44: Pelindungmu

2.5K 172 64
                                    

"Hah?" Kirana tersentak apabila dia diajak kahwin oleh Putera Iskandar.

"Kita kahwin, sayang," tutur baginda lembut sambil memaut pinggang Kirana dan menariknya rapat ke tubuh baginda.

"Kahwin?" Ulang Kirana seakan tidak percaya. Semua berlaku dengan begitu singkat. Mana ada orang baru bercinta satu jam, terus diajak kahwin.

"Ya, aku ingin memiliki jiwa dan ragamu, sayang," jawab baginda sambil mengucup dahi Kirana.

"Kenapa terlalu mendadak?" Soal Kirana dengan mata terkebil- kebil memandang baginda. Fikirannya bercelaru memikirkan logika hala tuju hubungan mereka.

"Kenapa tidak boleh? Bukankah kita saling mencintai satu sama lain? Kecuali kau tidak cintakan aku," Soal baginda kembali.

"Bukan macam tu. Kita baru saja bercinta, bukankah kita harus lebih mengenali antara satu sama lain sebelum kita melangkah ke fasa seterusnya?" Kirana mengangkat keningnya dengan riak yang sedikit risau.

"Apakah kita tidak boleh mengenali antara satu sama lain selepas berkahwin? Bahkan, kita ada selama nafas di kandung badan untuk berkenalan lebih dalam lagi," bidas baginda seraya merenung ke dalam anak mata Kirana.

Kirana terkebil- kebil memikirkan balasan seterusnya sebelum dia berkata, "aku rasa ia agak susah. Keluarga aku macam mana? Puteri Mawar pula macam mana?"

"Jangan bimbang, ayahanda akan hantar rombongan meminang. Dinda bagitahu saja di mana keluarga dinda berada. Puteri Mawar kenapa? Biarlah dia cari lelaki lain yang boleh membalas cintanya," jawab baginda.

"Dinda? Teringatkan Puteri Mawarlah tu," pelukan direnggangkan, kemudian Kirana mencebik mulut dan menyilangkan tangan ke dada.

Putera Iskandar tergelak melihat gelagat Kirana yang kuat cemburu, "amboi, kuat cemburu juga dinda ni, kan?"

Dagu Kirana dicuit lembut, namun Kirana masih berkeras dengan riak muka seperti tadi.

"Dinda lagi!" rungut Kirana.

"Ya, kanda suka dengan panggilan itu. Manis," jawab baginda sambil tersenyum.

"Oh, patutlah panggil Puteri Mawar dengan panggilan tu," tambah Kirana lagi sambil menjeling ke atas.

Sekali lagi baginda tergelak. Kirana mencerlung baginda dengan dahi yang berkerut. Baginda kemudian merangkul pinggang Kirana dari belakang lalu mengucup kepalanya.

"Kanda suka dengan panggilan 'dinda'. Sopan, manis dan romantis. Tidak ada kena mengena dengan Puteri Mawar. Kanda telah buang dia jauh- jauh dari hati kanda sejak dulu lagi."

"Hmm ye lah. Jangan panggil Puteri Mawar 'dinda' lagi. Panggilan tu untuk dinda seorang saja, faham?" arah Kirana dengan tegas, namun ada kelembutan di sebalik nada itu.

"Baiklah, dindaku," pelukan dieratkan dan perut Kirana diramas perlahan dan lembut menyuntik suatu ketenangan.

"Kanda tanya pasal apa tadi?" Soal Kirana sambil meramas lembut jari jemari baginda yang melingkar di sisi perutnya.

"Kanda tanya, dinda berasal dari negeri mana?"

Kirana mengeluh dan pelukan dilepaskan. Dia kemudian memalingkan sedikit tubuhnya membelakangi baginda.

"Kenapa, dinda?" Bahunya dipaut dan ditarik sedikit oleh baginda.

"Susah hendak dinda terangkan. Di sini bukan tempat dinda," keluh Kirana.

"Kanda tahu dinda bukan berasal dari Negara Aranda. Asalkan dinda bukan berasal dari bumi Venus, itu sudah memadai," balas baginda sambil ketawa kecil.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now