23: Aku, Kau dan Satria

1.7K 153 20
                                    

Kirana merasa bosan menunggu Putera Iskandar di dalam bilik belajar. Sepatutnya baginda sudah ada bersamanya untuk kelas bahasa.

Kertas di hadapan dipandang untuk kesekian kalinya. Sesekali pandangan dilontar keluar jendela, membuang rasa bosan yang semakin memberontak. Setelah berfikir sejenak, Kirana akhirnya membuat keputusan untuk mencari baginda putera di bilik peraduan baginda. Mungkin saja baginda beristirehat di sana.

Langkah dimulakan hingga Kirana tiba di depan pintu bilik Putera Iskandar. Pengawal yang berdiri tidak jauh dari pintu tersebut memberi isyarat membenarkan Kirana untuk masuk.

Dengan perlahan, pintu itu dikuak. Pandangan Kirana jatuh ke atas lantai. Sekujur tubuh sedang terbaring lena di situ, dengan hanya berlapikkan tikar rotan. Tiba- tiba saja, hati Kirana menjadi panas. Mujur dia memeriksa bilik baginda, jikalau tidak, pasti Kirana menunggu lama di bilik belajar.

Kirana mendengus geram. Dia menghampiri baginda yang nampaknya seperti tidur mati. Kirana berkira- kira ingin mengejutkan baginda dengan menggoyangkan sedikit tubuh baginda. Atau mungkin cukup sekadar memanggil nama baginda? Kirana masih berkira- kira. Dia kini sedang duduk berlutut di sisi baginda.

Kirana memandang wajah baginda. Sungguh tenang dan lembut wajah baginda yang sedang beradu. Tersentuh hati Kirana. Meskipun luaran nampak ganas, namun Kirana percaya ada kelembutan di sebalik sifat baginda. Jambang yang memenuhi wajah baginda diamati. Sungguh maskulin. Kirana tersenyum sendiri. Teringat pula akan apa yang pernah Melati katakan dulu mengenai ketampanan Putera Iskandar.

Kirana merenung wajah baginda, mencari kebenaran dari kata- kata pujian Melati tentang baginda. Sesekali mata dikecilkan seperti sedang membuat analisa terperinci. Kedua- dua tangan dilipat sambil berfikir.

"Handsome, tapi garang. Hmm.. Tak handsome lah, tak jadi aku puji kau," bisik Kirana perlahan sambil ketawa terkikik- kikik.

Tiba- tiba, mata baginda terbuka luas setelah mendengar satu suara. Kirana yang berada di hadapan wajah baginda, terkejut dan tidak semena- mena, separuh badannya jatuh ke atas badan baginda.

"Argh!" Jerit Kirana.

Dengan aksi refleks, baginda yang menyangka Kirana adalah musuh, memegang tubuh kecil Kirana, lalu mendorongnya ke bawah. Tangan baginda mengunci kedua- dua pergelangan tangan Kirana ke lantai. Tubuh baginda kini hampir- hampir menindih tubuh Kirana.

"Apa kau buat di sini?" Tanya baginda dengan murka.

"Aku hendak bangunkan kau tadi. Kau tidur,' jawap Kirana tergagap- gagap.

"Kau memang suka menghendap orang, ya? Nasib keris aku tidak keluar. Kalau tidak, pasti kau sudah nahas," baginda menghela nafas lega. Baginda ingatkan Kirana adalah musuh yang ingin membunuh baginda.

Kirana menggeleng perlahan. Baginda memandang ke dalam mata Kirana. Bagaikan terpukau, baginda terpana seketika. Tiada kata- kata yang keluar dari mulut. Hanya hati yang berdegup kencang ketika itu.

"Kenapa kau tenung aku macam tu?" Soal Kirana gugup. Jantungnya bagai hendak meletus kerana pandangan yang dia tidak mengerti apa maksudnya. Tambahan lagi, pergerakannya dikunci, membuatkan Kirana tidak mampu melawan kekuatan Putera Iskandar yang gagah itu.

"Kenapa? Kau ingat aku berminat dengan kaum sejenis?" Dengus baginda. Cengkaman tangan dilepaskan, lalu baginda bangkit berdiri dan membelakangi Kirana.

"Siapa kata kau minat kaum sejenis? Aku tak cakap apa- apa pun," soal Kirana kembali.

Tiada jawapan dari baginda. Entah macam mana perkara itu boleh terlintas di akal fikiran baginda.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon