28: Songsang

2.1K 167 60
                                    

"Bagus. Sekarang cuba kenalkan diri dalam Bahasa Inggeris," arah Kirana.

"My name is Iskandar. I am a prince," jawap baginda putera dengan sungguh- sungguh.

Kirana memberikan simbol tangan 'bagus'. Ternyata, baginda cepat menangkap pelajaran. Kirana merasa bangga apabila melihat anak muridnya memahami ilmu yang diajarnya. Baginda menyimpulkan senyuman menerima pujian dari sang guru.

"Kau sebenarnya bijak," kata Kirana.

"Maksud kau? Selama ini kau ingat aku bodoh kah?" Dengus baginda.

"Eh, bukanlah! Sebelum ni aku ingatkan kau kurang bijak," balas Kirana sambil ketawa terkikih- kikih. Puas hatinya menyakat baginda.

"Ya lah, kau seorang sahaja yang paling bijak di dunia ini," ucap baginda sambil menayangkan muka masam.

"Tahu pun," balas Kirana lagi, menambahkan bara api.

"Teruk betul perangai kau, kan?" Soal baginda sambil menjongjetkan kening sebelah.

Kirana menjelirkan lidah, sengaja menyakitkan hati baginda lagi.

"Macam budak- budak perempuan," ucap baginda. Baginda tahu Kirana pasti benci akan panggilan itu.

"Nak ni?" Kirana menayangkan buku limanya.

"Kalau kau lelaki sejati, kau tumbuk aku sekarang. Jangan bagi banyak alasan," cabar baginda tanpa berfikir akibatnya.

"Malaslah! Bukan aku tak nak. Takut nanti kau ambil kesempatan pegang tangan aku macam hari tu," lantang saja Kirana menyentuh tentang kejadian tempoh hari.

Baginda terdiam seketika dan menatap Kirana. Sekali- sekala mata baginda berkedip. Terbit rasa malu apabila teringat kejadian tempoh hari. Sebuah senyuman berbaur sedikit malu terbit di wajah baginda.

"Aku pegang kau tidak mengapa. Kau lelaki. Kecuali kau perempuan, memang patutlah kau ungkit kisah tempoh hari," jawap baginda.

Kirana terdiam seketika mencari akal agar rahsianya tidak bocor, "ye lah, kau jangan asyik pegang aku. Bahaya. Takut nanti kau berselera dengan aku."

Baginda tersentak dengan kenyataan berani Kirana. Tidak disangka, Kirana seolah- olah tidak mempunyai perasaan malu tentang kejadian tempoh hari. Sebaliknya, baginda pula yang merasa sedikit malu.

"Aku bukan songsang. Kau bukannya menarik pun sampai aku boleh berselera dengan kaum sejenis," balas baginda.

"Kalau aku songsang pun, kau bukan selera aku lah. Tak berminat aku," ujar Kirana dengan angkuh.

"Baguslah kalau begitu. Aku tahu selera kau macam mana. Suami orang kan?" Soal baginda.

"Apa yang kau merepek ni?" Kirana agak terkejut dengan soalan baginda. Namun, Kirana tidak tahu emosi apa yang berselindung di sebalik pertanyaan itu.

"Ya, kau jawaplah. Kau suka lelaki begitu, kan?" Soal baginda lagi, tidak berpuas hati apabila soalan tidak dijawap.

"Apalah kau ni. Aku mungkin suka, tapi aku tidak akan tergamak untuk merampas suami orang. Kau ni kan..." jawap Kirana.

"Kau dengan Putera Rizal ada apa- apa kah?" Soal baginda lagi, masih tidak yakin dengan pendirian Kirana.

"Haih... kami tidak ada apa- apa. Kami kawan je. Kenapa? Kau ingat kami ada hubungan sejenis ke?" Jawap Kirana sambil membulatkan matanya.

"Ya, kamu berdua seperti memendam cinta terlarang," ucap baginda.

Kirana meledakkan ketawanya sebaik saja mendengar perkataan 'cinta'.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now