8: Siapa Kiran?

1.7K 154 17
                                    

Kehidupan Kirana di istana bermula dengan begitu baik sekali. Meskipun pada mulanya, dia tidak begitu biasa dengan orang- orang dan adat dalam istana, namun Kirana bijak dalam menyesuaikan diri.

Baru tiga hari berada di istana, kuih- muih yang dibuatnya mendapat sambutan yang hangat. Kesemua orang di dalam istana, bahkan Sultan Sulaiman dan permaisuri- permaisuri lainnya juga menggemari kuih- muih yang Kirana buat. Dengan bahan- bahan yang lebih banyak pilihan, Kirana mempelbagaikan makanannya.

"Kiran, kau diarahkan untuk menghadap Permaisuri Latifah sekarang," tiba- tiba Kak Kiantan, pendamping Permaisuri Latifah, muncul di dapur ketika Kirana sedang menyediakan lempeng.

Tanpa banyak soal, Kirana terus membuntuti Kak Kiantan ke anjung santapan di mana baginda permaisuri berada.

"Ampun tuanku... Patik datang menghadap," Kirana merapatkan sembah di hadapan baginda dengan suara yang agak gugup. Begitu berhati- hati dia menyusun setiap tutur katanya, kerana dia dimaklumkan bahawa Permaisuri Latifah agak dingin dan sombong. Mungkin sahaja kerana salah seorang puteranya, Putera Zulkarnain adalah pewaris takhta Sultan Sulaiman.

"Beta minta maaf kerana mengganggu kau. Silalah duduk," baginda menjemput Kirana untuk duduk tidak jauh daripadanya. Kirana menurut dan mengambil tempat duduk di hadapan baginda.

"Beta mendapat tahu tentang kepandaian kau membuat makanan. Beta kagum dengan kemahiran kau. Jadi, beta ingin meminta kau untuk membuat makanan yang istimewa sempena hari keputeraan Putera Zulkarnain. Majlisnya akan diadakan dalam masa sepurnama lagi. Bagaimana pada hemat kau?" Titah baginda sambil mencicip goreng pisang.

Kirana mengerutkan dahi seketika sebelum dia menjawap, "baiklah kalau begitu, tuanku. Patik akan cuba mencari bahan yang sedia ada di sini."

"Bagus. Kalau ada bahan- bahan yang kau perlukan, kau maklumkan sahaja pada Kiantan. Kau boleh pergi sekarang," titah baginda dengan isyarat tangannya, sebelum Kirana mengundurkan diri dan meninggalkan anjung tersebut.

Sebaik saja keluar dari anjung santapan, Kirana mengambil kesempatan yang ada untuk memerhatikan sekeliling kawasan itu. Meskipun hanya diperbuat daripada kayu, namun ukiran dan rekabentuk dalaman istana ini amat mengagumkan. Di setiap dinding, diletakkan perhiasan pedang dan keris pusaka. Pasti barang- barang itu milik turun- temurun kerabat diraja, agak Kirana sambil meneliti setiap hiasan di dinding.

Dengan mata yang terarah ke dinding dan kaki sambil melangkah ke hadapan, tiba- tiba Kirana terlanggar sesuatu.

"Ouch!" Kirana mengaduh sambil menggosok kuat dahinya.

Apabila melihat benda yang dilanggarnya, Kirana terkesima seketika. Dia mengambil beberapa saat untuk mengingati siapa gerangan di hadapannya.

"Kau? Kenapa muka kau macam aku pernah nampak?" Suara garau baginda cukup menggeletarkan tangan Kirana.

"Maaf, patik pergi dulu," jawap Kirana cepat- cepat, lalu berjalan meninggalkan baginda.

Baru sahaja dua langkah ke hadapan, tangan Kirana dengan pantas disambar dan ditarik kuat.

"Beta bertanyakan soalan. Kenapa kau tidak menjawap?!" Dengan suara lantang, baginda menarik Kirana dan memandang wajahnya.

Kirana menundukkan kepala dan mengelakkan pertembungan mata. Baginda masih lagi mencuba mengingati dimana dan siapa gerangan di hadapannya.

"Bukankah kau..." baginda cuba mengagak.

"Bukan! Tuanku salah orang. Maafkan patik, izinkan patik mengundur diri," takut dicam, Kirana cepat- cepat menafikan kenyataan baginda dan menarik tangannya dari cengkaman baginda.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu