35: Selamat Hari Jadi

1.7K 178 49
                                    

Putera Iskandar sudah berfikir masak- masak. Puteri Mawarlah satu- satunya jalan penyelesaian.

"Kanda..." sapa satu suara menyentakkan lamunan baginda.

Baginda menoleh memandang ke arah suara itu. Sebuah senyuman dilemparkan kepada tuan empunya suara, Puteri Mawar.

"Awal dinda sampai?" Soal baginda sambil menepuk- nepuk tempat kosong di sebelah baginda.

"Dinda tidak sabar ingin bertemu dengan kanda. Tidak mengapa kan dinda datang awal?" Tanya baginda puteri kembali sambil melabuhkan punggung bersebelahan dengan baginda.

"Erm... tidak mengapa," jawap baginda bersahaja.

"Macam tak ikhlas. Dinda pulang sajalah kalau kedatangan dinda ini mengganggu kanda," omel baginda puteri, lalu bangkit berdiri dan berkira- kira hendak meninggalkan baginda.

"Jangan begitu, dinda. Duduklah dekat dengan kanda di sini," lengan baginda puteri ditarik hingga baginda puteri duduk berdekatan dengan baginda putera.

"Pandai juga kanda pujuk dinda, kan?" Baginda puteri tersengih- sengih malu. Rona merah pipi baginda terserlah di bawah terang cahaya matahari.

"Ya, kanda tidak ingin dinda pergi dalam keadaan merajuk," baginda menguntumkan senyuman.

Melihat reaksi baginda putera, hati baginda puteri menjadi berbunga- bunga. Bibir bawah diketap dan wajah tertunduk malu. Baginda puteri kemudian berkata, "malulah, kanda... janganlah usik dinda. Ish!"

Putera Iskandar ketawa kecil melihat gelagat comel Puteri Mawar. Dari kecil hingga dewasa, masih sama. Sifat yang manja dan menyenangkan hati.

"Minumlah. Sekejap lagi, kekanda dan adinda lainnya akan datang untuk menyertai kita," ucap baginda putera sambil mendorong sebuah cawan berisi air teh ke arah baginda puteri.

"Iya? Dinda ingatkan pesta makan untuk kita berdua sahaja," baginda puteri menarik mulut munjung.

"Kenapa, dinda? Ada masaalah kah? Dinda sudah biasa dengan mereka semua, kan?" Tanya baginda putera.

"Dinda cuma ingin kita berdua sahaja," jawap baginda dengan manja.

"Kanda kan tetap ada di sini. Tidak mengapa kan kanda menjemput yang lainnya? Jangan risau, cuma kami adik- beradik sahaja yang hadir," kata baginda sambil mencicip air teh.

"Ya, janji dengan dinda, kanda tidak akan biarkan dinda seorang diri di sini," jari kelingking ditunjukkan di hadapan baginda putera.

"Ya, kanda janji," baginda menaikkan tangan ingin memaut jari kelingking baginda puteri, sebelum perbuatan baginda terhenti apabila kedengaran suara dari jauh.

"Kanda!" Sahut Putera Alauddin dari jauh lagi.

Putera Alauddin bersama Putera Mahmud berjalan menghampiri mereka dengan wajah ceria dan berseri- seri. Mereka melambai- lambai dan melompat- lompat rendah dengan teruja.

"Alauddin! Mahmud! Mari sini. Duduk sini," sambut baginda dengan teruja.

"Jarang sekali kanda panggil kita berhimpun. Kanda Mawar pun ada di sini. Bersempena hari apakah ini, kanda?" Soal Putera Mahmud sebaik saja mengambil tempat duduk di hadapan Putera Iskandar.

"Apa khabar Alauddin, Mahmud?" Sapa baginda puteri sambil memandang mereka berdua bersilih ganti.

"Baik, tuan puteri," jawap kedua- dua putera serentak dengan berseloroh.

"Nantilah kanda bagitahu. Kita santap dahulu. Yang lain mana? Kanda Zulkarnain gering, kan?" Tanya Putera Iskandar.

"Betul, kanda. Kekanda Nain gering lagi. Sudah dua minggu," balas Putera Mahmud.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now