3: Pengumuman Diraja

2.2K 184 24
                                    

Setelah bangun dari tidur yang nyenyak, Kirana menggeliat dan menguap sekali lagi. Kelopak mata dibuka perlahan dengan penuh senyuman. Apabila terlihat wajah Melati yang berada depannya, senyuman Kirana mati.

"Aku masih bermimpi rupanya," Kirana menutup matanya kembali, berharap agar dia akan bangun sekali lagi dan berada di alam yang nyata.

"Saudari tidak bermimpi. Bangunlah saudari. Hari dah semakin senja, kita harus pulang ke rumah sebelum jalan menjadi gelap. Saya tidak membawa pelita," lengan Kirana disentuh lembut, memberi isyarat supaya Kirana bangun dari tidurnya.

Kirana membukakan matanya dan merenung Melati lama, "siapa awak sebenarnya? Kenapa awak asyik muncul dalam mimpi saya?"

"Saya Melati. Bukankah sudah saya perkenalkan diri saya sebelum saudari tidur tadi? Kita harus cepat pulang, saudari. Marilah," Melati bangkit berdiri sambil memaut lengan Kirana.

"No! I'm dreaming! Stop ordering me around!" Bentak Kirana sambil meloloskan tangannya dari pautan. Kepalanya terasa berdenyut kembali, dan fikirannya kembali berserabut. Apa yang dialami terasa begitu nyata.

"Saya tidak faham akan maksud ayat saudari. Tetapi saya tahu saudari sedang marah. Ketahuilah, saya bukan orang jahat. Saya ikhlas ingin menolong saudari. Marilah pulang ke rumah saya. Saudari tinggallah di rumah saya untuk sementara waktu ini bersama emak saya. Nanti kami akan tolong saudari untuk pulang semula ke negeri saudari," lembut bicara Melati justeru melembutkan hati Kirana yang sedang marah.

Kirana merapatkan kedua-dua kakinya ke dada dan menopang dagunya di atas lutut. Dia mengambil nafas dalam- dalam lalu menghembuskannya perlahan. Itu dibuat berulang kali bagi meredakan sedikit fikirannya yang sedang berkecamuk. Melati hanya melihat tindakan ganjil Kirana tanpa sebarang bantahan.

Kirana memejamkan mata dan cuba mengingati kembali detik terakhir sebelum dia bangun di dunia yang berbeza.

Wanita tua yang menyerahkan minuman kepadanya mempunyai kemungkinan punca dia berada di sini. Sebab tidak mungkin dia boleh terlelap di siang hari, kecuali dia memakan ubat tidur. Jadi, Kirana berpendapat bahwa air itulah yang menyebabkan dunianya kacau bilau. Tetapi, mengapa ini terjadi? Kenapa dirinya?

Ayat terakhir yang keluar dari mulut Kirana kembali terngiang- ngiang di otaknya. Dia ada menyatakan kesanggupannya untuk hidup di dunia 1000 tahun yang lalu.

Kirana lalu berteriak dan menghempas kedua- dua tangannya ke tanah dengan sekuat tenaga. Melati terkejut dan takut. Dia teragak- agak ingin menyentuh bahu Kirana. Takut kalau- kalau Kirana menyerangnya pula. "Saudari..."

"Maafkan saya. Saya nak tanya sekali lagi. Jawap dengan jujur. Ini tahun berapa?" Kedua tangan Melati dicengkam dan Kirana mencerlung tajam ke dalam mata Melati.

"Ini... Tahun... 1019," tergugup- gugup Melati menjawap dek kerana takut akan wajah bengis Kirana.

Kirana melepaskan cengkaman tangannya lalu menekup wajahnya. Ingin menangis, namun tiada airmata. Tahulah sudah dia bahawa dia kini menjelajah masa 1000 tahun ke belakang. Berbagai- bagai perkara yang yang menjadi kebimbangannya. Pasti Tengku Luna dan Tengku Ashraf mencarinya. Ataupun di tahun 2019, dia sudah mati? Fikirnya, adalah lebih baik dia mati sahaja daripada dia menghilang tanpa jejak.

Setelah beberapa lama merenung nasib dirinya, Kirana memandang Melati dan mengukirkan senyuman, "maafkan saya atas kekasaran saya tadi. Saya telah jauh tersesat dari negeri saya. Tapi saya pasti saya akan kembali juga ke negeri saya."

Kirana berfikiran positif dalam masalah ini. Dia begitu yakin yang dia akan kembali juga ke masa hadapan. Cepat atau lambat, itu pasti. Anggap saja dia diberi satu peluang keemasan untuk menyaksikan sejarah negeri Aranda di awal tahun 1000.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now