30: Bunga Anggerik

1.6K 174 38
                                    

"Bonda!" Seru Putera Iskandar dari jauh.

Permaisuri Kemboja tidak mengendahkan panggilan tersebut, sebaliknya baginda tetap menikmati bunga- bunga yang berwarna- warni yang menghiasi taman itu. Baginda permaisuri telah memanggil baginda putera untuk datang mengadap.

"Bonda," panggil baginda dengan lembut sambil menghampiri baginda permaisuri.

Baginda permaisuri kemudian mengangkat kepala dan menoleh ke arah baginda putera. Baginda permaisuri jadi hairan apabila melihat Putera Iskandar tidak berseorangan. Ada Kirana juga bersamanya.

"Anakanda yang bawa dia ke sini untuk melihat taman bunga. Ada apa bonda panggil?" Dengan cepat baginda putera menjawap pertanyaan yang bermain di minda baginda permaisuri.

"Melihat taman bunga? Apakah Kiran suka dengan bunga?" Soal baginda permaisuri.

"Ampun tuanku. Patik tidak suka bunga. Patik cuma suka melihat pelbagai warna yang comel," celah Kirana sambil merapatkan kedua- dua tangan ke dahi.

"Sama sahaja," jawap baginda permaisuri dengan dingin. Baginda tidak suka taman bunga baginda dimasuki orang luar, apatah lagi yang bukan terdiri dari kalangan kerabat diraja. Terasa seperti ruang peribadi diceroboh. Baginda menarik muka masam.

"Bonda," pujuk baginda putera lembut sambil mengusap lengan baginda permaisuri.

"Bonda cuma ingin mengetahui khabar anakanda," jawap baginda sebelum tangan baginda putera ditolak perlahan.

"Bonda!" Panggil satu suara dari jauh. Ketiga- tiga mereka menoleh.

Putera Alauddin melambai- lambai dengan wajah yang penuh ceria.

"Kiran pun ada di sini. Apa khabar?" Sambut Putera Alauddin dengan ramah sambil menghulurkan tangan.

"Baik, tuanku. Junjung kasih. Tuanku pula bagaimana? Sihat?" Soal Kirana kembali.

"Ya, sihat," jawap Putera Alauddin.

"Bonda juga panggil Alauddin?" Soal Putera Iskandar hairan.

"Ya, Alauddin kan juga anak bonda. Hmm... Kiran, boleh tinggalkan kami bertiga?" Arah baginda permaisuri dengan wajah serius.

Kirana mengangguk faham lantas menjauhkan diri. Putera Iskandar hanya mampu melihat Kirana berjalan menjauh dari mereka.

"Ada apa, bonda?" Tanya Putera Iskandar dengan penuh curiga.

"Bonda hanya ingin berpesan, kamu berdua harus mempunyai jiwa yang berkobar- kobar untuk mencapai sesuatu yang paling tinggi. Bonda akan pastikan anak bonda akan menjadi ketua negara ini tidak lama lagi," terang baginda permaisuri dengan perlahan dan hati- hati.

"Bonda... anakanda sudah kata berkali- kali kalau anakanda-" jawap Putera Iskandar, namun dicelah pantas.

"Jangan degil! Kau akan bonda pastikan menggantikan ayahanda kau. Kau punyai segala- galanya. Bijaksana, kuat dan gagah," ucap baginda permaisuri dengan perasaan sedikit terkilan dengan Putera Iskandar yang sepertinya endah tak endah dengan impian baginda.

"Tapi..." keluh baginda putera.

"Tak ada tapi- tapi. Bonda sudah rancangkan semua untuk kau. Bahkan, bakal permaisuri negara ini pun sudah bonda pilihkan," celah baginda.

Baginda permaisuri melorekkan senyuman yang menyimpan seribu makna dan harapan. Putera Alauddin turut tersenyum mendengarkan kata- kata bondanya. Dalam hati baginda putera sudah membayangkan ahli keluarga baru yang bakal menambah keceriaan keluarga mereka.

"Anakanda tidak ingin memikirkan soal kahwin. Anakanda belum bersedia. Biarlah anakanda yang memilih siapa isteri anakanda nanti. Dan satu lagi, jangan berharap sangat tentang takhta itu. Anakanda tidak yakin," balas baginda putera dengan kepala tertunduk.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now