17: Kapal Terbang Kertas

1.6K 156 21
                                    

"Bagaimana dengan luka kat lengan kau?" Tanya Kirana sebaik saja melihat Putera Iskandar masuk ke bilik belajar.

"Sudah baik. Itukan tiga hari yang lalu," balas baginda dengan wajah yang agak dingin. Hati baginda sedikit murka mengenangkan punca kekalahan buat pertama kali adalah gara- gara teralih perhatian melihat Kirana. Baginda sendiri tidak tahu bagaimana boleh fokusnya tiba- tiba hilang. Sungguh, baginda merasa kecewa dengan kecuaian diri sendiri.

"Bagaimana boleh kau tercedera? Cuai sungguh! Nasib tak dalam lukanya," laju saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Kirana, lantas membangkitkan murka baginda.

"Apa kau tahu apa puncanya?" Mata baginda mencerlung tajam melihat tepat ke dalam anak mata Kirana. Dada baginda turun naik menahan sabar.

"Manalah aku tahu. Kau tak bagitahu pun. Kalau aku tahu, aku tak tanyalah," seperti tidak terkesan dengan suasana tegang ketika itu, Kirana menjeling di hujung mata, lalu membuka buku latihan di hadapan.

Pappp!

Tangan baginda menghempas kuat meja di hadapan. Kirana terkejut dan sesungguhnya, dia tidak tahu kenapa baginda tiba- tiba bertindak demikian. Kepalanya mendongak melihat wajah bengis baginda. Kening bertaut dan mata membulat.

"Puncanya adalah kau! Kenapa kau mesti mengganggu perhatianku? Sebab kaulah aku kalah tempoh hari!" Tengking baginda. Lega sedikit rasanya setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam dadanya selama tiga hari ini.

"Aku? Apa aku buat? Aku tak faham," Kirana menggeleng, tidak dapat mencerna tuduhan yang baru saja dilemparkan.

"Kau berdiri dan mengganggu perhatianku. Kau memang sengaja, bukan?!" Jari tunjuk dituding tepat ke wajah Kirana.

"What?! Hei! Bukan aku seorang saja yang berdiri ketika itu. Kau ni, kalau dah kalah tu terima sajalah kenyataan. Tak perlu kau main tuding jari dan salahkan orang lain," jari baginda ditepis kuat.

"Kau..." baginda ingin meneruskan kata- katanya, namun dibatalkan niat baginda. Dalam hati baginda mengiyakan kenyataan Kirana. Betul, bukan Kirana seorang sahaja yang berdiri ketika itu. Namun, baginda tetap merasakan Kiranalah punca kekalahannya.

"Kau janganlah angkuh dan ego sangat. Aku tahulah itu kekalahan kau yang pertama kali. Kau kena belajar terima hakikat, bukan menuding jari. Kesilapan bukan berpunca dari orang lain, tapi berpunca dari diri kau tu. Kalau betul pun aku menganggu perhatian kau, kau sepatutnya belajar untuk mengawal fokus," lembut bait bicara dituturkan Kirana. Dia tahu baginda sekarang sedang murka dan masih tidak dapat menerima hakikat tentang kekalahannya tempoh hari. Kirana begitu mengerti tentang ego seorang lelaki yang bergelar ketua pahlawan.

Baginda terdiam tidak berkutik mendengarkan kata- kata Kirana. Terbit sedikit kekesalan di dalam hati baginda kerana menyalahkan Kirana yang tidak bersalah. Tidak tahu hendak menjawap apa, pandangan kini dibuang ke tepi.

"Dah. Mari kita mulai pelajaran hari ini. Hari tu aku ada suruh hafalkan sepuluh perkataan, kan? Sekarang, aku akan sebut perkataan- perkataan itu dalam Bahasa Melayu, seterusnya kau alihkan ke Bahasa Inggeris, faham?" Buku ditutup, lalu nafas dihela sebelum pandangan terarah kepada baginda.

"Baiklah. Perkataan pertama ialah 'awak'." Meskipun Kirana sedar akan reaksi muka baginda yang tidak menunjukkan minat, namun digagahinya jua meneruskan pelajaran.

"I," jawap baginda bersahaja dan penuh keyakinan. Baginda percaya akan kebolehan diri, meskipun cuma menghafalnya sekali sahaja.

"Salah!" Kedua- dua tangan disilangkan ke dada, sambil pandangan tajam dihadiahkan.

"Ah! Sudahlah! Aku tidak berminat untuk belajar!" Baginda meninggikan suara.

Kirana memandang baginda lama. Dia tahu tiada guna memaksa seseorang untuk menerima ilmu. Mungkin saja teknik pengajaran yang disampaikan, gagal, teka Kirana. Ligat otaknya memikirkan bagaimana hendak menarik minat baginda untuk belajar. Aktiviti apa yang boleh dilakukan dengan bahan yang begitu terhad? Kirana memandang sekeliling bilik mencari bahan yang boleh dibuatkan sebagai aktiviti. Kemudian, matanya tertancap pada buku di hadapannya.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now