16: Luka Pedang

1.6K 150 18
                                    

Hampir setiap hari, aktiviti Putera Iskandar ialah berlatih seni mempertahankan diri dan memburu. Kecuali dititahkan sultan untuk sesuatu misi pengamanan ataupun apa saja hal- ehwal dalam negeri.

Hari itu, seperti biasa selesai sahaja kelas bahasa, Putera Iskandar akan keluar dari istana untuk melakukan aktiviti pilihan.

Baginda sudahpun berjanji dengan kekanda dan adindanya untuk bermain pedang. Putera Zulkarnain, Putera Jabbar dan Putera Rizal sudahpun berada di tanah lapang istana memanaskan badan untuk latihan.

Putera Alauddin dan Putera Mahmud turut hadir untuk menyaksikan latihan tersebut. Mereka tidak dibenarkan turut serta, memandangkan mereka masih terlalu muda. Lagipula, latihan pedang yang biasanya dilakukan setiap dua minggu adalah sebuah latihan yang menggunakan pedang sebenar, dan bukan pedang kayu. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kecekapan dan kepandaian setiap pemain.

Lazimnya, Putera Iskandarlah yang sering menang dalam setiap latihan pedang. Pesaing baginda hanyalah Putera Jabbar, seorang lelaki yang tidak kurang gagah dan kuat. Meskipun tubuh Putera Jabbar lebih tegap daripada Putera Iskandar, namun itu bukanlah menjadi penghalang untuk Putera Iskandar menandingi kekanda baginda.

Di sekeliling tanah lapang, kelihatan banyak orang sedang duduk untuk menyaksikan latihan itu. Banyak wajah baru yang muncul hari itu. Selain dari dayang- dayang dan pengawal istana, kaum kerabat yang lainnya juga teruja untuk menonton latihan pedang yang akan berlangsung.

Kirana juga tidak ketinggalan untuk turut menyaksikan latihan pedang buat pertama kalinya. Dia mengambil tempat duduk di kawasan para dayang dan pengawal.

Kirana melihat Putera Iskandar yang sedang memanaskan badannya dengan membuat beberapa pergerakan badan. Dalam hatinya, memuji karisma dan fizikal baginda putera yang mantap. Tubuh yang tinggi dan badan yang tegap, disertakan dengan personaliti yang agak garang, menonjolkan lagi sifat seorang pahlawan yang digeruni di negeri itu. Sedang tunak dia memerhatikan setiap gerak- geri baginda putera, tiba- tiba baginda putera memandang tepat ke arah Kirana. Kirana tersentak, lalu dengan cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Sudah pasti Putera Iskandar akan menang lagi kali ini," bisik satu suara, tidak jauh dari tempat duduk Kirana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sudah pasti Putera Iskandar akan menang lagi kali ini," bisik satu suara, tidak jauh dari tempat duduk Kirana.

"Benar! Tapi Putera Jabbar tidak pernah patah semangat berusaha untuk mengalahkan Putera Iskandar. Aku rasa, suatu hari nanti pasti Putera Jabbar akan menang," balas satu suara lagi. Kirana mulai memasang telinga.

"Ah! Kau ini. Mana mungkin Putera Iskandar dapat dikalahkan. Baginda kan pahlawan terulung di negeri kita?"

"Setiap orang pasti ada kelemahannya. Dan aku yakin, Putera Iskandar mesti ada kelemahannya."

"Apa dia?"

"Aku pun tidak tahu. Mungkin sekarang belum nampak, tapi nanti akan muncul juga."

Perhatian Kirana kini teralih apabila keempat- empat putera mulai berdiri bertentangan dengan lawan masing- masing di tengah kawasan lapang.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now