi mengangkat wajah dan memandang baginda.

Betul sangkaan baginda. Orang itu ialah Kirana. Baginda mengambil beberapa langkah ke hadapan, sementara Kirana terpaku berdiri di tempatnya.

"Kenapa kau tanya aku pula? Kau buat apa di sini?" Tanya Kirana kembali. Sesungguhnya dia tidak menyangka akan ada manusia lain yang akan berada di tempat itu, terlebih lagi Putera Iskandar.

"Ini tempat aku. Kau tu pendatang. Aku tuan rumah. Aku tidak suka orang lain ganggu kawasan aku," tegas baginda.

"Tempat kau? Mana nama kau di sini? Mana? Mana? Tak ada pun aku nampak papan tanda nama kau di sini," ujar Kirana sambil menoleh sekeliling sambil tangannya ikut bergerak- gerak.

"Sombongnya! Aku yang membawa kau ke sini mula- mula. Kalau bukan aku, pasti kau tidak akan pernah menjejakkan kaki ke sini. Jangan ganggu aku di sini. Pergi!" Tengking baginda di hujung ayat menyebabkan Kirana tersentak.

"Senang macam tu je kau nak tuntut ini kawasan kau? Aku rasa kalau aku bawa Putera Rizal temankan aku ke sini, mesti kau takkan dapat cakap apa- apa kan?" Sengaja Kirana ingin membabitkan Putera Rizal kerana dia pasti Putera Iskandar tidak menyukainya.

Baginda mendengus sebelum membalas dengan sinis, "betul sangkaan aku. Kau dan Rizal mempunyai hubungan istimewa. Kenapalah aku tidak terperanjat?"

Kirana membalas dengan berpura- pura ketawa kecil, "terpulanglah kau nak cakap aku dengan siapa. Aku pulang dulu."

"Jadi, memang betul kau ada hubungan istimewa dengan Rizal, kan?" Baginda menghampiri Kirana yang mulai membuka langkah untuk pulang.

"Jawablah!" Tengking baginda apabila soalan tidak dibalas. Kirana mematikan langkah lalu menoleh menghadap baginda yang kini cuma berada kira- kira satu meter darinya.

"Tak, kami tidak ada hubungan apa- apa," jawap Kirana perlahan.

"Kau bohong! Kenapa tidak jujur katakan yang kamu sedang bercinta?" Tanya baginda lagi, tidak berpuas hati.

Nafas panjang dihela seketika sebelum Kirana menjawab, "ya, kami dua bercinta. Puas hati?"

"Tidak. Aku tidak puas hati. Kenapa dia?" Riak tidak puas hati dipamerkan dan dahi berkerut.

"Hah? Apa soalan kau ni?" Soal Kirana kembali.

"Jawablah," tegas baginda. Selangkah ke hadapan diambil.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now