11: Kelas Pertama

1.7K 155 30
                                    

Pagi hari yang sepatutnya menyegarkan dan menyuntik semangat baru, tiba- tiba bertukar menjadi kelam apabila Kirana teringat yang hari ini merupakan permulaan hari penderitaannya.

Hari ini, dia akan mulai kelas pertama bersama putera sombong, angkuh, tinggi diri dan ego. Keluhan berat dilepaskan dan bahunya jatuh. Bagaimanakah caranya agar Kirana menghadapi putera itu? Atau patutkah Kirana melarikan diri? Dia bersoal jawap dengan diri sendiri sambil berjalan mundar- mandir di dalam bilik tidurnya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu kayu biliknya diketuk kuat, lantas memeranjatkan Kirana dari lamunannya.

Kirana menghampiri pintu itu dan menolaknya perlahan.

"Ss... Ss... Seti! Apa awak buat kat sini?" Kirana tergamam melihat Seti yang berdiri tercegat di muka pintu, sambil mengangkat kedua- kedua keningnya.

"Apa aku buat? Apa kau lupa tentang hari ini?" Sindir Seti sambil bercekak pinggang.

Kirana tersengih- sengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Okei, beri saya masa untuk bersiap, ya?" Kirana mencipta alasan agar masa terlengah.

"Tidak. Kau kena pergi sekarang. Putera Iskandar sudah menunggumu di bilik belajar," tegas Seti.

"Tapi saya belum..." Kirana terkebil- kebil mencari alasan.

"Sekarang! Ini arahan Permaisuri Kemboja!" Tegas Seti sekali dengan nada yang agak keras, sambil dia mulai mengatur langkah meninggalkan Kirana.

Tersentak dengan nada suara Seti, Kirana cepat- cepat membuntuti Seti. Perasaan gentar dan gugup mengiringi setiap langkah Kirana. Mampukah dia melepasi hari ini dengan selamat? Atau mungkinkah hari ini merupakan hari terakhir dalam hidupnya?

Sedang mereka berdua berjalan melewati bilik- bilik peraduan putera- putera diraja, Kirana tiba- tiba terserempak dengan seorang lelaki yang bertubuh tegap, tinggi dan wajah yang agak bengis. Bulu roma Kirana meremang seketika akibat gugup menerima jelingan dingin dan sombong dari lelaki itu.

"Seti, siapa lelaki tu?" Bisik Kirana setelah hilang kelibat lelaki tadi dari pandangan.

"Putera Jabbar," jawap Seti pendek.

Kirana menghelas nafas lega. Mujur dia tidak tersilap tingkah laku atau kata- kata. Kalau tidak, mungkin baginda putera akan menyerang Kirana seperti Putera Iskandar. Akibat dari pertembungan sebentar tadi, suara hati Kirana menyuruhnya untuk bersikap kasar terhadap Putera Iskandar, dengan harapan sikapnya akan menyelamatkan dirinya dari ditindas.

"Kiran, mulai hari ini, ini bilik belajar kau dan Putera Iskandar. Bilik peraduan baginda putera hanya bersebelahan dengan bilik ni. Selesai belajar, kau boleh memberi laporan tentang sesi pembelajaran kamu kepada Permaisuri Kemboja," ujar Seti sebelum dia beredar meninggalkan Kirana.

Kirana memandang kosong pintu di hadapannya. Air liur ditelan dengan payah sambil tangan perlahan- lahan menolak pintu di hadapan.

"Lewat datang?" Baru sahaja menapakkan kaki ke dalam, suatu suara menyoal Kirana.

Kirana melihat Putera Iskandar sedang berdiri membelakanginya, sambil kedua- dua tangan di letakkan di belakang. Pandangan baginda dilontar keluar dari satu- satunya jendela bilik tersebut.

Baginda putera adalah seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Apabila diberitahu bahwa gurunya akan menunggunya di bilik belajar selepas santap pagi, baginda bergegas menikmati santapnya tadi dan terus pergi ke bilik belajar.

Kecut perut Kirana mendengarkan intonasi suara baginda yang tinggi dan serius. Namun Kirana sudah nekad untuk tidak bertolak ansur dengan baginda.

Kirana berdehem seketika sebelum dia mulai membalas, "baguslah kalau tuanku datang lebih awal daripada seorang guru. Patik tidak suka menunggu. Baiklah, jangan buang masa patik. Mari kita mulakan sesi pelajaran sekarang."

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now