47: Putera Mahkota

1.9K 144 26
                                    

"Kiran!" Melur menggoncang- goncang bahu Kirana.

Kirana memandang kosong wajah Melur di hadapan. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Kenangan bersama Putera Iskandar tadi pagi, bermain di benak fikirannya.

Kirana merintih dalam hati, mengapa harus kau pergi di saat hatiku sudah kau tawan sepenuhnya? Mengapa kau pergi sejahat ini tanpa mengucapkan selamat tinggal?

Empanga  airmata yang dari tadi ditahan kini pecah. Tangisan kemudian mulai kedengaran. Awang menghampiri Kirana lalu menggosok- gosok belakangnya, menenangkannya.

"Sabar, Kiran," ucap Awang berulang- kali.

"Kenapa dia pergi?" Kirana menangis pilu. Tapak tangannya menekup wajahnya yang sudah lencun dengan airmata.

"Kiran!" Seru satu suara.

"Tuanku!" Balas Awang dan Melur serentak.

Kirana enggan mempedulikan suara itu. Yang dia tahu, hanya meratapi pemergian kekasih hatinya.

Bahu Kirana dipaut dan wajahnya diangkat. Tetapi Kirana menjatuhkan kembali wajahnya dan menekup wajahnya.

"Kenapa kau menangis? Kau sakitkah?" Tanya suara itu. Namun Kirana masih tidak mempedulikannya.

"Kamu boleh pergi. Tinggalkan beta dengan Kiran," arah suara itu kepada Awang dan Melur.

Justeru itu, tangan Kirana ditarik dan wajahnya diangkat sedikit. Kirana dengan terpaksa memandang wajah di hadapannya.

"Kenapa menangis ni, sayang?" Tanya suara itu lagi.

"Kanda?" Tanya Kirana seakan tidak percaya.

"Ya, jawablah. Kenapa dinda menangis?" Soal baginda.

"Siapa yang mangkat?" Tanya Kirana dalam esakannya.

"Putera Zulkarnain. Dia kena racun," jawab Putera Iskandar dengan sebak.

Kirana terus memeluk erat baginda. Bersyukur kekasihnya masih lagi bernyawa.

"Dinda sangkakan, kanda yang hilang," balas Kirana dengan esakan yang bersisa.

"Tidak, dinda. Kanda masih di sini bersama dinda. Ampunkan kanda kerana membuat dinda risau," tangan Kirana diambil lalu dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Selagi dinda masih bernafas, kanda akan berjuang habis- habisan agar tetap terus hidup," pujuk baginda sambil membalas pelukan Kirana.

---------

"Kanda!" Teriak Permaisuri Amina, Latifah dan Kemboja serentak setelah melihat Sultan Sulaiman di balairung.

Baginda sultan hanya memandang ketiga- tiga permaisuri itu tanpa membalas. Baginda memandang lantai dengan sugul. Baru semalam putera mahkota negeri itu mangkat. Siapakah durjana yang tidak berhati perut membunuh darah daging baginda? Baginda mengesat air mata di pipi.

Hari pertabalan buat Putera Zulkarnain bakal berlangsung minggu hadapan, dan malangnya putera mahkota telahpun dibunuh dengan kejam.

"Kanda! Dinda tahu kanda sedang berduka. Tetapi haruslah kita fikirkan pengganti putera mahkota demi masa depan negeri ini, kanda," Permaisuri Amina memulakan bicara.

"Benar katamu itu, Dinda Amina," baginda sultan mengangguk perlahan sambil menguis- nguis janggut panjang baginda.

"Kubur anakanda masih merah, kau sudah sibuk memikirkan penggantinya?" Murka Permaisuri Latifah. Esakan tangis baginda permaisuri mulai kedengaran. Baginda permaisuri kesal dengan tindakan tak berhati perut Permaisuri Amina.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now