18: Manusia Moden

1.7K 171 30
                                    

Di majlis hari keputeraan Putera Zulkarnain, ia disambut dengan agak meriah. Kaum kerabat dan sahabat- handai diundang untuk memeriahkan majlis, tidak kira di dalam negeri, bahkan yang dari luar negeri juga turut hadir. Para jemputan memenuhi ruang legar di dewan makan. Kesemuanya mengenakan pakaian terbaik mereka.

Jamuan santapan yang disajikan begitu banyak dan istimewa. Di tengah- tengah meja panjang, ada sebiji kek diletakkan. Kek itu menjadi tumpuan mata para jemputan memandangkan ia adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mereka semua.

 Kek itu menjadi tumpuan mata para jemputan memandangkan ia adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mereka semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kirana juga turut hadir di acara tersebut kerana dia yang membuat kek itu beserta beberapa sajian lainnya. Namun, dia dan beberapa pekerja hanya berdiri di belakang kerusi para jemputan.

Sebelum menikmati santapan, Putera Zulkarnain memberi titah sepatah- dua, kemudian memotong kek seperti yang diarahkan Kirana. Ternyata, majlis upacara memotong begitu meriah. Ramai yang teruja dan bersorak. Melihat akan sambutan yang menggalakkan, Kirana merasa berbesar hati.

Kirana kemudian memotong- motong kek tersebut dan menyerahkannya kepada para jemputan. Mereka semua menyukainya dan tersenyum lebar menikmati kek tersebut. Sempat Kirana melirik ke arah Putera Iskandar yang turut sama menikmati kek tersebut. Tiada reaksi gembira mahupun sebaliknya. Kosong. Kirana memandang  hairan, wajah yang tidak beriak baginda. Apa yang tidak kena dengan keknya? Kenapa Putera Iskandar mempamerkan reaksi kurang senang sedangkan orang lain tidak lekang melemparkan pujian? Kirana mendengus perlahan.

Sambil para jemputan menikmati santapan, Kirana kembali berdiri di belakang para jemputan bersama beberapa teman sekerjanya.

Tidak lama itu, muncul seorang perempuan yang nampak tidak asing bagi Kirana. Kirana mengecilkan mata untuk melihat perempuan itu dengan lebih jelas. Beliau berdiri di sebuah mimbar yang terletak di tengah- tengah dewan tersebut.

Itu Kak Darmah, ketua dayang yang juga merangkap perempuan yang bertanggungjawap menghantar Kirana ke zaman ini. Kirana melambai- lambaikan tangan dari jauh, meminta perhatian namun tidak diendahkan.

Kak Darmah memulakan ucapan, "ampun tuanku. Hadirin yang dimuliakan, patik mewakili majlis kerabat diraja ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada para hadirin sekalian kerana sudi bercemar duli berangkat ke majlis ulangtahun hari keputeraan Putera Mahkota. Seperti lazimnya, setiap tahun diadakan Peraduan Bistari, dan seperti biasa juga juara bertahan akan turut bertanding.

Patik bagi pihak majlis memohon perkenan Puteri Mawar untuk tampil ke hadapan."

Apabila tepukan gemuruh kedengaran nyaring, berdirilah Puteri Mawar sambil melambaikan tangan kepada semua para jemputan. Manakala, Kirana masih lagi melambai- lambai ke arah Kak Darmah, berusaha agar dirinya kelihatan.

"Junjung kasih, tuanku. Untuk pengumuman, hadiah tahun ini adalah seuncang wang emas, dan denda bagi sesiapa yang kalah dalam peraduan ini ialah hidup sebagai petani selama seminggu di Kampung Paya Dalam. Baiklah, untuk tidak melengahkan masa, dipersilakan sesiapa yang ingin bertanding dengan Puteri Mawar," ucap Kak Darmah, sementara Puteri Mawar tersenyum lebar membayangkan hadiah yang bakal dimilikinya tahun ini.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now