37: Tamparan

1.9K 174 83
                                    

Putera Iskandar tergamam dengan pengakuan Kirana sebentar tadi. Benarkah Kirana mempunyai hubungan istimewa dengan Putera Rizal?

Hati baginda terasa sedih pilu bagai dihiris. Tidak pernah baginda mengalami sakit cinta. Dan begini rupanya sakit itu. Semangat dan kekuatan diri lumpuh serta merta. Baginda terduduk di dalam bilik belajar.

Jadi benarlah sangkaan baginda bahwa Kirana mempunyai minat terhadap kaum sejenis. Wajah diraup lama. Baginda kesal dengan Kirana. Kalau benar dia songsang, mengapa memilih Putera Rizal, dan bukan baginda? Apakah kekurangan baginda berbanding Putera Rizal? Rasa murka akan kekanda Rizal kini terbit mendadak. Kedua- dua tangan digenggam kuat.

"Kanda!"

Tegur satu suara halus dari muka pintu.

Puteri Mawar rupanya. Baginda putera memandang sekilas kemudian kembali pada posisi tadi.

"Kenapa dengan kanda?" Tanya baginda puteri lembut seraya tangan baginda puteri menyentuh bahu baginda putera.

"Tidak ada apa- apa," jawap baginda putera tanpa memandang Puteri Mawar.

"Kenapa kanda tinggalkan pesta tadi dalam keadaan terburu- buru? Apa yang telah terjadi di antara kanda dan Kiran?" Tanya baginda puteri dengan penuh curiga.

Baginda putera memandang baginda puteri sekilas tanpa memberi jawapan. Baginda puteri memberanikan diri untuk menenangkan baginda yang kelihatan murka dengan mengusap belakang baginda putera.

"Kanda, sabarlah. Jangan marah- marah begini. Dinda kan ada di sini bersama kanda."

Apabila tiada sebarang respon diberi, Puteri Mawar mulai mendekati baginda dan memeluk bahu baginda.

"Kanda, dinda sanggup buat apa saja asalkan kanda boleh tersenyum lagi," ucap baginda puteri perlahan. Kepala baginda puteri perlahan- lahan diletakkan di bahu baginda putera.

"Terima kasih," balas baginda putera akhirnya. Namun, baginda masih duduk bersandar dan membiarkan baginda puteri melentokkan kepala di bahu baginda.

"Dinda sayang kanda, tau? Dari sejak dinda remaja lagi dinda menaruh cita- cita ingin memiliki kanda. Dinda yakin dan percaya yang kita berdua ditakdirkan untuk bersama," luah Puteri Mawar dengan sayu.

Baginda putera mengangkat kepala, namun tidak memandang baginda puteri. Baginda putera bagai tersentak apabila hal takdir dan jodoh disentuh. Ada benarnya kata Puteri Mawar. Baginda dan Kirana memang tidak akan dapat menyatu, dan hakikatnya Kirana tidak akan bersama dengan Putera Rizal, mahupun Putera Iskandar.

Kalau benarpun ada keajaiban di antara baginda putera dan Kirana, ia tidak akan kekal dan pasti itu akan lebih menyakitkan kelak.

Puteri Mawar mengangkat kepala dan memandang wajah baginda putera. Dilihat baginda, terpancar sebuah kesedihan di dalam mata baginda putera. Putera Iskandar membalas pandangan Puteri Mawar. Kedua- dua pasang mata bertautan seketika, sebelum baginda putera mengalihkan pandangan. Wajah ayu baginda puteri menghantarkan sedikit debaran ke dalam sanubari baginda putera. Sepasang mata yang bulat dan galak mampu mencairkan mana- mana lelaki. Patutlah baginda puteri pernah dikhabarkan perempuan tercantik di Negara Aranda.

Tiba- tiba baginda puteri mengucup lembut bahu baginda putera. Baginda putera tersentak dan terpana.

"Apa yang dinda telah lakukan?" Tanya baginda putera kurang senang dengan tindakan baginda puteri.

"Dinda ingin menghilangkan segala kedukaan dan lara di hati kanda," bisik baginda puteri seraya menyentuh pipi baginda putera.

"Kanda baik- baik sahaja. Jangan khuatir. Dinda baliklah. Tidak manis anak dara berdua- duaan dengan lelaki," baginda putera memberi nasihat, meskipun baginda merasa sedikit teruja apabila disentuh seorang perempuan.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now