13: Kerongsang

1.6K 154 21
                                    

Apabila Kirana sampai di bilik belajar, didapatinya Putera Iskandar tiada. Kirana mencebik mulut, geram. Pasti baginda ingin membalas dendam atas kelewatan Kirana kelmarin.

Kirana mengambil tempat duduk di tempat biasanya dan mulai membelek- belek buku latihan untuk baginda. Setelah setengah jam menunggu, Kirana merasa bosan dan dia merasa geram atas sikap tidak berdisiplin baginda putera.

"Ini tak boleh jadi ni," dengus Kirana, lalu dia berdiri dan mengambil keputusan untuk mencari baginda.

Kirana keluar dari bilik belajar dan mulai mengintai bilik peraduan baginda. Kirana melihat seorang pengawal berdiri tidak jauh dari bilik Putera Iskandar.

"Putera Iskandar masih beradu ke?" Soal Kirana dengan suara perlahan kepada pengawal itu.

Pengawal itu mengangguk sekali, kemudian Kirana memberi isyarat dia ingin masuk ke bilik peraduan baginda. Pengawal hanya menggerakkan lembingnya, tanda memberi laluan kepada Kirana.

Dengan hati- hati, pintu ditolak dengan jayanya. Kirana agak terpegun melihat hiasan bilik baginda yang penuh hiasan keris dan pedang di dinding. Kemas dan cantik untuk bilik seorang lelaki. Beberapa tanduk binatang tergantung di tengah- tengah dinding.

Sempat Kirana menjenguk tempat pembaringan baginda putera. Ternyata, baginda masih beradu. Kirana menapak perlahan ke arah pembaringan baginda, lalu melihat baginda sedang beradu bagaikan seorang anak kecil yang kelelahan.

Kirana berkira- kira untuk membangunkan baginda, namun dia membatalkan niatnya. Mungkin, lebih baik dia mengambil kesempatan ini untuk meneroka bilik peraduan putera sombong itu. Sebuah senyuman nakal dilorekkan.

Kirana mulai meneliti tanduk binatang yang kelihatannya seperti rusa. Ia berwarna putih dan setiap rangka kelihatan cantik sekali, meskipun ada secalit darah mencemarkannya. Jari telunjuk dilarikan di setiap ceruk rangka.

Perhatian kemudian dialihkan ke sudut bilik di mana terletaknya sebuah meja kecil. Kemas dan kelihatannya seperti jarang digunakan. Di sudut meja pula ada sebuah kotak kecil yang berukirkan bunga. Ia ditutup rapat dan hati Kirana tergerak untuk membukanya.

Kirana menoleh ke belakang, memastikan baginda masih beradu. Kirana tersenyum sendiri melihat baginda yang masih beradu dengan nyenyak. Nafas dihela perlahan agar tidak kedengaran. Kotak dicapai kemudian dibuka penutupnya.

Sebuah kerongsang.

Sungguh cantik memukau mata Kirana. Batu- batu yang berkilauan itu pasti permata asli, teka Kirana. Kirana membelek- belek kerongsang di tangan dan menyisipnya di tepi kepalanya.

Pasti aku kelihatan cantik sekali sekarang, ujar Kirana dalam hati sambil tersenyum bahagia.

"Pencuri! Jangan bergerak!" Tiba- tiba satu suara menyergahnya dari belakang, dan tanpa disedari muncul satu benda tajam dan sejuk diacukan ke leher Kirana.

Terperanjat, Kirana cuba menoleh ke belakang untuk melihat si pelaku, namun tangan kiri pelaku mengunci leher Kirana dari belakang, lantas menghadkan pergerakannya.

"Siapa kau?" Tanya Kirana dengan terketar- ketar.

"Kau masuk bilik aku, lepas tu kau pula yang tanya aku siapa?!" Tengking suara itu.

Tahulah Kirana sudah siapa si pelaku yang bertindak melulu itu. Kirana menarik nafas lega. Lega kerana pelaku adalah Putera Iskandar, dan bukan orang lain. Sekurang- kurangnya, tidaklah dia akan dibunuh.

"Lepaslah! Aku bukan pencuri! Aku cuma nak kejutkan kau!" Marah Kirana sambil tangannya memegang tangan baginda, dan berusaha menariknya.

"Aku tak akan lepaskan kau kali ini. Memang betul firasat aku, kau memang orang jahat. Penceroboh! Pencuri! Apa lagi?!" Tangan kirinya semakin erat mengunci leher Kirana lantas merapatkan lagi tubuh mereka.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now