51: Miang Rebung

1.9K 175 69
                                    

"Tidak! Kanda tidak akan tinggalkan dinda. Akan kanda pastikan dinda menjadi milik kanda," ucap Putera Iskandar.

"Tolonglah faham! Perempuan mana yang sanggup bermadu kasih? Puteri Mawar mungkin rela, tapi bukan dinda. Tolong jangan paksa dinda," balas Kirana.

"Tapi kanda tidak ingin kehilangan dinda. Kanda tidak ada pilihan lain. Kanda tidak boleh melanggar adat turun temurun."

"Ya, dinda faham. Kanda kahwinlah dengan Puteri Mawar dan jadi raja negeri ini," ucap Kirana sayu.

"Dinda, tolonglah faham kanda!" Kedua- dua bahu Kirana digoncang kuat.

"Nak faham macam mana lagi? Kan dinda dah cakap, kanda pergilah kahwin dengan Puteri Mawar," Kirana mencuba untuk lepas dari cengkaman di bahunya.

"Ya, tapi kanda akan mengahwini dinda selepas itu. Kanda janji," ucap baginda.

Kirana memandang baginda dengan kening bertaut. Dia menggeleng perlahan seakan tidak percaya dengan apa yang baru diucapkan baginda.

"Kau memang tak faham apa yang aku cuba cakapkan dari tadi, kan? Aku tidak akan jadi isteri kedua dan tidak akan bermadu dengan mana- mana perempuan!" Tengking Kirana.

"Dinda..." baginda hilang kata- kata. Bukan keinginan dan hasrat baginda untuk memadukan kasih Kirana. Baginda tersepit di antara kasih seorang ibu dan kekasih hati baginda.

Luluh hati baginda dengan halangan dan cabaran yang mereka kena hadapi. Tubuh Kirana dipeluk kuat tanpa sebarang kata.

Kirana cuma membiarkan dirinya dipeluk. Lutut terasa lemah dan tidak kuat untuk berdiri. Dan air mata perlahan- lahan mengalir turun tanpa disedari.

"Kanda tidak boleh hidup tanpa dinda. Tolong faham keadaan kanda, sayang," ucap baginda dengan terketar- ketar.

Tangisan Kirana mulai kedengaran kuat. Ternyata dirinya juga tidak sanggup untuk berpisah dengan baginda. Baginda merenggangkan pelukan dan memegang wajah Kirana.

"Dinda kahwin dengan kanda, ya sayang," pujuk baginda. Dan Kirana hanya merespon dengan menggeleng sambil menangis kuat.

"Kita cintakan satu sama yang lain. Kanda tidak boleh hidup tanpa dinda. Dinda juga tidak boleh hidup tanpa kanda. Kanda janji selepas kanda jadi raja, hanya dinda seorang permaisuri negeri ini. Percayalah. Akan kanda ikhtiarkan hingga cuma kita berdua yang melayari bahtera alam perkahwinan."

"Dinda tidak percaya," sanggah Kirana dalam tangis.

Putera Iskandar terus melutut di hadapan Kirana. Tangan Kirana kedua- duanya dipegang dan dicium seketika sebelum berbicara, "kanda sumpah atas nyawa kanda sendiri, cuma dinda seorang yang akan menjadi isteri kanda nanti. Tapi dinda kena sabar. Kalau kanda mungkir janji, biarlah kanda mati dibunuh oleh tentera musuh suatu hari nanti."

Kirana duduk melutut di hadapan baginda. Air mata yang bergenang di wajah baginda, diseka.

"Dinda percayakan kanda. Kita akan bahagia tanpa adanya orang lain di antara kita berdua," pujuk baginda lagi.

"Kita tidak mungkin akan bersama, sayang," ucap Kirana sedih.

"Kenapa, dinda? Bukankah kanda sudah berjanji untuk bersama dinda selama- lamanya?"

"Kanda tidak akan faham. Takdir sudah tertulis yang kita tidak ada jodoh," jawab Kirana.

"Siapa dinda untuk menentukan takdir dan jodoh? Kita belum kahwin tapi dinda sudah katakan sesuatu yang melukakan hati kanda," ucap baginda dengan sedih.

"Dinda bukanlah Tuhan, tapi dinda tahu kalau nama dinda tidak tercatat dalam sejarah," terang Kirana. Entah baginda faham ataupun tidak, Kirana sudah mati akal.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now