14: Damai

1.7K 160 18
                                    

Setelah dua hari tidak menghadiri kelas bersama Putera Iskandar, Kirana akhirnya melembutkan hatinya untuk kembali menjalankan tugasnya. Meskipun hati masih sakit, namun dia juga merasa takut jikalau Permaisuri Kemboja mendapati dia tidak bertugas.

"Lewat lagi?!" Sergah Putera Iskandar, tatkala mendengar daun pintu ditolak oleh Kirana. Seperti biasa, baginda berdiri di hadapan jendela, memandang ke luar.

Kirana tidak mahu ambil pusing. Malas hendak bertegang urat dengan baginda. Dia melabuhkan punggungnya ke tempat duduknya.

"Ke mana kau pergi dua hari ini? Tak masuk kelas! Beginikah sikap seorang guru?" Baginda memusingkan tubuhnya menghadap Kirana, dan kedua- dua tangan diletakkan di belakang.

"Aku tak sihat," dengan selamba, Kirana menjawap sambil tangannya membelek buku latihan.

"Tak sihat?! Luka kecil macam itu pun, kau hendak rehat? Jenis lelaki apa kau ini? Lembik!" Tempat duduk di hadapan Kirana, diambil. Baginda memandang tajam Kirana yang sedang menundukkan kepalanya dan mengendahkan baginda.

"Kau pula lelaki jenis apa? Tak bertanggungjawap! Dah buat salah, tapi tak nak minta maaf!" Kirana mengangkat kepalanya, dan membalas sindiran berbaur hinaan yang dilemparkan ke arahnya.

"Aku yang salah? Kau patut salahkan diri sendiri. Kalau kau tak banyak gerak, kau tidak mungkin akan tercedera. Ingatkan guru biasanya pintar. Ternyata, ada juga yang bebal," baginda tersenyum senget, berpuas hati menyakitkan hati Kirana.

"Kau dah cederakan aku, lepas tu perasaan bersalah sedikit pun tidak ada?! Mentang- mentang ego tu percuma, kau borong semua, ye?" Kirana mendengus geram.

"Kau tu lelaki. Jangan berlagak macam perempuan. Luka sedikit pun sudah melenting. Itulah kau, jadi lelaki kena belajar seni mempertahankan diri. Rugi betul jadi lelaki," jari telunjuk baginda menuding tepat ke dada Kirana. Perbuatan itu ternyata membangkitkan amarah Kirana.

"Berani kau sentuh aku lagi?! Kau ingat kau lelaki aku takut ke?" Dalam separuh sedar, Kirana menolak kuat bahu baginda.

"Kau tahu kau lemah, tapi kau masih berkeras hendak menentang aku, ya?" Baginda bangkit dan menghampiri Kirana. Justeru, Kirana turut bangkit berhadapan dengan baginda.

"Kau hendak berlawan dengan aku? Mari kita berlawan pedang di luar," cabar baginda.

"Ye, kau kuat tapi otak kau kecil. Kau tidak ubah seperti binatang yang bertopengkan manusia!" Tanpa rasa takut, Kirana mencuba untuk menolak lagi bahu baginda, namun baginda pantas menghadangnya.

Pergelangan tangan Kirana dicengkam kuat. Baginda mengetap rahangnya, mengawal murkanya.

"Lepaslah!" Tengking Kirana, meminta untuk dilepaskan.

"Kali ini kau pilih, kau hendak luka di mana pula?" Dengan mudah, Kirana ditolak ke dinding dengan kasar.

Kedua- dua mata saling bertentangan dengan amarah dan ego yang memuncak.

Ikutkan hati, ingin saja baginda mencekik leher Kirana hingga tidak bernafas lagi. Tetapi, apabila baginda melihat ke dalam mata Kirana, seolah- olah ada sesuatu di dalam mata Kirana yang menghalangnya berbuat demikian. Perasaan asing menyelinap masuk ke dalam jiwanya seketika, lantas membuatkan bulu tengkuknya berdiri.

Pandangan yang tadinya tajam dan penuh dendam, kini bertukar kepada pandangan yang curiga. Sebelah tangan Kirana dikunci ke dinding, dan wajah baginda menghampiri Kirana. Kepala baginda disengetkan, lalu baginda meneliti wajah Kirana.

Kulit yang halus dan cerah, sepasang mata yang mempunyai kelembutan di sebalik kemarahan yang terpancar, dahi yang agak kecil bagi seorang lelaki, bentuk wajah yang bujur, dan bibir yang...

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now