46: 1 + 1 = ?

2.2K 159 74
                                    

Putera Iskandar merenung kerongsang di dalam genggaman baginda. Kerongsang itu digenggam erat dengan sebuah perasaan yang tersirat.

Dalam diri baginda merasa kesal dan sedih. Sudah lama kerongsang itu bertapa di dalam kotak itu. Semua kerana tuan empunya kerongsang enggan menerimanya. Kerongsang itu merupakan hadiah ulangtahun buat Permaisuri Kemboja, dibeli dari luar negeri ketika pelayaran lima tahun lepas.

Baginda mempersoalkan diri baginda. Apa lagi yang belum cukup sempurna di mata bonda? Terhiris sekali lagi hati baginda apabila mengenangkan kata- kata yang dilontarkan oleh bondanya.

"Kau simpan saja pemberian itu. Bonda tidak akan menerimanya selagi kau tidak tunaikan impian bonda untuk kau mengganti ayahanda."

Antara bait- bait kata yang masih terngiang- ngiang di dalam kotak fikiran baginda. Baginda kemudian mengimbas kembali saat di mana bondanya mencampakkan pemberian itu lalu berlalu pergi.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan besi di pintu kedengaran. Baginda mengukirkan senyuman. Pasti Kirana.

"Masuklah," pelawa baginda tatkala wajah Kirana tampak menjenguk ke dalam.

"Apa tu?" Tanya Kirana sambil matanya melirik kotak yang berisi kerongsang itu.

"Tiada apa- apa," baginda menutup kotak itu dengan sebuah kain dan mendorongnya ke sudut meja.

"Untuk siapa?" Timbul rasa curiga dan cemburu di dalam hati. Apa yang dirahsiakan baginda dari Kirana, getus hati Kirana.

"Kenapa dinda ingin tahu? Itukan hal peribadi kanda," wajah baginda berkerut apabila disoal perkara yang baginda tidak selesa untuk berkongsi.

Kirana merasa terkilan mendengarkan jawapan baginda. Sangkanya mereka berdua boleh berkongsi rahsia dan masalah peribadi. Tekaannya meleset dan itu mengguris perasaannya.

Mulut terkunci dan mata terkebil- kebil. Dada terasa sesak akibat menahan airmata dari keluar. Cepat- cepat Kirana memalingkan wajah ke tepi  mengelak dari disedari oleh baginda. Kirana menapak perlahan ke meja belajar baginda, berbuat seolah- olah dia tenang dan tidak terkesan dengan kata- kata baginda tadi.

"Dinda," baginda menghampiri Kirana dan menyentuh bahunya.

Sebaik saja mendengar suara lembut baginda yang seakan memujuk itu, wajah Kirana menjadi panas dan airmata menyerbu keluar.

"Dinda, kenapa ni sayang?" Tubuh Kirana dipeluk dan belakangnya diusap.

Kirana menggeleng laju tanpa suara. Semakin laju pula airmata mengalir. Kirana rasa benci dengan dirinya ketika ini kerana mudah tersentuh dengan sikap baginda.

"Habis, kenapa dinda menangis?" Wajah Kirana dipegang dan diangkat sedikit ke atas.

"Takde apa- apa. Mata masuk habuk," nafi Kirana sambil mengesat airmata. Baginda kemudian menarik tangan Kirana dan mengambil alih untuk mengesat airmatanya.

"Sampai menangis begitu ya kalau masuk habuk?" Usik baginda hingga Kirana tergelak kecil.

"Jangan hiraukan dinda. Mari kita mulakan pelajaran hari ini," Kirana merenggangkan pelukan dan mengambil tempat duduk.

"Kenapa pula tidak hirau?" Baginda menghampiri Kirana lalu memeluk pinggangnya.

"Janganlah," pautan tangan di pinggang, dileraikan oleh Kirana.

"Baiklah. Maafkan kanda kerana berkasar dengan dinda tadi," tangan Kirana diambil kemudian dicium lembut.

Kirana tidak menghiraukan tindakan baginda tersebut, namun tidak juga dia menghalangnya.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now