7: Tawaran Istana

1.7K 151 12
                                    

Pagi- pagi lagi Kirana bangun awal untuk membuat kuih apam balik, kuih seri muka dan goreng pisang. Melati juga turut membantu Kirana untuk menyediakan bahan- bahan dan menghidupkan api.

"Wah! Sedap sungguh kesemua makanan yang kau masak, nak. Dari mana kau belajar semua ini?" Tanya Mak Anum dengan gembira sambil menyuakan goreng pisang ke dalam mulutnya.

"Resepi google makcik. Saya selalu buat ni sebab makanan ni semua antara kegemaran saya, dan kebetulan bahannya mudah didapati di sini, jadi saya buatlah," dengan selamba sahaja Kirana memberitahu sumber ilmu didapatinya, dek kerana malas hendak mencari idea untuk mengganti perkataan google. Dan Mak Anum serta Melati mengiyakan jawapan Kirana, seolah- olah faham. Kirana ketawa kecil melihat ekspresi wajah kedua- dua anak beranak yang berpura- pura faham makna google.

"Kirana, potong begini sudah memadaikah?" Melati menunjukkan potongan yang dibuatnya, untuk contoh percuma yang akan diberikan kepada orang ramai nanti.

"Ye, terpulang awaklah. Dah kira sedang- sedanglah tu kecil potongan tu. Sekejap lagi, dah siap masak semua. Lepas ni, bolehlah kita semua memulakan misi kita," ujar Kirana dengan penuh semangat dan keterujaan.

Setelah selesai menyimpan kesemua makanan ke dalam bakul, mereka bertigapun bertolak dari rumah menuju ke pasar untuk mencuba menjual makanan.

"Jadi, bagaimana dengan nilainya nanti, Kirana?" Soal Melati.

"Entahlah... Bagaimana pendapat makcik? Semua terserah makcik untuk menilainya. Asalkan nilainya tidak berkurangan dengan nilai barang belian awal- awal," putus Kirana.

"Untuk permulaan, apa kata kalau kita mulakan dengan empat potong kuih diganti dengan secupak beras atau seekor ikan besar ni?" Separuh saiz tapak tangan Mak Anum ditunjukkan.

"Boleh juga. Saya tak ada masaalah. Saya cuma ingin menolong makcik dan Melati untuk mempelbagaikan barang tukaran. Lagipun, belum ada lagi orang yang membuat kuih macam ni kan?" Kirana tersenyum lebar dan berbesar hati kerana sekurang- kurangnya dia menolong Mak Anum dan Melati untuk mencari pendapatan lain. Tidaklah rasa janggal dan malu kerana terlalu lama duduk menumpang bersama mereka.

Tiba di pasar, mereka pun mulai meletakkan barang jualan mereka di atas meja yang dialas dengan kain nipis. Mujur Pak Kumit berbesar hati ingin memberi sedikit ruang di pondoknya untuk mereka. Sebagai imbalan, Pak Kumit juga bersetuju untuk menerima sebahagian dari kuih- muih yang dijual Kirana sebagai ganti bayaran sewa.

Setelah selesai, Mak Anum berdiri di belakang meja, manakala Kirana dan Melati kedua- duanya berdiri di kiri dan kanan hadapan meja. Mereka berdua memegang contoh percuma kuih- muih yang telahpun dipotong kecil- kecil, dan mulai memberikannya kepada orang kampung yang lalu lalang. Terkejut dengan apa yang dilakukan mereka, iaitu memberi makanan dengan percuma, ada juga yang menolak kerana beranggapan mereka dikehendaki membelinya.

"Sedap! Bolehkah kalau saya mencubanya lagi?" Ujar seorang perempuan yang mencicip kuih apam balik.

"Makcik bolehlah cuba kuih lain pula. Kalau makcik hendak kuih apam balik ni, makcik belilah. Makcik boleh membelinya dengan seekor ikan ataupun yang sebanding dengannya," Melati tersenyum lebar menerima penerimaan yang menggalakkan dari orang kampung.

"Oh... macam tu caranya? Baiklah, makcik hendak yang seperti ini dua cupak beras, dan kedua- dua jenis kuih yang lain dengan harga secupak beras," dengan gembiranya, perempuan itu menyerahkan empat cupak beras kepada Mak Anum, dan menggantikannya dengan kuih beliannya.

Kirana tersenyum puas hati melihat penerimaan orang kampung akan makanan yang dijualnya. Terpancar senyuman di setiap wajah Mak Anum dan Melati dengan penjualan yang begitu memberangsangkan.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now