33: Cinta Ini Membunuhku

1.8K 177 72
                                    

"Kanda!" Sahut Puteri Mawar dari jauh memanggil Putera Iskandar.

Baginda putera menoleh ke arah suara itu. Puteri Mawar berlari anak mendapatkan baginda, lantas memeluk baginda erat.

"Kenapa dinda?" Soal baginda hairan melihat kelakuan baginda puteri yang bagaikan baru berjumpa setelah bertahun lama terpisah.

"Dinda risau akan kanda," rengek baginda puteri.

"Kenapa dengan kanda? Kanda baik- baik sahaja," jawap baginda sambil mengusap belakang baginda puteri sekejap, sebelum pelukan direnggangkan.

"Dinda dengar kanda baru balik dari misi keamanan dan mengalami cedera di kaki. Dinda baru dengar tadi pagi. Lambat berita itu sampai ke pengetahuan dinda. Dinda terus bergegas ke sini untuk menemui kanda," jelas baginda puteri.

"Luka kecil sahaja. Kanda tidak apa- apa. Dinda pulanglah," ujar baginda.

"Dinda jauh- jauh datang ke sini, kanda halau dinda begitu saja?" Baginda puteri menarik muka masam, berpura- pura merajuk.

"Maafkan, kanda. Dinda ada hajat lain selain bertemu dengan kanda?" Baginda mulai rasa sedikit bersalah kerana menyuruh baginda puteri pulang.

"Dinda cuma ingin bertemu dengan kanda. Sudah lama dinda tidak bersua muka dengan kanda. Apa kanda tidak rindu dengan dinda?" Ucap baginda puteri dengan nada suara yang manja dengan mencebik mulut. Tangan baginda puteri menarik hujung lengan baju baginda putera.

Baginda putera ketawa kecil melihat telatah manja baginda puteri.

"Ketawa saja? Tak rindulah tu," baginda puteri menarik muka dan melipatkan tangan ke dada.

"Ya, kanda rindu adik kanda yang manja ni," baginda putera mendekati baginda puteri lalu menggosok kepala baginda puteri.

"Adik?" Soal baginda puteri terkejut.

"Ya lah, adik. Bukankah kanda lebih tua dari dinda?" Jawap baginda bersahaja.

"Kanda anggap dinda ini adik sahaja selama ini?" Kening bertaut dan hati baginda puteri terluka.

Baginda putera menghela nafas panjang. Baginda tidak tahu hendak menjawap macam mana. Baginda memang sudah lama mengetahui tentang perasaan Puteri Mawar terhadap baginda. Namun, baginda tidak berani untuk mengungkapkan perasaan baginda yang sama terhadap baginda puteri. Mungkin saja perasaan itu belum cukup kuat untuk menjentik keberanian baginda untuk mendorong baginda untuk berterus- terang.

"Jawaplah!" Bentak Puteri Mawar. Hati baginda tercalar dengan penolakan yang baru diterima.

"Kanda sayang dinda," luah baginda putera.

"Sayang macam mana?" Soal baginda puteri tidak puas hati.

"Macam adik kanda," jawap kanda perlahan.

"Hah?" Mata baginda puteri terkedip- kedip seakan tidak percaya dan sekaligus merasa malu.

Senyuman sebaris dihadiahkan baginda putera. Baginda puteri ketawa kuat yang dibuat- buat.

"Kanda malu, kan? Dinda sudah lama tahu tentang perasaan kanda terhadap dinda. Dari dulu lagi dinda tunggu kanda untuk berterus- terang," ucap baginda puteri dengan wajah tertunduk malu.

"Dindaku Puteri Mawar, kanda anggap dinda sebagai adik. Kita membesar sama- sama. Janganlah kiranya dinda menyalah- ertikan keakraban kita," ulas baginda putera lagi.

"Tidak! Kanda tipu! Kanda malu hendak berterus- terang, kan? Dinda masih ingat sewaktu dinda bermain dengan Tuah dahulu, kanda cemburu dan tidak bertegur sapa dengan Tuah semenjak hari itu," cerita baginda puteri dengan sungguh- sungguh.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now