52: Demi Bonda

1.6K 161 44
                                    

Tatkala hujung sudu menyentuh bibir Kirana, dengan serta- merta dia terhenti. Hatinya rasa tidak selesa.

"Kenapa wajah kau tiba- tiba berubah?" Kirana mulai syak dengan perubahan wajah Puteri Mawar yang tadinya tersenyum lebar, tetapi kemudian sedikit menggerunkan dan serius.

"Hah? Tidak ada apa- apa. Mungkin aku penat sebab bekerja keras memasak tadi," dalih baginda.

"Benar?" Wajah Kirana berkerut. Bermacam- macam andaian di dalam fikirannya. Kirana berterima kasih kepada drama- drama dan filem- filem seram yang sering ditonton di TV.

Baginda mengangguk laju. Begitu menyakinkan, fikir Kirana. Bagaimana jikalau nasi itu memudaratkan dirinya nanti? Kalau tak mati, sekurang- kurangnya mesti sakit. Lebih baik jangan dimakan, kata Kirana menimbang- nimbang di dalam hati. Tetapi pada masa yang sama, Kirana merasa bersalah jikalau baginda sebenarnya ikhlas ingin berbaik dengannya.

"Baiklah. Aku akan makan tapi dengan satu syarat. Kau haruslah memakannya terlebih dulu," putus Kirana.

Baginda menelan air liur yang tersangkut di leher, "apa?".

"Ye la, aku takut kau bubuh racun ke apa dalam ni," gelak Kirana dalam nada berseloroh.

Baginda ketawa sambil menampar lembut lengan Kirana, "pandai kau bergurau. Kelakarlah!"

"Ye, kelakar, kan? Tapi aku tak main- main. Aku hendak kau rasa nasi tu dulu, baru aku makan," balas Kirana dengan wajah yang semakin serius.

"Kau makanlah. Aku tidak jahat seperti yang kau sangkakan. Percayalah," senyuman lebar terukir di wajah baginda.

Kirana diam seketika. Anak mata baginda direnung seketika sebelum baginda membuang pandangan ke tepi.

"Jadi, betullah kau bubuh sesuatu dalam nasi ni, kan?" Tebak Kirana dengan tegas.

"Aku tidak gila macam itulah!" Murka baginda tiba- tiba. Darah menyirap naik ke muka.

"Kalau betul nasi ini selamat dimakan, buktikan sekarang," Kirana mendorong bekas makanan itu ke hadapan. Keningnya diangkat dan sebuah senyuman dihadiahkan.

Baginda mengerdipkan mata beberapa kali. Sungguh tidak disangka baginda yang Kirana ternyata boleh menghidu rencana buruk baginda. Apakah terlalu ketara wajah baginda yang menyimpan seribu kebencian terhadap Kirana?

"Jadi kau tidak ingin berbaik dengan aku, ya?" Baginda mencuba buat terakhir kali. Perasaan murka dan benci sudah berada di hujung- hujung bibir, bersedia untuk dimuntahkannya.

"Jadi betullah kau ada letak sesuatu dalam nasi tu, kan?" Balas Kirana kembali dengan soalan. Tangannya disilangkan ke dada.

"Kau jangan tuduh aku sembarangan. Kau ingat aku ini dayang istana? Atau kau lupa yang aku ini bakal permaisuri negara ini?" Murka baginda sambil mencerlung Kirana.

Kirana ketawa kecil sebelum membalas, "ingat aku hairan sangat ke kau siapa? Jangan sombong sangatlah! Aku memang sudah tahu rancangan busuk kau tu. Kalau betul kau tidak bersalah, kau makan nasi tu dulu."

"Aku tidak akan makan nasi itu. Itu nasi kau! Kalau aku berniat jahat, aku tidak perlu menggunakan cara lembut," kata baginda.

"Jadi, betullah kau ada letak sesuatu. Kau kalau ikhlas hendak berbaik, kau takkan melenting marah macam ni. Adui! Malang sungguh nasib negara ini nanti ada permaisuri jahat," ucap Kirana dengan sinis.

"Kau memang penakut! Setakat makan nasi pun takut. Kalau aku hendak bunuh kau, sudah lama aku berbuat demikian."

"Ya, aku penakut! Kau berani, kan? Kau sajalah makan nasi ni. Kenapa takut? Atau kau memang takut mati selepas makan nasi ni?"

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now