22: Restu Menchanai

1.7K 139 20
                                    

"Dia tidak mengalami sakit yang teruk. Bawa istirehat dan sapu minyak panas ini pada kawasan yang sakit," terang tabib kepada Putera Rizal.

Baginda menarik nafas lega. Mujur tiada apa- apa yang membahayakan diri Kirana. Baginda mengambil tangan Kirana kemudian meniup- niup bekas luka di tangan. Kain putih diambil dan disapu perlahan membuang sisa debu sebelum membalut tangan Kirana.

"Kenapa kau menaiki kuda? Bukankah itu bahaya?" Tanya baginda sedikit murka.

"Sebab Putera Iskandar yang paksa patik," jawap Kirana tertunduk kepala.

"Nasib baik kau cuma cedera ringan. Kalau ada apa- apa jadi, bagaimana? Kau kena fikirkan keselamatan kau terlebih dahulu. Tentang siapa diri kau yang sebenar, kau harus bijak menyembunyikannya. Ingat, hukuman membohongi sultan adalah pancung," dengus baginda perlahan.

"Patik tahu menjaga diri. Usahlah tuanku khuatir. Patik cuma sakit punggung dan luka ringan," Kirana menarik tangannya dari terus diusap baginda.

Tangan Kirana ditarik kembali. Baginda meniup- niup lengan Kirana yang melecet. Baginda merasa bersalah kerana membiarkan Kirana diperlakukan seperti seorang lelaki. Mustahil untuk baginda mendedahkan identiti sebenar Kirana kepada Putera Iskandar. Kerna mungkin saja, adinda baginda akan jatuh hati pada si rupawan jelita itu.

"Patik cedera ringan sahaja, tuanku. Junjung kasih atas pertolongan yang tuanku hulurkan. Patik ingin berjumpa dengan Putera Iskandar. Pasti baginda mencari patik," kata Kirana. Dia mulai bangun dengan perlahan dan mengorak langkah, namun pergelangannya direntap lembut oleh Putera Rizal.

"Beta sayangkan kau. Kenapa kau tidak membalas perasaan beta?" Lafaz baginda dengan dada yang sedikit turun naik.

"Apa yang tuanku ucapkan ni? Kasihan Puteri Menchanai yang tidak tahu-" belum habis Kirana menjawap, baginda terus bangkit dan menggenggam kedua- dua bahu Kirana.

"Beta dapat rasakan bahwa jiwa kau turut bergetar sama dengan beta. Katakanlah bahwa kau juga mempunyai perasaan yang sama," ucap baginda dengan perlahan sambil merenung ke dalam anak mata Kirana.

"Patik... Mm tuanku, tidak adil bagi isteri tuanku," balas Kirana lemah. Pandangan mata baginda sememangnya melemahkan lututnya. Mujur saja tangan baginda memaut bahunya.

"Jawap pertanyaan beta. Apakah kau juga mempunyai perasaan yang sama seperti apa yang beta rasakan ketika ini?" Soal baginda lagi tidak berpuas hati.

"Untuk apa patik berterus- terang tentang isi hati patik? Tidak ada faedahnya," keluh Kirana. Pandangan dibuang ke tepi.

"Katakanlah yang kau juga menaruh hati pada beta, agar beta boleh memperisterikan kau," ucap baginda dengan lembut dan tenang.

"Tuanku, mungkin hati patik sudah terpaut pada tuanku, namun patik masih waras lagi. Tidak mungkin patik berkahwin dengan suami orang," marah Kirana. Memang dia akui, dia sudah jatuh hati pada lelaki yang berada di hadapannya. Perasaan terlarang itu tetap hadir meskipun ditepis. Sungguh, tidak pernah dia menyangka akan jatuh hati pada lelaki yang sudah beristeri.

Ada kalanya hatinya terasa berbunga memikirkan tentang Putera Rizal, namun pada masa yang sama hatinya turut merasa pedih. Pedih kerana baginda sudahpun berpunya.

Baginda mencapai tangan Kirana, lalu mengenggamnya erat. Kedua- dua pasang mata bertembung lama sebelum baginda memulakan bicara, "beta ingin membawa kau keluar dari istana ini agar kau tidak perlu lagi hidup dalam kepura- puraan. Lenyapkan Kiran, dan lahirkan Kirana. Mengenai Puteri Menchanai, dia sudah memberikan restunya untuk beta mengambil kau menjadi isteri kedua beta."

Sebuah senyuman terpancar indah di raut wajah baginda. Kirana pula memandang wajah baginda kosong. Bukankah perasaan yang patut dirasakan ketika itu bahagia kerana baginda berniat untuk mengahwininya? Dan dari mana pula datangnya perasaan bersalah yang turut terselit? Kirana menggeleng. Tangannya yang digenggam baginda, dilepaskan perlahan.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now